Bab 3

12K 564 32
                                    

"Warghhh!!!" Jeritan suara seorang lelaki menggegarkan kelas 4 Alfa.Semua mata kini tertumpu pada Qing yang sudah berdiri di atas kerusinya.

"Qing!!What's wrong with you?" Tanya cikgu Hafi yang sedang mengajar subjek matematik dengan tegas.Panas hatinya apabila kelasnya diganggu.

Ayina sudah tersenyum dalam diam.Haha,rasakan kau Qing.Confirm kau dah jumpa mr.cicak aku.Hahaha..Ayina sudah ketawa jahat dalam hati,memandang selamba ke arah Qing.

"Eh,maaf cikgu.Tadi ada...Erm..Eh.." Qing yang baru tersedar dirinya diperhatikan seisi kelas menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.Malu gila ni.Apa dia nak bagi alasan.Tak kan dia cakap yang dia terpegang cicak sebentar tadi.Apalah,cicak pun nak takut!Tak ke lagi malu.

Qing turun ke atas lantai perlahan lahan,dengan wajah yang agak cemas.Matanya memandang sekelilingnya berharap yang cicak itu sudah tiada di situ.Yang lain memandangnya penuh kehairanan.

Huh!Tadi suka sangat nak mainkan orang,lepas tu buli lagi.Ingatkan berani sangatlah.Ini,cicak lidi itu pun nak takut.Uwek..Ayina terus mengata Qing dalam hati.Bencilah katakan.

"Qing,cepat duduk diam diam.Jangan ganggu kelas saya.Haih,suka sangat buat kacau masa saya nak mengajar."Arah cikgu Hafi.

Qing duduk semula ke tempat duduknya.Namun,matanya tiba tiba menangkap kelibat cicak itu semula yang seperti sedang merangkak ke arahnya.

"Arghh!!" Jerit Qing lagi.Apalagi,seperti dikejar hantu Qing terus memecut ke hadapan dan bersembunyi di balik Cikgu Hafi.Tindakan tanpa dikawal,ok.

"Qing!!!Sekarang bukan masa nak main main.Keluar kelas sekarang,berdiri di depan kelas sampai cikgu habis masa!" Melengking suara Cikgu Hafi menahan marah.

Qing jadi terkulat kulat,bingung sebentar."Tapi cikgu,tadi...."

"Cikgu kata keluar sekarang!!!" Cikgu Hafi memotong kata kata Qing.

Huh!Dari manalah cicak tu datang.Mesti ada orang yang kenakan aku ni.Kata Qing dalam hati tidak puas hati sambil bergerak ke luar kelas.Cicak itu sudah tidak kelihatan di mana mana.Kurang asam punya cicak!Marah Qing dalam hati.

Tiba tiba matanya menangkap wajah Ayina yang seperti tersenyum mengejek ke arahnya.Hatinya terasa curiga dengan budak nerd seorang ni.

Ayina tidak mampu mengawal rasa puas hatinya,dia tergelak kecil sehingga Kim sempat mendengarnya.

"Padan muka kau,Qing!" Kata Ayina tanpa sedar.Kim menyikunya,Ayina terus berpaling ke arah Kim.Terkejut sebenarnya.

"Apa?" Soal Ayina kepada Kim.

"Aku rasa kau ada buat sesuatu." Ujar Kim.Ayina hanya mengangkat bahunya dan bingkas berdiri.

"Cikgu,saya nak ke tandas." Kata Ayina dan apabila Cikgu Hafi membenarkan,dia terus bergerak ke luar kelas.

Semasa melintasi Qing,dia terus melemparkan senyuman sinis.

"Kau belum kenal siapa saya!"

☆ ☆ ☆

"Yina jom balik sama sama,rumah kita kan melalui jalan yang sama." Kata Kim kepada Ayina yang sedang mengemas buku bukunya.

"Ok." Jawap Ayina ringkas.

Oh ya,waktu balik di sekolah sini adalah jam 12 tengah hari.Awal kan,ya sebab di sini ada dua sesi.Sesi pagi dengan sesi petang.Sesi pagi hanya untuk tingkatan 4 dan 5,manakala sesi petang pula untuk tingkatan 1 hingga 3.Hmm,jangan nak hairan sangat kenapa?Semuanya sebab tak cukup kelas,ok.

