Bab 23

4.1K 214 6
                                    

"Ayina,papa dah cakap kan kalau Yina marah,cepat cepat masuk dalam bilik!" Kata Grenny keras.Ayina menundukkan kepalanya,hatinya diselubungi rasa bersalah yang amat.

Sekarang ni Qing sedang ditahan di hospital.Tulang rusuk Qing ada yang patah.Arghh!!Memang Ayina tak mahu bayangkan.Teruk dia kerjakan Qing kelmarin.Macam nak bunuh Qing pun ada juga.Kalau papa Ayina tidak menyedarkannya kelmarin,mungkin lagi teruk Qing dikerjakan.Mungkin Qing boleh hilang nyawa!(siapa sayangkan Qing,sila menangis;-)

"Yina..Yina..Tak dapat kawal dah masa tu,aura tu terlalu kuat.Yina ingatkan dia dah tak ada di sisi Yina.Sebab selama ni Yina rasa Yina guna kekuatan sendiri.Tapi..." Ayina tergagap gagap.

"Sebab itulah papa suruh Ayina sentiasa tenang,jangan fikir banyak sangat.Kalau masuk dalam rumah ni,tinggalkan semua masalah Yina kat luar.Sekarang,tengok apa dah jadi?Qing sampai kena tahan kat hospital.Yina tahu kan ada yang selalu berada di sisi Yina?" Marah Grenny,pertama kali dalam hidup Ayina papanya memarahinya.

"Yina dah lupa pasal tu,Yina pun tak nak dia ada di sisi Yina.Jadi,semua salah Yina ke?" Tiba tiba Ayina membentak.Grenny mengeluh perlahan,dia nampak mata Ayina sudah bertukar menjadi hitam pekat.Selalunya,mata Ayina hanya berwarna coklat cair.

Kenapa dia kembali?Bukankah sudah lama dia dibuang dari badan Ayina.Apa yang dia mahu?Grenny meraup wajahnya kasar.

"Apa yang kau mahu?Tolong jangan kuasai anak aku lagi!" Grenny cuba bercakap dengan roh itu.

"Aku cuma nak tolong Ayina,aku tak mahu dia nampak lemah lagi!" Kata Ayina keras dan pekat,tetapi sebenarnya ada sesuatu yang mengawalnya.

"Keluarlah dari badan anak aku!Kau boleh tolong jaga dia tapi jangan kawal dia!" Bentak Grenny lagi.

"Sabar,bang." Sharon mendekati Grenny dan cuba menyabarkan suaminya itu.

"Baiklah." Kata roh itu sebelum mata Ayina beransur ansur menjadi coklat semula.

"Yina dah cakap pa.Yina.." Belum sempat Ayina menghabiskan kata katanya,dia sudah rebah pengsan.Cepat cepat Sharon menyambutnya,Grenny hanya mampu mengeluh.

"Macam nilah,Zaim..Maafkan anak aku sebab dah buat anak kau macam tu," ujar Grenny lemah kepada Zaim.

Zaim mendekati Grenny dan menepuk bahu Grenny perlahan."Takpe,aku faham."Balas Zaim dan mengukir senyum.

☆ ☆ ☆

Sebulan kemudian...

Qing sudah sembuh sepenuhnya.Sejak kejadian itu juga,Ayina tidak mahu bertemu dengan Qing lagi.Walaupun Qing cuba berjumpa dengan Ayina,tetapi Ayina seringkali mengelak.

"Ayina.." Panggil Qing kepada Ayina yang sedang leka membaca buku di pondok sekolah bersama Kim.Ayina tidak berpaling kerana dia sudah kenal dengan suara itu.

"Boleh saya join kat sini?" Soal Qing.

"Er,Kim saya nak ambil barang kat kelas dulu ya." Ujar Ayina dan terus berlalu dari situ.Kim tercengang,Qing hanya mampu mengeluh dan duduk di hadapan Kim dengan lemah.Kim juga tiba tiba mahu bangkit berdiri tetapi cepat cepat ditahan oleh Qing.

