Bab 11

6.4K 345 78
                                    

"There is a simple word can touch your heart so deep."
+++++

"Good morning,pa" Sapa Qing yang baru masuk ke ruang dapur itu.Qing memerhati wajah papanya itu.Mamanya sudah meninggal semasa melahirkannya dulu.Memang dia sedih sebab itu dia sampai suka membuli orang yang lemah macam Ayina.Ayina?Teringat pula dia dengan wajah comel Ayina tu.Er,apa yang dia merepek pagi pagi ni?

Eh kenapa pula dengan papa ni,macam serius je.Bisik hati Qing tapi dia hanya menganggap itu mungkin papanya lagi stress bekerja.

"Hah,Qing.Duduklah,papa dah salutkan bread ni dengan coklat." Kata papanya.Qing mengerutkan dahinya.

"Pa,hari ni takde nasi goreng ek." Soal Qing pelik,selalunya pembantu rumah mereka itu pasti memasak nasi goreng ke,mee goreng ke,tapi kali ini hanya bread!

"Erm,papa dah suruh pembantu rumah tu berhenti kerja." Jawap Zaim serba salah.

"What??!!Tapi,kenapa pa?" Soal Qing keras.Mak Cik Ina,pembantu rumah mereka tu sudah dianggapnya macam ibu sendiri.Dialah tempat Qing melepaskan kempunannya belaian seorang ibu.

"Papa dah tak cukup duit,Qing." Keluh Zaim perlahan.

"Kenapa sampai suruh Mak Cik Ina berhenti kerja?Papa takde duit sangat ke?" Qing melabuhkan punggungnya di atas kerusi dengan lemah.Papanya terdiam,tidak tahu untuk berkata apa.

"Maafkan papa,Qing.Papa terpaksa suruh dia berhenti kerja di sini dan suruh dia cari kerja tempat lain.Nanti kesian pula dia kalau dia tak dapat upah,macam mana dia nak sara anak anaknya sekolah kan." Ucap Zaim,lemah suaranya.

"Kenapa jadi sampai macam ni,pa?" Soal Qing,Dia meraup wajahnya.

"Syarikat papa ada masalah,Qing.Sekarang ni kami sudah terlalu banyak hutang dengan syarikat lain.Syarikat papa..." Terhenti kata kata Zaim di situ."Hampir lingkup."Sambung Zaim.Qing meraup wajahnya untuk kali kedua.

"Maafkan papa sangat.Iphone yang Qing minta beli tu pun,papa dah tak dapat belikan." Qing mengeluh lagi.Bukan kerana tidak dapat dengan iphone yang diingininya itu,tetapi apabila memikirkan masalah syarikat papa.Telefonnya sudah berlambak tapi kalau syarikat papanya lingkup,dari mana lagi mereka mahu mencari duit.Syarikat papalah satu satunya tempat mereka bergantung.

"Satu lagi,papa yang akan hantar dan jemput Qing di sekolah." Kata Zaim.

"Kenapa pula?" Soal Qing yang belum dapat mentafsir segalanya.Biasalah,selama ini dia hidup dalam kemewahan.Dugaan apakah ini?

"Kereta yang satu lagi dah kena tarik dengan bank!" Dan entah untuk kali yang keberepa,Qing mengeluh dan mengeluh.Kasihan Zaim melihat anaknya itu.Tapi nak buat macam mana lagi,Allah boleh curahkan rezekinya kepada siapa siapa pun dan menarik rezeki itu pada bila bila masa saja.

Jadi,hidup di dunia ni jangan terlalu sombong dan berbangga dengan kemewahan yang dimiliki!

☆ ☆ ☆

Ayina sedang termenung memandang ke luar tingkap.Hari itu tertunggu tunggu juga Ayina dengan gangguan monyet yang selalu terlepas dari sangkarnya itu.Siapa lagi kalau bukan daripada si Qing.Tapi,sampai masa terakhir hari tu pun tiada apa apa juga gangguan daripada Qing.

