Bab 8

7.2K 352 81
                                    

Ayina sedang membaca buku biologi di pondok sekolah semasa rehat.Kim pergi ke kantin untuk membeli makanan untuk mereka berdua.

Entah dari mana munculnya tangan beruk ni terus merampas buku yang berada di tangan Ayina.Ayina terus mendongak,macam nak tanda tangan kat muka saja orang ni.Ok,korang pun dah boleh teka siapa kan.

"Eii,Qing.Apa masalah kau ni?Bagi balik buku aku tu." Marah Ayina.

"Woo,nak buku ini eh?Ambillah kalau dapat."Kata Qing dan mengangkat buku itu tinggi tinggi ke atas.Tahulah tinggi.

"Huh,aku takde masa nak main mainlah Qing.Ujian Ogos tak lama lagi ok." Kata Ayina,malas dia terkedek kedek mahu mencapai buku di tangan Qing tu.Nanti,renyuk pula Qing dia kerjakan.

"Eh,ujian je kot.Belum SPM kan?" Sindir Qing.

"Tahulah.Tapi,aku tetap nak belajar awal awal ok." Balas Ayina,geramnya dia dengan monyet seekor ni.Tak habis habis nak sakitkan hati dia.

"Ok,kalau macam tu kau ambillah buku ni kalau dapat." Kata Qing sambil mengacah acahkan buku tersebut di hadapan Ayina.Macam nak bagi pisang kat monyet aje gayanya.Kemudian,Qing terus berlalu dari situ dengan membawa buku Ayina itu.Mahu saja Ayina menjerit nama Qing tapi ditahannya.

Zupp!!

Tiba tiba buku di tangan Qing dirampas oleh seseorang.Terkejut Qing dibuatnya.Dia memandang ke arah makhluk yang telah berkurang ajar dengannya itu.AKIM!

"Woi Akim!!Kau nak apa?Bagi buku tu balik kat saya." Jerit Qing kepada Akim.

"Eh,sorrylah.Ini buku Ayina,ambillah kalau kau dapat." Kata Akim dan mengacah acahkan buku tersebut kepada Qing,sepertimana Qing melakukannya kepada Ayina tadi.Hah,makan kau Qing!Akim kenakan kau balik,kotoh.

"Kurang asam kau!" Marah Qing dan mencekak kolar Akim.

"Weii,sabar bro.Sabar!" Jerit Ray yang tiba tiba muncul di situ,berlari lari dia mendekati Qing dan Akim.Mian dan Bino turut menuju ke situ.

"Lepaslah,gila!" Marah Akim dan melepaskan tangan Qing yang mencekak kolarnya dengan kasar.

"Yang kau sibuk,apahal?" Bentak Qing.Eii,geramnya aku.Semua orang nak backup Ayina.Ini yang buat aku sakit hati dan makin nak kacau si Ayina tu.Bisik Qing dalam hati.Tangannya sudah digenggam erat.

"Dahlah tu,Qing.Jom pergi dari sini.Malulah banyak orang tengok ni." Kata Ray.

"Ai,ai,aii..Kau ni Qing,tak fahamlah aku dengan perangai kau." Ucap Mian pula.

"Itulah,risau aku tengok.Kau dah angau dengan si Ayina tu ke?" Sempat Bino mengusik.

"Korang diamlah,bongok.Aku tengah marah ni." Sembur Qing dan terus berlalu dari situ.

"Sorry ah Akim.Rosak dah wayar otak si Qing tu." Bisik Ray kepada Akim,takut nanti Qing mendengarnya.Akim hanya mengangguk dan tersenyum.

"Woii,apa lagi yang kau bisik tu Ray.Jomlah blah,benci aku tengok anjing penyibuk seekor ni." Jerit Qing.Pantas Ray,Mian dan Bino mengekori Qing.

Akim bergerak ke arah Ayina di pondok lalu menyerahkan buku biologi itu kepada Ayina.

"Thanks Akim." Ucap Ayina.Akim hanya membalas dengan senyuman manis.

"Wei,apa jadi tadi tu?Kenapa banyak orang kumpul kat koridor?" Soal Kim yang baru sampai.

"Tu hah,si sewel Qing kacau Ayina ambil buku dia.Aku rebutlah dari Qing,apalagi marahlah dia sampai kami hampir hampir nak bertumbuk tadi." Terang Akim.

