"Hafiz? Macam mana? Dah makin pulih?"

Hafiz mengangguk sambil menunjuk ibu jarinya sebagai tanda dia semakin sihat. Cuma masih memerlukan sokongan tongkat untuk berjalan. Professor Asyraf tersenyum lega.

"Pastikan semua sentiasa bersedia. Bila-bila masa Professor Arhan akan bertindak."

Masing-masing mengangguk faham.

***

"Prof. A word?"

Ucap Dr Asma sebaik sahaja dia selesai meneliti segala kelengkapan serta tahap kekuatan Hana untuk proses itu. Professor Arhan berpaling mengikuti langkah Dr Asma.

"She's still not in a good condition to be exstracted. She will die if we have to force it."

Prof Arhan mendecit perlahan. Sedikit bengang dengan kenyataan Dr Asma. Matanya tajam menikam doktor yang sudah lama berkhidmat dengannya.

"Fine. But keep your eyes on her."

Balas lelaki itu berpaling pergi. Dr Asma melepaskan keluhan panjang. Mujur saja pandangan tadi tidak mampu membunuh dirinya. Dia mendongakkan kepala menghadap Ailina yang masih terbaring lesu.

"I'm sorry."

***

"Nak pergi mana?"

Tanya Haziq apabila melihat Awina bersiap-siap untuk keluar.

"Ambil barang."

"Dekat?"

"Kolej."

Pantas Haziq merentap jaket yang dipegang oleh Awina. Wajahnya marah, tidak setuju dengan rancangan Awina hari ini.

"Apa masalah kau?"

Jaket itu jadi rebutan.

"Kau nak pergi lagi situ lepas dah dedahkan identiti kau? Bagitahu aku, kau yang mana satu? Bodoh atau gila?"

"Aku nak ambil purse akulah."

"Tak payah. Benda tu kau kenang lagi buat apa?"

"Suka hati akulah. Sibuk aje."

"Tukar ajelah identiti kau. Tak payah nak ambil balik purse arwah mama. Dia dah tak ada pun. Just kita berdua aje yang tinggal."

"Ah. Kau apa tau. With or without my jacket. I'm still going."

"Fine. I'll go with you."

Haziq mencampakkan kembali jaket Awina lalu bangun mengikuti kakaknya.

***

Iqbal merenung tasik yang ibarat cermin memantulkan semula lukisan langit. Kepulan awan putih tenang berarak perlahan. Bunyi suara pelajar sayup-sayup kedengaran. Namun ketenangan itu tak lama.

"Iqbal."

Panggilan Hana mematikan segalanya. Bulat mata Iqbal saat mendengar suara yang sangat-sangat perlahan namun masih jelas.

"Iqbal."

Iqbal pantas memperbetulkan duduknya. Ya, dia tidak salah dengar. Memang Hana yang memanggilnya namun begitu perlahan.

"Hana?"

Balas Iqbal cuba mendapatkan kepastian. Suara Hana begitu perlahan pasti sesuatu telah terjadi padanya.

"They are monitoring me. I can't speak out loud. Help me."

Sebaik sahaja Hana habis berbicara. Bunyi panggilan telefon masuk dari Arman. Iqbal menekan butang hijau.

"Hello."

"We gotta go."

Ringkas pesanan itu terus panggilan tersebut dimatikan. Iqbal terus berlari ke tempat yang telah dipersetujui oleh mereka berdua.

***

Penanda merah masih bergerak mengikuti jalan yang ada pada gps mereka. Arman memandu mengikuti laluan yang ditunjukkan.

"Hana spoke to me."

Arman diam. Matanya fokus pada jalan namun masih menanti kata-kata selanjutnya dari Iqbal.

"Aku tak rasa mereka dah apa-apakan Hana."

"Jadi kita ada peluang untuk selamatkan dia."

"Yes tapi peluang tu mungkin agak rendah dari apa yang kita jangka. Hana said she is being monitored."

Arman melepaskan keluhan kecil.

"What is it within Hana anyway?"

"Mereka mesti nakkan amordites-amordites yang ada pada Hana. Amordites Hana yang paling berkuasa sekarang."

"Maksud kau Hana pun ada benda yang selalu kita lawan tu?"

"Yes. And she have 4 of them. More powerful than what we had fought."

Arman mengangguk. Kereta diparkir tepi jalan. Enjin dimatikan. Penanda merah telah berhenti tidak jauh dari situ.

"Lets go."

Mereka berdua keluar dari kereta, berlari masuk ke kawasan hutan dengan pantas.

***

"Eh, Amirul. Dah okay?"

Tanya Awina membuka jaketnya. Amirul mengangguk.

"Dari mana?"

Tanya Amirul melihat Awina dan Haziq yang baru sahaja tiba diruang itu.

"Kolej."

Sepatah jawab Awina lalu menghempaskan badannya ke atas kerusi empuk itu dan duduk selesa.

"Kau balik kolej lepas apa yang dah jadi?"

Awina menggangguk.

"Kenapa?"

Soal Amirul lagi. Awina berkerut dahi, terasa agak jengkel dengan pertanyaan-pertanyaan Amirul.

"Wei, jom? Ikut aku jumpa Dr Asma."

Ajak Haziq terus keluar dari pintu bilik tersebut.

"Aku tak sedap hati dengan apa yang kau buat ni Awina."

Lalu dia bangun, mengorak langkah untuk mengikuti Haziq. Awina hanya mengetap bibir sedikit takut dengan apa yang dikatakan oleh Amirul. Dia tahu bahaya untuk kembali ke kolej itu, tetapi tiada apa-apa yang berlaku sepanjang mereka disana. Awina mengeluh kecil. Dia risikokan semua ini hanya kerana dompet arwah ibunya.

***











//--- Nota Penulis --//

Hello semuaaaaa!!! Nak bagitahu nie, Noxious dah lebih 12k reads!!! 🎉🎉🎉👏🏻👏🏻👏🏻 terima kasih pada pembaca-pembaca yang sudi tunggu sambungan cerita nie. And plus, I nak say sorry banyak-banyak sebab buat semua tertunggu-tunggu kemunculan bab seterusnya. Many things happen since last update Noxious, so memang tak dapat nak balancekan masa. Bab 31 nie pun dapat publish setelah semua hal hampir selesai. Terima kasih banyak-banyak untuk semua yang mengundi, yang letak Noxious dalam reading list, yang dm dan komen kat conversation tu tunggu Noxious update. Terharu I 😭😭😭 anyway.. lepas ni mungkin akan ada free time, so drop your comment on the title of your story. Cerita korang yang best2 tu, komen kat sini. Untuk I baca dan orang lain yang mencari-cari karya-karya best yang lain. DROP YOUR STORY TITLE! NOW! Untuk penggemar cerita Noxious, wait for the updates okayyy 😘❤️ love you guys so much. Jangan lupa vote Noxious 💞👍🏻

NOXIOUSWhere stories live. Discover now