Bab 24

4.3K 205 0
                                    

Warghh!!Setelah hampir 2 minggu memerah otak menghadapi peperiksaan akhir tahun yang boleh buat orang sakit jiwa itu,akhirnya tibalah pula masa untuk bercuti panjang.Yeay!!

"Apa pa,kita akan pergi ke London?Yes,seronoknya." Ujar Ayina teruja.

"Ye,Ayina sayang..." Balas Grenny dalam senyuman.

"Err,diorang Qing ikut tak?" Ayina mengendurkan suaranya.

"Mestilah,diorang dah jadi sebahagian daripada family kita.Kenapa tidak?" Grenny merenung wajah anak gadisnya itu,cuba memahami gelodak yang mengganggu jiwa anak gadis itu.

"Takdelah,pa.Oklah,Yina pun nak paking sikit sikit barang yang Yina nak bawa.Bye..." Ayina terus berlalu dari situ.

Jiwanya entah asyik bergelombang seperti dilambung ombak yang ganas.Asyik tidak tenteram apabila mengingati Qing.Ada apa dengan Qing?Kenapa susah untuk dia memaafkan Qing?Walaupun dia agak rasa bersalah dulu kerana telah membelasah Qing,tapi hatinya masih seperti marahkan Qing.Dulu pun,dia hanya meminta maaf dengan uncle Zaim.Dengan Qing?Sorry lah,nak bertemu pandang pun dia tak mau.

Bukk!!

Ayina tersedar dari lamunan apabila terlanggar sesuatu.Apabila dia mendongak,QING!Ya,Qing ni macam tau tau saja dia tengah fikirkan Qing.Muncullah Qing di hadapannya.

"Kau ni tak ada jalan lain ke nak jalan selain nak langgar aku?" Ujar Ayina kasar.No erti berlembut bila dengan Qing lagi!

"Maaflah,kau yang tak tengok jalan betul betul tadi.Asyik mengelamun saja,ingatkan saya ke?" Usik Qing cuba bergurau.Entah sampai bila Ayina akan terus marahkannya.Dia minta tolong dengan Ray pun macam tiada guna sebab Ayina langsung tidan tergugat.Terus membenci manusia yang bernama QING hingga kini!

"Oi,kau ingat kau siapa hah?!Nak ingatkan kau,sorry lah tujuh keturunan aku tak akan pernah ingatkan kau!Satu lagi,kau pun mengelamun ke sampai tak sedar aku depan mata kau?!" Sindir Ayina tajam,Qinq hanya mampu terkedu.Dia menelan air liurnya sendiri dengan kata kata Ayina yang maha tajam itu.

"Dahlah,malas aku nak layan kau!" Terus Ayina berlalu dari situ,sempat lagi dia melanggar bahu Qing kasar.Rasakan Qing,kau ingatlah balik apa yang kau selalu buat kat aku dulu.Aku benci kau baik dengan aku.I HATE YOU SO MUCH!!Jerit batin Ayina,tapi kenapa hatinya rasa sakit.Dia benci perasaan ini!

☆ ☆ ☆

Ayina mendaratkan kakinya di tanah London itu.Wahh,sejuk hatinya.Pertama kali menjejakkan kaki di situ terasa betul betul macam rusa masuk kampung pula.Sebelum ini,papanya membawa mereka bercuti di Paris,New Zealand,Korea,German,dan banyak lagilah tempat lain.

"Ayina,meh saya tolong angkat beg kau." Qing menawarkan dirinya untuk membantu Ayina.

"Tak perlu." Jawab Ayina tegas,Qing hanya mengalah.

Kemudian,mereka menaiki sebuah kereta yang disewa untuk pergi ke hotel sewaan mereka selama sebulan.

"Pakailah sweater kau tu baik baik.Kalau tak selesa,saya boleh jadi sweater Yina." Usik Qing kepada Ayina.Mereka duduk di kerusi paling belakang,jadi perbualan mereka pasti tidak didengari oleh orang tua mereka.Pantas,Ayina merenung Qing tajam dan menghantar isyarat 'kau nak mati ke?' Kepada Qing.Qing hanya buat buat tak faham.

"Boleh tak kau diam dan jangan bercakap dengan aku!" Suruh Ayina keras.

