Bab 38

3.2K 162 3
                                    

Ok,welcome to chapter 38.Happy reading and don't forget to vote and comment.Thank you🌸
_________________________

Bab 38.

Dalam kesamaran itu,dia melihat satu bayang hitam yang bergerak di hadapannya.Tergerak hatinya untuk mengikuti bayang itu.Bayang itu seperti sengaja mahu dia mengekori.

Sampai di satu tempat,keadaan yang tadi gelap beransur ansur terang.Keadaan sekeliling mula kelihatan jelas.Dia berada di sebuah hutan yang tebal.Hanya sipi sipi cahaya matahari yang sampai ke lantai hutan.

Bayang tadi menghilang entah kemana?Diganti dengan satu batang tubuh yang sedang membelakanginya.Batang tubuh yang yakni manusia itu sibuk melakukan sesuatu.

Manusia yang membelakanginya itu tiba tiba dengan sendirinya menghadap ke arahnya bersama kerja yang sedang dilakukannya.

Dia tersentak!Manusia itu sedang menjahit mulut satu lagi batang manusia yang kaku.Mungkin sudah mati.

Dia memalingkan wajah ke arah lain,tidak sanggup untuk memandang adegan itu.

Hampir gugur jantungnya sebaik terpandang satu jembalang hitam berbulu tebal berada di sisinya.

Bibirnya cuba digerakkan untuk bersuara.Namun,tekaknya seakan kering dan perit untuk berkata.

Wajah jembalang itu sungguh menakutkan namun tidak mengerikan.Maksudnya,wajah jembalang itu sangat-sangat pelik tetapi tidak menyeramkan.

"Saya~akan~keluar~dari~diri~kau~" Makhluk itu bersuara,suaranya sangat dalam.Dia mahu bertanya 'siapa kau?',namun dia tidak mampu bersuara.

Makhluk itu lenyap.Kini,dia berada di sebuah perkuburan lama.Muncul empat tubuh yang sungguh dikenalinya.Kali ini,wajah mereka betul betul mengerikan dan cuba mendekatinya.Mereka seperti mahu menyentuhnya dengan darah yang meleleh leleh.

"Argh!!!Tidak!Tidak!Jangan dekat saya!!!" Akhirnya suaranya bersuara tiba tiba setelah bersusah payah mahu mengeluarkan suara tadi.Dia terus menjerit jerit dengan kuat,dan satu sentuhan dirasanya.

Dia menjadi seperti hilang akal dan tidak tahu untuk berbuat apa.Segala kekuatannya juga terasa hilang dan tubuhnya sangat lemah.Hanya mulutnya yang mampu meracau tanpa henti.

☆ ☆ ☆

"Yina!Bangun Yina." Satu suara menusuk masuk ke dalam gegendang telinganya.Ayina yang meracau racau tadi cuba membuka matanya perlahan lahan.

Satu tubuh lelaki menerpa masuk ke dalam retina matanya,sebaik matanya terbuka.Sekelilingnya nampak sangat asing.

"Ayina,kau dah sedar.Jap eh,saya panggil doktor dulu." Qing terus berlari keluar dan mendapatkan seorang doktor.Sempat dia menghantar mesej kepada ibu bapa Ayina yang Ayina sudah sedar.

Hatinya berdebar debar.Dia mahu Ayina kembali seperti Ayina yang sebenar semula,dengan secepat yang mungkin.

"Doktor,macam mana keadaan dia sekarang?" Tanya Qing apabila doktor itu sedang memeriksa Ayina.

"Hmm,badannya sudah agak stabil.Dia kuat.Namun,dia perlukan banyak rehat untuk mengembalikan tenaganya." Jawab doktor itu.Qing hanya mengucap syukur dalam hati.

"Qing.." Ayina bersuara sebaik doktor tadi selesai memeriksa keadaan Ayina,suara Ayina payau dan kedengaran amat perit.

"Minum dulu Ayina,jangan cakap dulu." Kata Qing dan menyuap sesudu air ke mulut Ayina.Kemudian,Qing mencapai pula pinggan yang berisi bubur dan menyuap Ayina.Ayina menggeleng lemah.

"Please,Ayina.Makan sikit," Qing memaksa sehingga Ayina membuka mulut perlahan.Setelah beberapa suap,Ayina sudah tidak mahu membuka mulutnya lagi.Qing beralah dan meminumkan Ayina lagi.

"Dah,rehatlah.Jangan lupa siapa kau.Ayina yang aku kenal,tak lemah macam ni dan sentiasa cergas.Tolong tumbuk aku lagi lepas ni," ucap Qing sambil tersenyum manis.Hati Qing tersentuh apabila melihat ukiran senyum kecil yang Ayina berikan.

"Get well soon,no more macam ni.Buat jantung saya gugur dan entah hilang kemana pula," Qing cuba menceriakan hati Ayina sambil mengusap kepala Ayina lembut.

"Tunggu..Lah..Lepas ni...Saya..bunuh..kau..." Ujar Ayina tersekat sekat.Tengok,sakit macam ni pun sempat lagi.

"Dah,dah,tidur.Buatlah apa je yang kau nak buat kat saya,dengan syarat kau mesti sembuh cepat cepat." Tidak lama selepas itu,Ayina kembali terlelap.Luluh hati Qing melihatnya,rabaklah.Sakit hati dia tengok Ayina sakit macam ni.

Lepas je uncle Grenny memberitahu papanya tentang keadaan Ayina,terus dua ajak papanya ke sini.Ayina koma selama beberapa hari dan syukurlah sudah sedar.Dia tahu Ayina cekal.

Wajah Ayina ditatap dalam.Pipi dan lehernya yang berbalut mencucuk cucuk tangkai hatinya.Kejam manusia yang cuba mencela wajah bidadari hatinya ini.S**l!

Matanya jatuh pula ke tangan Ayina yang lukanya boleh tahan dalam sehingga menyebabkan Ayina kehilangan banyak darah.Nasib baik dibawa ke hospital.Kalau tidak,mungkin...Arghh!!

Dan satu lagi yang betul betul dia tak dapat terima.Ya,lorekan setan di kaki Ayina itu.Dia dapat bayangkan macam mana keperitan yang Ayina rasakan ketika itu.Setan tak guna kau Jihan!

"Qing,macam mana keadaan Ayina?" Satu suara daripada Sharon mengejutkan lamunan Qing,dia kembali ke alam realiti.Dia memandang ke belakang dan menangkap kelibat mama dan papa Ayina serta papanya.

"Doktor kata keadaannya dah stabil,cuma perlukan rehat yang betul betul cukup." Jawab Qing perlahan.

"Syukurlah.." Kata Sharon sambil mengusap matanya yang mahu mengalirkan cecair.Hancur hati ibunya melihat keadaan anaknya begitu.

Qing mengorak langkah ke luar bilik khas Ayina itu,cuba mencari sesuatu yang tidak pasti.

Ayina,cepat sembuh.Aku ingat baru berapa hari kau kat sini tapi kau dah dapat celaka.How shit people that make you hurt!!

_____

Mohon bersabar sekiranya agak membosankan.Will try do better lepas ni.Thank you for reading🌸

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now