Bab 26

4K 194 4
                                    

Malam itu,Ayina rasa macam tak dapat tidur.Dia mencapai telefonnya yang berada di sisinya.Hanya lampu tidur yang menjadi penemannya malam itu.Dia berselaput dengan selimut tebal,sejuk tetap menggigit hingga ke tulang.

Tangannya menyapu screen telefonnya,tiada apa apa dia nak check kat sana.Nak ajak chat pun,confirm semua dah tidur.

Ayina keluar dari perselubungannya di dalam katil.Bergegas mencari jaket tebal dan memakainya.Dia berura ura mahu berjalan jalan di luar.

Udara sejuk menerpa wajahnya,dia mengemaskan mafela yang membalut lehernya.Topi jaket dikemaskan di atas kepalanya.Dia bergerak ke beranda di tingkat itu.

Perlahan lahan,dia meletakkan tanggannya di atas penghadang beranda.Menikmati suasana yang begitu tenang dan indah.

Lagu If You Were Here,dipasang daripada galeri telefonnya.Sound nya hanya setakat sampai ke pendengarannya.

Lama Ayina berdiri di situ.Tiba tiba,satu tangan kasar memeluk lehernya.Terkejut jugalah,terus hilang ketenangannya tadi.

"Hei!" Jerit Ayina geram,bengang juga dia apabila ketenangannya diragut begitu sahaja.

"Don't move!" Kata suara garau itu keras di belakang Ayina.Baru Ayina mahu menyiku lelaki tak guna itu tapi dia perasan akan pisau yang tersedia di lehernya.

"What do you want from me?" Soal Ayina cuba menengkan diri.Sejak bila dia pandai nak gelabah ni?

"I want you,dear.." Balas lelaki itu gatal.Setan siapakah ini?Marah Ayina dalam hati.Dia mengetap bibirnya.Kepalanya ligat berfikir cara dia mahu melepaskan diri.

Belum sempat Ayina bertindak apa apa,dia merasakan pelukan lelaki itu mulai longgar.And ya,dia dengar bunyi macam kena ketuk tadi.Dia segera berpaling.

Lelaki entah siapa yang memeluknya tadi sudah longlai di atas lantai.Eh,Qing kini sudah berada di hadapannya dengan sebatang kayu.Qing menarik Ayina ke dalam pelukannya.Jap,jap,kenapa Ayina rasa macam hero tengah tolong dia ni?Eh,tolonglah.Qing nak jadi hero aku,boleh blah!Jangan sombong sangat Ayina.

"Eh,lepaslah!Kau apahal peluk peluk aku?" Marah Ayina.

"Lelaki ni peluk,boleh pula," macam ada nada cemburu di situ.Yakah?

"Woi,kau ingat aku nak ke dia peluk aku!Dah,dia yang tiba tiba kacau aku.Aku belum sempat bertindak,kau dah datanglah!"

"Aku tau kau fobia pisau."

"Eh,tolong sikit..."

"Dah,dah,jom balik bilik.Yang kau berkeliaran malam malam macam ni,kenapa?Tau tak bahaya.Walau kuat macam mana pun kau,kau tetap perempuan.Tak sanggup aku tengok bakal isteri aku ni kena sama orang lain," Qing terus menarik tangan Ayina pergi dari situ.

"Apa kau cakap?Bakal isteri?Hah,lelaki tadi tu future wife kau.Tak hingin aku!" Ayina mencebik,namun dia hanya menurut langkah Qing.Qing tidak membalas dan terus bergerak sehingga di sebuah bilik.

"Eh,jap.Kenapa ku bawa aku ke bilik kau?Kau ingat aku isteri kau ke?" Ayina bersuara apabila Qing membawanya masuk ke bilik Qing.

"Kau tidur sini supaya aku boleh jaga kau daripada berkeliaran lagi.Dah,naik atas katil tu.Aku tidur kat atas sofa," arah Qing.Ayina sudah ternganga.

"Nak tidur ke nak aku buat benda yang selalu suami isteri tu buat?" Ugut Qing.Ayina pantas bergerak ke arah katil,kenapa pula dia menurut Qing ni?Ayina baring di atas katil dan,kenapa macam syok pula ni tidur kat sini?

Qing hanya tersenyum."Good,tidur bagus bagus sayang.Good night,"ucap Qing.Ayina hanya mendengar tanpa membalasnya.Hatinya sudah melayang.Siapakah lelaki yang bersamaku ini?Kenapa hati aku rasa lain malam ni?Hati Ayina berbisik.

Dan mereka pun melelapkan mata masing masing.Baru lena mata Ayina bila tidur di atas katil itu.

☆ ☆ ☆

Hek,alah esok dah nak balik Malaysia.Macam sekajap je rasa berada kat bumi London ni.Rungut Ayina dalam hati.Benda menarik tu banyaklah tapi tak ditulis oleh si(author).Huh!

Ruginya,sebulan kat London ni asyik musim sejuk je.Hari ni baru nak musim bunga tapi esok dah nak balik.Tak puasnya.Ayina berguling guling di atas rumput yang lembut.

"Ayina sudahlah guling guling tu,tak pening ke?" Tegur Sharon kepada anaknya itu.Dari tadi dia melihat anaknya itu,dia hanya mampu menggeleng gelengkan kepalanya.

"Mama..." Meleret pula suara Ayina.

"Hah,apa?" Sharon seperti dapat mengagak Ayina mahu buat permintaan.

"Boleh tak kita tinggal lagi kat sini untuk beberapa hari?"

"Tak boleh!" Pantas dan tegas jawapan si mama.

"Alah,mama.."

"Yina,sekolah tinggal 2 minggu je lagi.Ayina belum beli barang lagi nak siap siap naik form 5."

"Itu senang je la,ma.Tak sampai sehari pun dapat buat."

"Banyaklah Yina punya tak sampai sehari,dulu sebulan baru siap." Sharon menjeling anaknya itu.

"Eh,mana ada sampai sebulan ma."

"Dah,dah,kita tetap akan balik esok!" Kata Sharon muktamad,bermakna sudah tidak boleh dibantah.Ayina hanya mampu mencebik.

"Yelah..." Dan Ayina pun menyambung aktivitinya berguling guling di taman yang indah itu.Gaun yang dipakainya sudah melilit tubuhnya sendiri.

"Ha,Qing sini jap." Panggil Sharon kepada Qing.Pantas saja Ayina bangun dan membetulkan dirinya yang kusut masai tadi apabila mendengar nama Qing.Malu betul anak dara kena nampak macam tu.

"Ada apa,aunty?" Soal Qing sambil mendekati Sharon.

"Takde apa?Cuma nak ajak berbual.Eh,Yina dah habis berguling ke?" Sengaja Sharon mahu mengusik anaknya.

"Isk,mama ni!" Muka Ayina cemberut,dia duduk bersimpuh di mana dia berdiri tadi.Mama sengaja mahu mengenakannya.Geram pula Qing melihatnya,macam nak cubit cubit je muka Ayina ti.Cute muka Ayina dengan flower crown di kepalanya.

"Haha,saya pun dari tadi ingat anak kecil mana guling guling ni aunty.HAHAH," Qing tergelak besar.Dan Ayina terpegun melihatnya.Pemandangan apakah ini?

"Hahaha..." Sharon turut ketawa.Dan entah kenapa terasa darah menyerbu ke muka Ayina.Huwa,malu ke?

_____

Hai guys💞Rindu saya ke?Eh silap,rindu Ayina ngan Qing ke?Nah,saya curi masa jap nak buat ni.Haha😂💙Typo bagai,maafkan😛K tunggu lagi tau,bai😄

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now