"Ouh,saya rasa Qing tu dah gila." Ucap Kim.Kemudian,mereka ketawa serentak.

☆ ☆ ☆

Masa pendidikan moral...Alah,guru pendidikan moral kat sini,lurus gila.Muka asyik serius je,senyum pun tak nak.Bukan sebab garang,tapi itulah.Macam mana nak cakap eh?Entahlah.Korang bayanglanlah nanti.

"Ok murid murid,hari ini kita akan buat kerja amal." Itulah dia Cikgu Jaya,guru pendidikan moral yang mengajar diorang yang dah form 4 pun macam mengajar budak tadika lagi.

Dan kedengaranlah keluh kesah daripada para pelajar.Mereka paling tak suka bila Cikgu Jaya membawa mereka untuk membuat kerja amal.

"Alah,cikgu.Malaslah."

"Ye Cikgu,dahlah kami pakai baju seragam hari ni."

"Lain kali ajelah,cikgu."

"Kita belajarlah hari ni,cikgu."

Hmm,bertalu talu bantahan daripada para pelajar.

"Tak ada alasan,kamu semua sudah besar.Jadi,kamu semua sepatutnya dah pandai dengar cakap guru guru.Faham?" Cikgu Jaya langsung tidak memberi kompromi.Sakit jiwa pelajar semua mendengarnya.

"Tapi kami tak mau cikgu!" Qing menambah lagi bantahan para pelajar dalam kelas itu.

"Takpe cikgu,marilah kita buat kerja amal." Terus semua mata memandang tepat ke arah Ayina.Eh,aku ada salah cakap ke?Hehehe.Ayina hanya tersengih sengih.

"Ye cikgu,jomlah kita buat kerja amal." Kata Kim menyokong Ayina yang sudah berasa serba salah.Dan semua mata dalam kelas itu mengalihkan pandangan ke arah Kim pula.Adoii!!

"Hah,kamu dengar tu.Dah,jom gerak ke kawasan kolam di dekat pondok pengawal.Kerja amal kita pada hari ini bertempat di sana." Semangat betul cikgu seorang ni kalau nak buat kerja amal.Malas nak mengajar eh?Uh!

"Semua ni salah kau!!" Kata Qing dan melanggar tubuh Ayina yang berada di hadapannya.Hampir Ayina jatuh akibat tolakan itu.Isk!!Ayina menyabarkan hatinya.

☆ ☆ ☆

"Warghhh!!!" Jerit Ayina.

Bushh!!!

Ayina terus masuk ke dalam kolam itu.Bayangkan saja,kolam itu kotor ok.Najis manusia plus haiwan dan sisa makanan daripada dewan makan asrama mengalir ke situ.Eww,jijik sia.Uwekss!!!

"Arghh!!!Tolong!!Saya tak pandai berenang." Jerit Ayina.Ahh!Memang tak dapat bayangkan,Ayina TERMINUM air kolam tu!!!(stress author keyy,rasa macam nak muntah lak)

Tanpa membuang masa,Kim terus terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan nyawa Ayina.

"Uhuk,uhuk.." Ayina terbatuk.Dan keluarlah air-tak perlu cakap-dari hidung dan mulut Ayina.

"Ayina,kau ok ke?" Soal Kim risau.Semua pelajar sudah berkumpul di sekeliling Ayina termasuk Cikgu Jaya.

"Ayina,macam mana kau boleh masuk dalam kolam?" Soal Cikgu Jaya pelik.Tadi,aku rasa suruh diorang pungut sampah tepi kolam je.Bukan dalam kolam!Bisik hati Cikgu Jaya.

"Cikgu,saya nampak tadi Qing tolak Ayina sampai dia jatuh dalam kolam." Kata seorang pelajar perempuan,namanya Nelly.Serentak Ray,Mian dan Bino menggeleng gelengkan kepala mereka.Dah faham dah sekarang.

"Eh,mana ada cikgu.Oi,Nelly kau jangan nak tuduh aku sembarangan ok." Qing cuba mempertahankan dirinya.

"Betul..Cikgu..Qing tolak..Saya tadi.."Kata Ayina dengan suara yang masih tercungap cungap.Dan semua mata pun memandang tajam ke arah Qing.

Qing hanya menayangkan muka innocentnya itu.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now