Bab 22

4.3K 215 1
                                    

Fikiran Ayina melayang,dia hanya membiarkan bas terus bergerak.Akim di sebelah dibiarkan melayan mimpi.Dia teringat semasa mereka telah dibenarkan untuk berjalan jalan di pekan sebelum pulang ke kampung tadi.Sakit hatinya mengingatinya semula.

Ayina berjalan dengan tenang di taman kecil yang agak sunyi.Akim katanya mahu membeli barang kejap,dia malas nak ikut Akim.

Tiba tiba,tangannya direntap kasar dan dia ditarik di satu sudut yang agak tersembunyi.

Jihan!!Bersama dua orang konconya,satu dia tak kenal,satu lagi Rian!Jihan memang banyak konco.

"Kau!" Ayina menunjuk tepat ke arah Jihan.

"Apa?Kau ingat kau dapat lepas daripada tangan Rian,kau dapat lepaslah dari saya.Hah?!" Kata Jihan keras.

Ayina mencekak kolar baju Jihan."Kau dengar pula sini Jihan.Kau ingat kau nak rosakkan hidup aku,aku takutlah?!Sorry lah,aku tak takut kau pun."Balas Ayina dan terus menolak dada Jihan kasar.

"Kau jangan nak berlagak kuat sangat,perempuan.Ingat saja,kau hanya seorang sekarang.Kau tak ada geng,kami bertiga!" Terus Jihan menolak bahu Ayina menggunakan kedua dua tangannya.Ayina terundur sedikit ke belakang.

"Huh," Ayina mengimbangkan badannya,Jihan hanya tersenyum sinis dan menggosok hidungnya bangga.

"Rian,aku serahkan pada kau.Lunaskan segala rasa kau yang tertangguh dulu tu." Kata Jihan kepada Rian,kemudian Jihan segera duduk dengan tenang di sebuah bangku batu.Bagaikan seorang penonton.

"Kau tak sangka aku,kan?" Soal Rian sinis,dia mendekati Ayina perlahan lahan.Benci Ayina untuk melihat wajah itu.

"Tak,aku memang sangka kau setan tapi aku hanya tak sangka kau anjing Jihan.Huh," Ayina mendengus kasar dan memeluk tubuhnya.Rian hanya mengukir senyum yang paling menyakitlan di dunia.

Pantas Rian cuba memeluk Ayina,Ayina sempat mengelak dan menendang belakang Rian.Tersungkur Rian dibuatnya.

Ayina mengeluarkan gelak jahat."Ada hati nak try aku,tapi bodoh nak mampus!"Kutuk Ayina.

Rian mencuba lagi untuk menangkap Ayina tapi Ayina memang pantas mengelak.

"Huh,bro kau boleh tolong aku pegang cewek ni tak.Liar gila," Kata Rian kepadanya temannya yang satu.

"Boleh aje bro,tapi kita share share lah.HAHAHA," mereka berdua ketawa besar.Sakit di hati,Ayina cuba mengendahkannya.

Tanpa sempat mengelak,Ayina terus jatuh tertiarap di atas tanah apabila lelaki yang satu menendang kakinya kuat.Dan,lelaki itu terus menindih dan mengunci pergerakan Ayina.

Kuat juga lelaki itu sampai Ayina tidak dapat melepaskan dirinya.

"Hah,kacang je ni bro.Apahal kau tak dapat tangkap dia tadi?HAHAHA," kata lelaki itu dalam gelaknya.

Lelaki itu menterbalikkan tubuh Ayina.

"Haha,yelah.Kau dah stim eh,Ayina.Sabar eh," kata Rian sengaja mahu menyakitkan hati Ayina.Ayina cuba meronta ronta,tapi pegangan lelaki itu terlalu kuat.

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now