Bukan dia mahu ke,rindu jauh sekali,tapi dia sangat berharap yang Qing tidak mengganggunya lagi.Kalau Qing dah berhenti mengganggunya,baguslah.Tiadalah musuhnya lagi di sekolah ini.

Tapi kalau Qing sudah betul betul berhenti mengganggunya,apa sebabnya ya?Dia rasa ingin tahu juga.Mata Ayina gatal saja memandang ke arah Qing di sebelah hujung kirinya.Eh,dari pagi Qing asyik tidur saja.Dia sakit ke?Eii,apalah yang dia sibuk pasal Qing tu.Euw.

"Kau ni dah kenapa,Ayina?Dari tadi aku tengok macam tak tenang je.Garu sana,garu sini,senyum sorang,lepas tu pandang kat Qing.Kau rindu dia buli kau,eh?" Usik Kim yang sudah kembali ke sekolah setelah digantung sekolah selama seminggu.

"Eh!!" Terkejut Ayina dengan Kim yang tiba tiba menyergahnya.

"Mana ada.Rindu?Mohon dijauhkan.Takde masa aku nak fikir pasal dia tu,Akim." Kata Ayina tegas.Padahal malu sebenarnya dia apabila Kim perasan gayanya tadi.

"Eh,eh,kalau rindu katakan saja.Nanti ada yang angau tak dapat tidur malam." Usik Kim lagi.

"Tak adalah,Kim!" Tanpa sedar Ayina terjerit dan menampar bahu Kim.

"Woii,diamlah!!" Terkejut seisi kelas dengan tengkingan Qing.

"Hei,bro kau apa hal macam bad mood je hari ni?" Soal Ray kepada Qing,Ray mendekati meja Qing.

"Kau diamlah,b*b*!!" Sekali lagi seisi kelas tergamam dengan Qing.Tidak pernah pernah pun dia memarahi rakannya itu.Terus seisi kelas sepi.Tidak berani lagi membuat sebarang bunyi apabila Qing sudah marah begitu.

☆ ☆ ☆

Waktu pulang.

Berpusu pusu pelajar keluar dari kelas,berebut rebut mahu duluan keluar macam kanak kanak tadika.

Bukp!!

Ayina yang berjalan dengan menundukkan kepala tiba tiba rasa pening apabila dia terasa melanggar sesuatu.Bertaburan semua buku buku yang dipeluknya tadi.

"Woii,kau apahal jalan tak pakai mata!!" Jerit Qing.

"Maaf,maaf." Ayina terus memohon maaf,dia tahu dia yang salah tadi kerana tidak memandang ke depan.Ayina bangkit berdiri setelah memungut semua bukunya.

"Kau memang sengaja cari pasal dengan aku,kan?" Hambur Qing.Tanpa sedar dia terus menolak tubuh Ayina kuat.Ayina yang tidak dapat mengimbangi tubuhnya terus terhuyung hayang sebelum terhantuk ke dinding.Terasa ada cecair panas yang mengalir di dahinya,Ayina terus menyentuh dahinya,darah!

"Ayina!" Kim terus bergerak ke arah Ayina,dia baru keluar dari kelas tadi.

"Woii,Qing!!" Tiba tiba muncul pula Akim,dia terus mendekati Qing dan menumbuk wajah Qing itu.Apalagi,Qing yang sememangnya tengah panas terus membalas tumbukan Akim itu.Terus dia menumbuk wajah Akim dengan kuat.Dan mulalah pergelutan antara mereka.

Nasib baik Ray,Mian dan Bino masih ada di situ.Merekalah yang telah meleraikan pergaduhan itu.Mengganas gila Qing hari ni,entah apa yang dia marahkan sangat.Sikit mereka tidak dapat menahan Qing.

Lalu,Ray,Mian dan Bino terus membawa Qing pergi dari situ.Ray sempat meminta maaf dengan Ayina.

"Tak guna punya Qing,entah apa masalah dia?!" Marah Akim.Segera dia dan Kim memapah Ayina ke bilik sakit untuk merawat dahi Ayina yang berdarah.

Ayina hanya mampu terdiam dalam menahan sakit.

Kenapa kau buat aku makin benci dengan kau,Qing!

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now