Bab 4

10.6K 474 34
                                    

Kereta papa Ayina berhenti di sebuah rumah kampung yang bagi Ayina cukup buruklah.Macam tidak layak dia tinggal di sana.Ceh,sombong taih lembu betul.

Ayina turun daripada kereta papanya lalu terus masuk ke dalam rumah.

"Yina,dah balik?" Soal mamanya,Sharon apabila mereka bertembung di ruang tamu.Sekadar berbasa basi dengan anak tunggalnya itu.Maklumlah,hari pertama anaknya itu bersekolah di pedalaman.

"Taklah ma,baru nak pergi sekolah ni.Eh,hihi gurau je ya ma..." Ayina terus mencium pipi mamanya dan berlari masuk ke dalam biliknya.Sharon hanya mampu menggeleng gelengkan kepalanya melihat telatah Ayina.

"Maaa..." Rengek Ayina panjang,yang tiba tiba muncul di depan mamanya yang sedang sibuk menyiapkan makanan tengah hari itu.

"Kenapa Yina?" Sharon macam tau tau aje yang Ayina nak minta seuatu.

"Erm..Boleh tak buatkan kamar mandi kat bilik Yina.Malaslah Yina nak ke kamar mandi sedia tu,nak keluar rumah lagi." Ayina terus menyuarakan permintaannya.Tuala mandi yang menutupi kepalanya diperbetulkan.

"Hmm,boleh.Tapi kena tunggu rumah kita kat sini tu siap dululah." Balas mamanya.

"Alaa...Lama lagilah tu.Macam mana kalau ada lelaki lelaki gatal kat kampung ni nak mengintip masa anak mama ni mandi.Pasti mama tak suka,kan?" Ayina sudah memprovokasi mamanya.

"Yelah tu,Yina.Ingat sehari je ke nak buat rumah." Grenny pula yang muncul di situ.

"Eii,papa ni.Yina tak mau tau,Yina nak juga kamar mandi Yina tu besok." Protes Ayina,macam kanak kanak belum cukup umur.Mengada ngada.

"Hah,kalau macam tu Yina je lah yang buat rumah sendiri."

"Isk,papa ni." Ayina terus berlalu dari situ,tidak puas hati dengan kata kata papanya tadi.Dia menuju ke kamar mandi yang terletak beberapa meter daripada rumah mereka itu.

Rumah kayu itu disewa oleh papanya untuk sementara waktu katanya.Hanya rumah buruk itu yang dapat disewa oleh mereka kerana dah takde rumah lain lagi yang menyewakan rumah.Terpaksalah tunggu beberapa bulan lagi untuk nak dapat rumah sendiri yang lebih selesa.

Lepas mandi,Ayina menyiapkan dirinya.Setelah selesai,dia teringat pula dengan kawan kawan lamanya.Baru dia bercadang mahu menghantar mesej kepada mereka tetapi terus dia sedar yang di situ belum ada line internet.What the frog?!!Huh,papa kata akan beli Wi-Fi tapi tak tahulah bila nak sampai.Warghhh!!So stressed!

"Yina,jom makan." Jerit mamanya dari ruang tamu.

"Takde seleralah,ma." Balas Ayina dengan menjerit juga.Tidak terdengar balasan mama lagi tapi selepas beberapa saat,pintu biliknya diketuk.

"Yina,jomlah makan." Panggil mamanya lagi.Haih,mama ni.Tak dengar ke buat buat tuli.Rungut Ayina dalam hati.

Ayina bergerak ke arah pintu biliknya.Bagai nak roboh pintu bilik itu apabila mama mengetuknya."Saya tak nak makanlah,ma.Takde selera,Yina rasa nak tidur kejap."Kata Ayina sebaik pintu bilik terbuka.

"Bertuah punya budak.Dah,jangan banyak alasan.Pergi makan sekarang." Suruh Sharon dengan tegas.Dan kalau seperti itu,Ayina tidak mampu untuk melawan lagi.Lawan lagi,hah ceramah freelah kau dapat.

"Yelah,yelah..." Ayina terpakasa mengalah.

"Lepas makan ni,Ayina nak buat apa?" Soal Grenny tiba tiba.