"TUHAN telah menganugerahkan kita dengan mulut,jadi buat apa kita tak nak pakai kan?" Qing menayangkan senyuman manis.

"Kau ni memang nak kena,kan?" Ayina menarik tuala yang melindungi leher Qing sehingga Qing tertarik sedikit ke arah Ayina.Namun,tiba tiba kereta dibrek mengejut sehingga Ayina terhumban ke hadapan.Qing sempat menarik tangan Ayina daripada terhantuk di kerusi hadapan.Dan apabila kereta itu digerakkan semula,sekali lagi Ayina tidak dapat mengawal pergerakan tubuhnya dan terhumban ke arah Qing pula.Apalagi,Ayina terpeluk tubuh Qing.

Sesaat,dua saat,mereka leka di situ sebelum Ayina tersedar kembali."Huh,kotor aku tersentuh dengan kau!"Ujar Ayina seperti orang yang berasa jijik sekali.

"Hello...Aku suci ya,mohon ayatmu dijaga." Ucap Qing,Ayina terus memperbetulkan duduknya dan memeluk tubuh.Dia mendengus kasar dan tidak lagi menghiraukan Qing.

"Itulah,lain kali pakai tali pinggang keledar supaya tak main peluk peluk orang lagi." Kata Qing dan terus menarik tali pinggang keledar itu dan memasangkan untuk Ayina.

"Janganlah sengaja nak ambil kesempatan..." Balas Ayina kegeraman.

"Apa salahnya.." Qing tersenyum sinis,Ayina terus menghiraukan Qing.Kalau tak,mahunya dia menumbuk Qing ketika itu juga.Qing ini macam sengaja mahu memarakkan amarahnya.Huh!

☆ ☆ ☆

Bilik Ayina dan Qing bersebelahan di tingkat atas.Manakala bilik ibu bapa mereka semua di tingkat bawah mereka.

"Kalau takut tidur seorang,datang je kat bilik aku," ujar Qing semasa masing masing membuka kunci pintu bilik.

"Nak datang bilik kau,suruh beruk aje ya.Malas aku nak buang masa nak jenguk kandang kau!" Terus Ayina melangkah masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuknya.Qing juga hanya mampu memerhati kelibat Ayina menghilang sebelum dia turut masuk ke dalam biliknya pula.

Setelah membersihkan diri,Qing keluar dari bilik.Mahu berjalan jalan di beranda hotel itu,melihat pemandangan bumi London yang begitu cantik pada pandangan matanya.

Pada masa yang sama,Ayina turut melangkah keluar ketika itu.Mereka terserempak lagi!

"Tak ada ke manusia kat dunia ni yang boleh aku tengok selain kau?!Huh!" Ayina merengus.

"Dah kita jodoh,nak buat macam mana?" Usik Qing.Sekarang ni,Qing memang ada penyakit suka mengusik ke?Ai,ai...

"Jodoh kucing kau!Tak ingin aku.." Ayina pantas meninggalkan Qing di situ,kakinya dilangkahkan ke beranda hotel di tingkat itu.Qing mengekori langkah Ayina,dan sampai di suatu sudut Qing terus menarik Ayina dekat di dinding.

"Apa kau nak?" Bentak Ayina.

"Ayina,aku..." Suara Qing tersekat,dadanya berdebar kencang.Sungguh dia tidak mampu untuk menahan perasaannya sendiri.Ya,dia akui dia sudah jatuh cinta dengan Ayina.Perempuan yang dianggapnya seorang yang nerd dulu,tapi sebenarnya menyimpan banyak rahsia yang sungguh tak diduga.

Dia jatuh cinta dengan latar belakang Ayina.Yang sungguh menarik,walaupun Ayina membencinya sebesar mana pun.Dia rela mati di tangan Ayina!Hmm..

"Lepaslah,bangang!" Marah Ayina,tapi Qing makin menguatkan genggamannya pada lengan Ayina.

"Ayina..."

Buk!!

Dengan pantas Ayina menolak tubuh Qing dan menumbuk muka Qing.

"Kau memang nak ini,kan?" Jerit Ayina,dia menutup matanya perlahan.Cuba menyabarkan hatinya yang sedang membara.

"Huh!!" Ayina terus berlalu dari situ tanpa menoleh ke arah Qing lagi.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now