Bab 27

4K 189 28
                                    

"Wargh!Apa ma,Yina akan masuk asrama.NO WAY!Yina tak nak mama.Tau tak,kawan kawan lama Yina selalu cakap yang tinggal kat asrama tu macam tinggal dalam penjara.Tak mau ma.Tak nak!Tak nak!" Ayina membentak,terjerit jerit dia di ruang tamu yang kecil itu.

Sharon sudah memandang Ayina semacam."Yina ni dah kenapa?"Soal Sharon tanpa mahu mengerti keadaan Ayina.

"MAMA,YINA TAK NAK TINGGAL KAT ASRAMA!" Jerit Ayina yang tidak berapa kuat,karang kena cakap pula dia kurang ajar dengan mama.Tak mau dia jadi anak derhaka.

"Huh,Yina..." Sharon mengeluh kecil.Anak dia yang seorang ni boleh tahan juga degilnya,kena pujuk bagus bagus baru kena.

"Yina tak mau,ma." Ayina memintas kata kata mamanya.

"Yina,tinggal kat asrama tu jauh beza dengan tinggal kat penjara.Yina dah pernah tinggal kat penjara ke?Otak tu janganlah negatif sangat.Tahun depan papa terlalu banyak urusan di bandar.Jadi mungkin sekali sebulan je kami akan balik kat sini.Mungkin lebih baik kalau Yina dengan Qing tinggal kat asrama daripada berdua je kat rumah.Uncle Zaim pun akan ikut kami,"

Ayina terdiam dengan penerangan panjang lebar mamanya.Apakah ini?

"Kenapa kita tak pindah sama sama je kat bandar?" Soal Ayina yang mulai tenang.Lega sikit dia mendengar apabila Qing juga akan masuk asrama.Lepas ni nak ajak Kim dengan Akim lagi lah masuk asrama.Baru ada geng.Kawan perempuan dia kat sini agak kurang ataupun cakap je lah takde langsung.

"Lepas selesai semuanya,kita akan pindah balik ke bandar Ayina." Beritahu Sharon membuatkan Ayina terkejut bagai nak pengsan.

"Kita pindah balik ke bandar,ma?Bila?" Soal Ayina dengan nada terkejut.Entah kenapa ada rasa berat dia mahu meninggalkan sekolah di situ.Walaupun terlalu banyak kenangan yang menyakitkan hati di situ,tapi dia dah mula sayangkan kampung di situ.

Dan paling dia suka,sikap gangsternya semakin berkurang di situ.Dia juga dapat berjauh dengan musuh musuhnya sementara.Dia,rasanya sudah malas mahu berlawan lawan ni.

"Ya,kenapa?Yina tak nak pindah ke?" Soalan daripada Sharon mematikan lamunan Ayina.

"Er,bukan macam tu.Tapi..."

"Kita pindah kat sana pun dalam setengah tahun je,Yina.Dan lepas tu,papa dah bercadang mahu tinggal terus kat sini.Katanya mahu majukan syarikat di sini dengan uncle Zaim.Mama tau Yina dah sayangkan tempat di sini,kan?Begitu juga dengan mama.Kita balik ke bandar nanti,nak selesaikan masalah papa dan masalah Yina."

"Masalah Yina?" Ayina blur sekejap.

"Ye,Yina.Yina ingat mama dengan papa tak tau ke kerja Yina di sana tu.Kami tau lah siapa anak kami ni.Dan paling penting,kami nak buang saka yang ada kat Yina.So,lepas tu kita teruskan hidup dengan lebih baik.OK!" Sharon mengusap kepala anaknya perlahan.

Ayina terdiam sekejap."Ok,ma!" Balas Ayina bersemangat.

"Jadi,Yina setuju lah ni nak masuk asrama?"

"Of course,ma!" Qing yang terdengar perbualan itu cuba mengukir senyum kecil.

Ayina,please forgive me and accept me into your life.Nothing again i want in this life but only you!You are so special and unique girl.

☆ ☆ ☆

Hari ini,keluara Ayina akan berpindah ke rumah baru mereka yang terletak di hujung kampung dan agak bebukit.Suasana di sana agak sejuk dan aman,juga dapat dilihat seluruh kampung dari situ.

"Ayina,dah siapa semua barang ke?Lori pengangkut dah sampai tu.Nanti bagitau Qing ah," kata Grenny.

"Oh,ok pa." Balas Ayina ringkas.Setelah meneliti lagi biliknya dan tiada apa apa lagi yang rasanya nak diambil,dia menutup zip bagasinya.Dia keluar sebentar dan menuju ke arah bilik Qing.

Tuk!Tuk!Tuk!

"Qing,lori pengangkut dah sampai." Hanya itu yang dicakapnya dan terus berlalu semula dari situ.Hubungannya dengan Qing agak baiklah dari dulu walaupun mereka masih selalu bergaduh.

"Okay!" Sempat Ayina mendengar balasan Qing.

Sejam kemudian,semua barang sudah siap dimasukkan ke dalam lori.Jadi,tinggal nak jalan je ke rumah baru mereka.

"Wuohhh!!" Ayina menggeliat kecil sebaik turun dari kereta,dia memandang sekeliling kawasan rumah baru mereka itu yang cukup indah.Pandainya papa pilih tempat ni.Dan,rumah yang macam vila ni tersangatlah cantik.Ayina berbisik di dalam hati.

Pertama kali melihat rumah yang dibina daripada gentian kaca itu,rasa macam asing pula.Sekelilingnya penuh dengan bunga bungaan yang berwarna warni.Mesti mama yang suruh letak bunga tu.Macam dalam hutan pun ada juga.Cantiknya,susah nak bagi bayangkan.

"Wow,cantiknya kan?" Satu suara garau menyapa gegendang telinga Ayian.Dia dah dapat agak siapa orang itu.

"Haah." Balas Ayina pendek.

"Kau kena berterima kasih dengan papa kau,sebab dia dah bagi yang terbaik untuk kehidupan Yina."

"Aku tau lah," Ayina menjeling Qing.

"Dengan aku juga.."

"Nak berterima kasih kat kau buat apa?" Ayina memutarkan anak matanya ke atas.

"Sebab aku pun ada bagi cadangan dalam pembinaan rumah ni.Lawa tak cadangan aku,papa kau pun suka.Biasalah aku kan nak jadi arkitek." Eh,macam ada nada riak pula kat situ.Huh!

Ayina terdiam.Betul ke rumah ni idea Qing?Macam tak percaya,tapi patutlah rumah ni lain macam.Idea dia rupanya.Nak nafikan pun susah juga.Qing memang pandai melukis dan melakar.Aku pun baru tau yang dia nak jadi arkitek.Huha...Hati Ayina berbisik kecil.

"Kenapa,kagum ke?Sampai pegun macam tu," usik Qing.

"Eleh,aku tak percaya pun."

"Tak percaya,sudah." Kata Qing dan terus berlalu dari situ.Mahu membantu mengangkat barang masuk ke dalam rumah.

Ayina hanya memandang belakang tubuh Qing yang sudah mahu berlalu.Makin lama bersama,makin dia suka pula bersama dengan Qing.What?Yeke?Sejak bila ni?

Bukan ke dia pernah ada angan angan nak bunuh Qing?Tak kan dulu dia ada masalah mental?Dan rasanya sekarang dia semakin mental kerana tersuka dengan orang yang dia nak bunuh.

Angin lembut yang menyapa tubuhnya membuat Ayina tersedar dalam realiti semula.Dia cuba menikmati keindahan di situ semula.

Hidup ini memang pelik!

###

BAD GIRL IN GLASSES Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