Bab 57

27.2K 935 23
                                    

Alya dan Kaklong sedang fokus menyiapkan putu perak. Sementara Puan Mariam dan Tokwan masak untuk juadah makan malam.

Alya mengeluh panjang memegang pinggangnya sakit kerana dari tadi dia berdiri membuat acuan bunga putu perak. Sakit woh pinggang.

"Alya masuklah mandi dulu. Biar kaklong tunggu dia kukus." ujar Kaklong. Alya mengangguk terus naik ke biliknya. Kelihatan Hariz dan Adam sedang tidur. Itu jelah kerja depa takde kerja lain ka.

"Tidur tidur tidur. Yang kecil tu takpe. Yang besar pun sibuk ambil kesempatan." bebel Alya sendirian sambil bongkar bajunya. "Tengok lah dia ni. Bawa baju yang macam ni." Alya lihat baju-bajunya. Hariz bawa baju Alya yang sleeveless, yang crop top. (pandai cari baju orang tak Hariz ni)

"apa awak membebel ni?" Hariz bangun dari katil. Pandang ke bawah katil Alya sudah melutut sambil menyelongkar buggage mereka.

"Tengoklah awak bawa baju apa." Alya menunjukkan baju sleeveless. Hariz tergelak besar. "pakailah. Kan dekat rumah awak selalu pakai." tersenyum-senyum Hariz.

"Awak fikir lain eh?" Alya pandang Hariz yang tersenyum-senyum. Eeyy tak habis habislah dia ni. "Dahlah saya pinjam baju awak je." Alya membuat idea yang bernas. Bagus!

"Eh eh. Takde takde. Saya dahlah bawa baju tu 2 helai je. Takkan nak pakai baju ni balik?" Hariz tersedar dari otak kotornya.

"Awak pakailah baju singlet saya tu. Awak yang bawa kan." Alya keluarkan kain batik dan baju t-shirt kelabu milik Hariz terus berlari keluar.

Hariz pakai singlet perempuan?

Hariz berlari kejar Alya untuk dapatkan bajunya kembali. Tapi malangnya Alya dah masuk bilik air dulu. Puan Mariam, Tokwan dan Kaklong memerhati.

"Awak! Tu baju saya. Baju ni dah busuk. Adam muntah susu dekat baju ni tadi." Pandai je cari alasan.

"Sayang awak, Hariz." gelak jahat dari dalam bilik air. Hariz menggeleng kepala. Dia nak masuk bilik dia toleh nampak tiga orang di hadapannya merenung dia. Dia tersenyum kelat terus berlalu masuk ke ruang tamu.

"Abang Riz!" tegur Erin adik saudara Hariz. "Erin!" Hariz terus memeluk Erin. (relax guys Erin baru darjah 2)

"Rindu abang!" Erin peluk Hariz seerat-eratnya. Hariz meleraikan pelukan selepas lama mereka berpelukan.
"eh paklong." Hariz menyalam tangan Paklongnya. "Dah lama sampai?"

"pukul 3 tadi paklong." jawab Hariz. Paklong menangguk-angguk. "bapak kau mana?" Paklong melihat sekeliling rumah itu yang sunyi. Hadif pastinya sedang main PSP dalam bilik.

"Abah takde. Abah pergi Sabah ada meeting." jawab Hariz penuh sopan. Paklong mengangguk. Hariz menyalam Maklong sebaik wajahnya muncul di pintu.

***

Alya keluar dari bilik air dengan baju Hariz yang dia ambil tadi dengan kain batik. Dia tersenyum pada Kaklong, Puan Mariam dan Tokwan.

"Alya ni. Kenalkan ini Maklong." kata Puan Mariam. Segera Alya menyalam Maklong. "Isteri Riz kak." kata Puan Mariam. Maklong berlaga pipi dengan Alya. "Comel." Maklong cubit pipi Alya. Alya tersenyum. Dia bangga tu orang puji dia.

Dia berjalan mendaki anak tangga ke ruang tamu. Dia terkejut sebaik terlihat Paklong Hariz memandangnya. Hariz pandang Alya. Alya lekas masuk ke dalam bilik semula. Kelihatan Adam sedang tidur

 Kelihatan Adam sedang tidur

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.
Kerana Adam IskandarDär berättelser lever. Upptäck nu