Kemudian,mereka sama sama melangkah keluar dari kelas itu.Tiba tiba jalan Ayina dihalang oleh sebatang tubuh.Hampir Ayina melanggar tubuh itu kalau dia tidak sempat tekan break.Haih,siapa pula ni?Rungut Ayina dalam hati.

Segera Ayina mengangkat kepalanya untuk mengenal pasti siapa orang yang sengaja nak cari pasal sangat tu.Qing!Dasar,lelaki ini saja yang balik balik ditemuinya.Tiada ke lelaki lain yang boleh muncul di hadapannya selain hantu seekor ni.Huh!

"Apa kau nak?" Soal Ayina dingin.Ditatapnya wajah Qing yang selamba macam kucing nak mencuri ikan tu.

Aii,handsome Qing ni sebenarnya.Kalau perangai dia baik sikit pasti aku dah jatuh hati,erk.Tapi,kalau dah perangai macam setan tu.Taruhlah muka Jimin pun dia langsung tak tergoda,ok!Eii,apa pula aku merepek ni.Ayina sudah mengelamun panjang.Lupa pada Qing yang ada di hadapannya.

"Hello!Tahulah saya handsome tahap dewa,tapi janganlah pandang saya macam tu sekali." Usik Qing yang dirasakan Ayina bukan meyejukkan hati orang itu,tetapi meloyakan tekak orang saja.Uwek,perasan nak mampus!

"Maaf,saya nak lalu." Ucap Ayina,cuba menyabarkan hatinya semampu yang boleh.Janganlah,perangai sebenarnya muncul di hari pertama dia bersekolah di sini.Tak boleh!

"Weh,tunggulah.Lepas kau dah kenakan aku,kau boleh lepas macam tu je lah." Qing segera menarik tangan Ayina yang mahu berlalu dari situ.

"Apanya?" Ayina pura pura membuat muka suci dan tidak tahu apa apa itu.

"Jangan pura pura tak tau pulak." Tegas Qing.

"Dahlah Qing,Ayina jom balik." Kim cuba membela Ayina dan terus menarik tangan Ayina supaya segera berlalu dari situ.

Qing hanya mampu berdecit marah apabila Ayina dan Kim sudah jauh daripadanya.Awas kau Ayina,berani kau kenakan aku balik.Nanti kau!

"Wei bro,jomlah balik.Ayina dah pergi tu." Kata Ray memecahkan lamunan Qing.

"Yelah." Balas Qing malas."Mana dua ekor tu,dah balik ke?"Soal Qing.Tadi masa dia bagitau Ray kenapa dia terjerit jerit di dalam kelas,mahunya Ray ketawa setahun kalau Qing tak bagi amaran awal awal.

"Yee,yang kau nak kacau sangat si Ayina tu kenapa?Kan ci...Eh.."

"Baik kau tutup mulut kau tu,sebelum mulut kau lebam!" Fuhh,ganas gila Qing ni.Kawan sendiri pun nak belasah,macam monyet berebut pisang.

Ray mendiamkan diri.Kemudian,mereka terus berjalan balik ke rumah masing masing.

☆ ☆ ☆

"Hai,Ayina." Semasa Ayina menunggu papanya datang mengambilnya,tiba tiba seorang makhluk menyapanya.

"Eh,Kim pun ada." Kata lelaki itu lagi.Ayina berpaling memandang ke arah orang yang terlebih peramah itu,Akim.

"Hai,Akim.Belum balik ke?" Balas Ayina,Kim hanya mendiamkan dirinya.

"Belum lagi,rosak kereta papa mungkin sebab tu sampai sekarang belum muncul lagi." Terang Akim.

"Hmm,kalau macam tu kau ikut ajelah papa aku.Kim pun ikut sama,papanya pun tak dapat ambil dia hari ini." Cadang Ayina.

"Oh ya,boleh ke?"

"Boleh aje."

Beberapa minit kemudian,papa Ayina sampai di situ.Mereka terus masuk ke dalam kereta.Seronoknya Ayina,dua rakan barunya yang baik hati ini tinggal sekampung dengannya.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now