Ayina terhenti makan sekejap dan dengan yakinnya menjawap,"Nak tengok TV kejap,pa.Hari ni ada cerita best."Mata Ayina bersinar sinar kegembiraan.

"Hmm,Yina pergilah tengok TV tu sampai puas ye." Kata Grenny,sambil tersenyum dalam diam.

"Hah!Betul ke,pa?" Makin bersinar anak mata Ayina dibuatnya.Apa kena dengan papa hari ni.Selalu,dia langsung tak benarkan aku nonton TV.Ah,biarkan ajelah.Yang penting hati aku happy.Lalalalala...Ayina sudah menyanyi riang dalam hati.

Habis makan,punya semangat Ayina bergerak ke ruang tamu dan terus menekan butang on televisyen.Sesaat,dua saat sampai seminit tapi kaca televisyen yang gelap itu masih tetap gelap.Ayina menekan lagi dan lagi.Tapi tetap sama.

Kenapa pula dengan TV ni,tak kan rosak kot.Ayina merungut dalam hati sambil tangan tidak henti henti menekan di setiap butang yang ada di televisyen versi lama itu.

"Hah,Ayina.Yina tekanlah butang TV tu sampai besok ya." Kata mamanya yang tiba tiba muncul di situ.

"Ma,macam mana nak on TV ni?Kenapa tak boleh?Mana butang onnya yang sebenar?Atau TV ni dah rosak?" Bertalu talu soalan yang ditanyakan oleh Ayina kepada mamanya.

"Entahlah,Yina.Mama pun baru pertama kali tinggal kat pedalaman ni." Sindir Sharon tajam dengan menekan perkataan pedalaman.

Ayina terus terberdiri tegak.Perkataan pedalaman mamanya seperti menyedarkannya sesuatu.Pedalaman,TV,pedalaman TV.Ayina cuba mengaitkan hubungan antara pedalaman dengan TV.Terus kesimpulannya macam ni...Pedalaman tak ada elektrik.So,kau nak guna apa nak on TV!Bengong!!Ayina rasa seperti tercekik tulang katak.

"Mama!!!" Jeritan Ayina bergema di seluruh kampung itu.

☆ ☆ ☆

"Arghh!Panasnya...Nak tidur pun tak selesa." Rungut Ayina geram.Ya Tuhan,baru sehari dia tinggal di situ sudah terlalu banyak masalah yang dihadapinya.Macam mana pula kalau sudah sebulan,berbulan bulan atau sehingga bertahun.Oh,tidak!!!

"Yina,keluar jap.Ni ada kawan Yina datang." Terdengar jeritan mamanya dari luar.Siapa lagi pula tu?Dengan langkah malas Ayina bangkit mengemaskan dirinya sebelum menuju ke luar.

Kim.

"Hai Kim." Sapa Ayina,buat apa Kim di sini.

"Oh,hai Ayina." Balas Kim yang sudah duduk di kerusi beranda rumah.

"Hah Yina,pergi buatkan kawan Yina ni air.Mama ada nak buat kejap." Suruh Sharon.

"Isk,manalah saya pandai buat air." Rungut Ayina,terlupa yang Kim mendengarnya.

"Eh,boleh boleh..." Kata Ayina laju sebaik teringat akan Kim.Mamanya hanya mampu tersenyum dalam diam,begitu juga dengan Kim.

"Erm,kau tunggu kat sini ya Kim.Saya nak buat air kejap." Ragu ragu Ayina berkata seperti itu.Sharon berlalu dari situ.

"Eh,tak payahlah susah susah Ayina.Saya datang ni bukan nak minta minum."

"Betul ni?" Laju aje Ayina menjawap,nampak sangat malasnya mahu membuat air.

"Ye.." Balas Kim,lucu dia melihat perangai Ayina.Tapi,Ayina kelihatan lebih cantik di luar sekolah.Tanpa kaca mata besarnya dan rambut dilepas bebas,free hair gitu.

"So,apa hal ni?" Soal Ayina dan duduk di kerusi berhadapan dengan Kim.

"Hmm,saya ingat nak bawa Ayina jalan jalan pusing kampung petang ni."

"Jalan jalan?" Teruja Ayina mendengarnya.

"Yups.Kau boleh ke?"

"Saya boleh aje." Balas Ayina.Teruja pula dia melihat suasana kampung yang jarang dilihatnya.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now