Ayina&Qing +Future

3.7K 133 9
                                    

Guys,hello masih ada orangkah?Haha,tak apa author bosan gila.Cerita baru author pun kurang sambutan,sob sob.Sad life guys.Entahlah,mungkin saya meluah sesorang ni.Aduhai...

Ok guys,read this and hope you'ol like it.Tah,masih ada ke yang simpan buku ni dalam library korang-_-

♡♡♡♡♡

"Sayang,sayang,sayang!" Qing memanggil Ayina tiga kali seminit.Cis,lain pula yang dikata.Qing memanggil Ayina yang sedang leka menyikat rambut tiga kali.

"Abang dah kenapa?Sakit eh?" Ayina mendekati Qing dan melekapkan belakang tangannya di permukaan dahi Qing.

"Bukanlah,sayang.." Qing menarik pinggang Ayina dalam pelukannya.Alolo,macam nak menari je gayanya.

"Habis tu?" Soal Ayina,dia dapat melihat butang baju kemeja Qing belum terkatup.Mungkin hal itu yang diributkan Qing pagi pagi itu.

"Tolong deh katupkan butang baju saya,yea.." Qing tersenyum sambil mencubit pipi ayina lembut.

"Hesy,tak boleh buat sendiri ke?Meh sini abangku sayang," Ayina memanjangkan tangannya ke butang kemeja Qing.Tiba tiba Ayina mendapat satu idea nakal.

Dengan gatalnya,tangan Ayina menjalar ke dada Qing.Ehem.Tak sangka Ayina dah makin jejal(nakal) sekarang.Well,manusia boleh berubah.Sedangkan...Stop it author!

"Sayang,what are you doing?Are you trying to seduce me?" Qing mengetap bibir menahan godaan di hati.Ayina mengendahkan suaminya dan terus menjalar di seluruh dada Qing.

"Damn you,sayang!" Qing menolak tubuh Ayina ke atas katil dan dia menanggalkan kemeja di badannya yang belum pun sempat dikatup.

Prekk!

Bunyi pintu dibuka dan,

"Daddy,mummy..Tengah buat adik untuk Azil ke?" Soal anak pertama Ayina dan Qing yang sudah berumur lima tahun,lurus.

"Er,erm.." Pantas Qing pura pura memakai kemejanya kembali.Ayina tergesa gesa bangun.Alamak kantoi!

"Eh,tak adalah Azil.Mana Dina?" Soal Qing mengalihkan fikiran Azil.Aduh..

"Dina tunggu kat bawah,lama dah kami tunggu tapi daddy dengan mummy tak turun turun juga." Kata Azil lancar.Dina,anak kedua Ayina dan Qing.Ha,yelah diorang baru dapat dua anak setelah lima tahun berlalu sejak kejadian di bab 47.Tak adalah sampai 10 orang.

"Oh ok,Azil dengan Dina tunggu kejap lagi kat bawah ye.Kejap lagi daddy dengan mummy turun." Ucap Qing.

"Baiklah.." Azil menurut dan menutup pintu bilik itu kembali.

"Gara gara awaklah ni.Malu kena tangkap dengan Azil tadi," Ayina menepuk bahu Qing kuat,Qing mengerutkan dahinya.

"Kita pula yang kena,dia yang goda saya tadi." Qing menyambar tubuh Ayina kejap.Lalu mencium bahu Ayina,meninggalkan kesan love bite di situ.Ayina pakai gaun tanpa lengan.Entah macam mana?

"Abang,janganlah.." Rengek Ayina.

"Haha,sorry sayang.Abang tak tahan tengok sayang menggoda sangat."

"Hesy,jomlah turun.Saya dah siap ni,jom!" Ayina menarik tangan Qing mahu keluar dari bilik.

"Sabarlah.." Mereka bergerak turun ke tingkat bawah.Di situ Azil dan Dina sudah bersiap siap menunggu.

"Ok,jom gerak!" Ujar Qing.

"Horayy!!" Azil dan Dina melonjak keriangan.