"Eh,Kim duduklah kejap." Ucap Qing.

"I have to go!" Balas Kim kasar.

"Ok,ok.Tapi sebelum tu aku nak minta maaf kat kau,maafkan semua salah aku kat kau.Biarlah kita jadi kawan mulai sekarang," kata Qing membuat Kim ternganga.Sejak bila Qing jadi baik ni,sejak dia masuk hospital ke?Dah jumpa jalan ke syurga?

"Sejak bila kau pandai berkawan dengan aku ni?" Sindir Kim.

"Aku tahu selama ni kita selalu bermusuh,tapi aku dah penat nak buat dajal.Tak ada gunanya juga,lebih baik aku buat baik.Lagi dapat pahala,kan?So,kau nak kita berbaik or terus bermusuh ni?" Qing sudah membuat pilihan,egonya masih kedengaran di situ.Kim berfikir sekejap,menimbang kata kata Qing dalam fikirannya.

"Hmm,bolehlah.Kau ni ikhlas ke tidak?Atau,ada udang di sebalik batu kau ni?" Kim cuba menduga Qing.

"Betullah,ngok!" Qing menumbuk bahu Kim perlahan.

"Hurm,ok lah kalau macam tu.Ni,aku nak tanya kau pula Qing."

"Apa dia?"

"Kau dengan Ayina masih bergaduh ke?" Kim menyuarakan soalannya.

"Err,ya.Aku dah cuba berbaik dengan dia tapi nampaknya dia sangat marahkan aku," Qing mengeluh kecil.

"Ouh!Oh ya,satu lagi." Qing memandang tepat ke arah Kim.

"Betul ke kau masuk hospital sebab Ayina yant belasah kau?"

"Eh,dari mana kau tahu.Bukan ke,perkara sebenar telah dirahsiakan?" Qing menjawab kaget.Ya,memang dia yang suruh agar perkara yang sebenar dirahsiakan kenapa dia masuk ke hospital.

"Ayina yang bagitahu," jawab Kim ringkas.Puk!Tiba tiba Qing mengetuk kepala Kim.

"Hei,apa ni?" Marah Kim kecil sambil menggosok gosok dahinya yang pedih.

"Kau dah selalu kan bercerita pasal aku dengan Ayina,kenapa kau tanya aku lagi?"

"Ohh,saja nak tahu pandangan kau." Kata Kim selamba.

"So,apa kat Ayina pula?" Soal Qing.

"Sebenarnya dia rasa sangat bersalah dengan kau.Dan kalau boleh dia tak mahu jumpa dengan kau lagi!" Qing terkedu.

"Kenapa pula?" Soal Qing tak puas hati.

"Entahlah,saya pun tak tahu.Oklah,saya nak pergi dulu.Selamat jadi kawan!" Ucap Kim sebelum terus berlalu dari situ,Qing hanya membiarkan Kim pergi.Dia berfikir sejenak.

"Wah,tak sangka kawan kita seorang ni dah betul betul boleh jadi ustaz." Tiba tiba suara Ray menyapa gegendang telinga Qing.

"Takde kaitan lah!" Rungut Qing.

"Hehe,bermakna sekarang ni group kita akan menjadi lima oranglah." Kata Ray lagi tanpa menghiraukan Qing.

"Yelah,yelah,bisinglah kau ni." Ray hanya tergelak.

"Wei,Ray!" Panggil Qing.

"Apa dia?" Soal Ray.

"Boleh tak kau tolong aku?"

"Ye,ye,tolong apa?"

"Tolong pujuk Ayina untuk aku.."

"Hah,ngamlah tu.Dulu minta tolong kacau Ayina,sekarang minta tolong pujuk pula.Memang betullah,benci boleh tukar jadi suka." Ray tersengih sengih,Qing hanya mampu memandang tajam ke arah Ray yang sudah kecil pada pandangan matanya itu.

_____

Maaflah kalau H.A.M.B.A.R.!.!

Logik kah Ayina macam tu?Entahlah,biarlah cerita ini yang memperlogikkannya😅

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now