Bab 5

9.2K 408 34
                                    

"Ayina jom rehat kat situ." Kata Kim sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar yang terletak di tebing sungai.

"Ok." Jawap Ayina ringkas.

Dia memandang ke arah sungai yang mengalir dengan jernih sekali.Ya Tuhan,cantiknya.Tenang hatinya berada di situ.

"Ayina,hati hati." Kata Kim apabila meraka melalui jalan yang licin.

"Ye,ye.." Balas Ayina bosan.Kim ni,macamlah dia budak kecil lagi tak tau apa apa.Tumbuk kang baru tau,eh sorry Kim.

Dengan perasaan teruja Ayina terus melangkah,tidak sabar untuk menikmati kesejukkan air sungai di situ.Entah dimana silapnya,tiba tiba dia tergelincir dan tidak dapat mengimbangi tubuhnya.

Kim yang melihat segera memaut tubuh Ayina,dan entah macam mana juga dia tergelincir.Apalagi,jatuh terjelopoklah dia di atas tanah yang licin itu.Ayina yang dipautnya jatuh di atasnya.

Sekejap mata mereka bertentang.

Eh,apahal aku nampak Kim macam hensemnya je ni dari dekat.Eww.Hati Ayina tiba tiba berbicara.Tanpa sengaja ok.Yelah tu.

Ya Tuhan,cantiknya Ayina.Aku dah tergoda dengannya ke?Oh,tak mungkinlah.Ceh,drama betullah.Kim hanya memandang ke arah Ayina yang berada di atas tubuhnya.Sudah tidak kesah di mana dia sedang baring sekarang.

"Ehem..Maaf." Ucap Ayina yang baru tersedar.Segera dia bangun daripada menindih tubuh Kim.Eii,kenapalah aku leka sangat tadi.Apa kata Kim tadi,mesti dia cakap aku ni gatal.Gatal lah kau Yina.Kutuk Ayina kepada dirinya sendiri.

"Eh takpe," aku lagi suka.Balas Kim dan bersambung dalam hatinya.Eh,nak mampus ke?Taklah,gurau je.Kim bangkit berdiri.Baju di bahagian belakangnya sudah kotor,begitu juga dengan rambutnya.

"Alah..Siannya kau.Meh saya tolong bersihkan rambut kau." Ayina mengibas ngibas rambut belakang Kim.Yaa,kotor sangat ni.Kena balik rumah dulu terus mandi.

"Susahlah nak buka,kita balik je la terus." Ujar Ayina.

"Eh,takpe.Alang alang kita dah kat sini,apa kata kita mandi sungai terus.Kau pernah mandi sungai ke?" Soal Kim.Syok pula dia rasa bila Ayina menyentuh rambutnya.Perasan gila kau Kim,Ayina tak rasa apa pun.Huh.

"Mandi sungai.Wah,saya tak pernah mandi sungai.Jomlah mandi sungai,saya pun nak rasa." Ayina rasa macam nak melonjak pun ada.Sudah lama dia teringin nak mandi sungai.Yehuu..

"Ok jom." Tanpa sengaja Kim menarik tangan Ayina,Ayina pun tak perasan sebab teruja sangat nak mandi sungai.

Zushh!!

Kim terjun ke dalam sungai."Jomlah,Yina."Ajak Kim.Sungai tu boleh tahan dalam jugalah.Kim pun habis satu badan masuk ke dalam sungai tu.Erm,confirmlah Kim tak buka baju and seluar dia ye.

"Ee,takutlah saya."

"Jomlah,takde apa pon."

"Ok,nanti kau sambut saya ye." Kim menganggukkan kepalanya.Zushh!!Ayina terus terjun ke dalam sungai,terpecik air sungai itu ke muka Kim.Kim hanya tergelak.

"Waa!!Tolong saya Kim,baru saya ingat yang saya tak pandai berenang." Jerit Ayina.Bongok kau Yina,ada ke patut lepas masuk dalam air baru ingat yang dia tak pandai berenang.

Kim kaget,segera dia menarik tangan Ayina.Apalagi,Ayina terus memeluk leher Kim supaya tak tenggelam dalam air.

Kim menelan air liurnya,ok serius ini sangat menggoda.Kim segera membawa Ayina ke tebing sungai.

"Huh,thanks Kim." Ayina menarik nafas lega.

"Ok,tapi sorry sebab saya yang bawa kau mandi sungai.Ingatkan kau pandai berenang."

"Huhu,takpe.Bukan salah kau pun."

"Dahlah,jom balik.Kita jalan kat situ supaya takde orang nampak kau." Ajak Kim.

"Kenapa pula dengan saya." Ayina meneliti tubuhnya.Ya Tuhan,agak ketara baju dalamnya kerana bajunya yang basah melekap ke tubuhnya.Malunya dia dengan Kim.

"Kim.."

"Ye,saya tau.."

Dan mereka terus berjalan balik ke rumah masing masing.Balik balik Ayina memandang ke arah Kim yang tidak memandang ke arahnya langsung.

Eh,kenapa pula aku rasa lain ni.Huh??Ayina menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.Kaki mereka terus melangkah.

☆ ☆ ☆

"Lah,kenapa korang basah ni?" Soal Sharon sebaik melihat kelibat dua orang ni dengan badan yang basah kuyup.

"Saya ajak Ayina mandi sungai di hujung kampung,aunty.Maaf,saya tak tau pulak yang Ayina ni tak pandai berenang." Ucap Kim.

"Hmm,takpe Kim.Si Yina sendiri yang cari pasal tu.Dah tau tak pandai berenang,nak juga mandi sungai." Sharon menjeling Ayina.Ayina hanya buat muka tak bersalahnya.

"Eh,aunty.Bu.." Kata kata Kim dipintas oleh Sharon.

"Takpe,aunty tak salahkan adik juga.Adik pergilah balik dulu,tukar baju.Nanti sakit pula."

"Ok,aunty.Saya pergi dulu.Ayina,jumpa di sekolah esok ya.Bye," Kim melambaikan tangannya.

"Bye,Kim." Balas Ayina.Dia membalas lambaian Kim.Matanya memerhati Kim sehingga Kim hilang dari pandangannya.

"Dah,dah,Ayina.Jangan pandang lelaki sampai tembus menembus macam tu.Jaga sikit tingkah laku Yina tu.Pergi naik rumah cepat." Sharon mematikan lamunan bunga bunga Ayina.

"Eh,mama ni.Mana ada.Tapi,handsome kan dia ma.Hehehe.." Ucap Ayina sambil tersengih sengih macam beruk.

"Ai,ai,aii...Anak aku ke tu,uh." Sharon hanya mampu menggeleng gelengkan kepalanya melihat tingkah anaknya itu.

###

BAD GIRL IN GLASSES حيث تعيش القصص. اكتشف الآن