"Dina,nak tahu tak.Tadi mummy dengan daddy tengah buat adik untuk kita.Wah,tak sabarnya abang nak dapat adik baru." Muka Ayina memerah,walaupun hanya dengan budak kecil macam tu.

"Azil,sudah jangan fikir pasal tu lagi." Kata Ayina tegas.

"Kenapa mummy?" Soal Azil polos.

"Azil sayang,nanti daddy dengan mummy bagi Azil dengan Dina adik ya.Dah,dah,jangan cakap lagi." Sampuk Qing mengalihkan fikiran Azil,rosak otak kanak kanak itu fikir pasal benda tu.Entah macam mana dia tahu.Mesti Qing yang bagitau.Isk,isk,isk..

💙💙💙

"Nenek!Atuk!" Azil dan Dina menjerit dan berlari ke dalam dakapan Grenny dan Sharon.Mereka berpeluk peluk sekejap sebelum Qing dan Ayina pula yang bersalam salaman.

"Ma,mana kawan kawan Yina?" Soal Ayina.

"Semua tengah tunggu kat dalam.Jom masuk cepat," ya,sekarang mereka berada di kampung.Ada hari keluarga di situ.

Tanpa berlengah,Ayina berlari masuk ke dalam rumah.Banyak sudah tetamu yang hadir.

"Yau,Akim,Kim...Natul!!" Ayina sungguh teruja,dah jadi mama tapi perangai cam budak budak.Korang fikirlah sendiri macam mana diorang semua ada di sini.Mestilah kena jemput dengan peta sekali.Haha,kampung itu pun dah semakin maju sekarang.

"Ayina!!" Ayina dan Natul berpeluk pelukan.Semua hadir dengan pasangan masing masing.Natul datang dengan suami mat salehnya.Akim dan Kim juga datang dengan isteri yang ditakdirkan untuk mereka.Ayina sendiri tak kenal.

"Hai,bros.." Sapa Qing pula kepada rakan sehidup sematinya.Siapa lagi kalau bukan Ray yang bersama Lily dan Bino dan Mian yang kekal single.Eh tak,diorang ada silent relationship.Jangan percaya sangat.

Majlis berjalan dengan kegembiraan di hati masing masing.Semua bergembira bertemu dengan kawan kawan yang setahun hanya sekali bertemu dan kadang kadang langsung tak bertemu.

"Kalau abang mati,sayang kena teruskan hidup seperti biasa.Tak payah nak sedih sedih." Qing tiba tiba bersuara dan memeluk pinggang Ayina yang sedang berada di dapur.

Pok!Ayina mengetuk kepala Qing kuat.

"Abang boleh tak jangan cakap macam macam?!" Ayina menjeling Qing tajam.

"Ya,kita tak tau takdir yang telah ditetapkan untuk kita.Bila kematian kita?Bila kita berpisah?Bila kita bersedih?Bila kita gembira?"

"Abang.." Mata Ayina sudah berkaca kaca menahan tangis.

"Alolo,abang cakap je.Janganlah nangis.Cengeng tau dah jadi mama tapi masih nangis." Ayina terus menekupkan mukanya ke dada Qing,dia teresak.

"Shh,sayang ni.Itu pun nak nangis," Qing mengusap kepala Ayina perlahan.

"Jangan cakap macam tu lagi,saya benci nak dengar." Ayina mengangkat kepala dan mengusap air matanya kasar.

"Ha,yelah..."

"Weh,Ayina,Qing.Korang buat apa sembunyi kat sini.Dah,jom ada sesi bergambar.Cepatlah!" Natul tiba tiba muncul di situ.

"Ha,yelah Natul." Dan Ayina dan Qing pun berpimpin tangan menuju ke ruang tamu

Biarlah kebahagiaan ini kekal abadi sampai selama lamanya dan sekiranya diberi dugaan,berikanlah kami kekuatan,ya Tuhan.Doa Ayina dalam hati.

Perlahan lahan,lampu menjadi malap dan tadaa..Habis cerita.

♡♡♡♡♡

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now