Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita

7.9K 270 29
                                    

Sequel dari Kerana Adam Iskandar.

Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita.

Alya dan Hariz sedang meniti hidup berumah tangga disamping mengejar masa depan yang baik bersama. Ujian muncul satu persatu bagi menguatkan lagi ikatan kasih mereka berdua untuk hidup disaat susah dan senang bersama. Ujian paling berat harus mereka tempuhi pabila harus berjauhan untuk masa depan yang lebih baik. 273km jarak kejauhan yang harus mereka tempuhi. Ditambah lagi, Pengorbanan masa pabila harus berjauhan dengan anak-anak yang sedang membesar di usia yang sangat memerlukan kasih sayang ibubapa. 

"Kenapa Ya tipu abang?" - Hariz

"Yaa pun nak ada hidup Yaa. Abang fikir Yaa nak ke semua ni jadi?" - Alya

Hariz mengeluh dan terus mengeluh sehingga dia sendiri yang terduduk dan cukup penat dengan segalanya.

"Hormat abang. Tu je abang minta. Kalau tak nak sayang abang pun takpe."

"Habis abang? Kenapa buat macam tu? Abang rasa benda tu fair ke dengan Ya?"

Selami sejauh mana nilai cinta mereka lebih dari segalanya!

*****

"macam mana assignment dekat lecturer?"

"assignment lecturer?" Alya blur seolah-olah dia tak tahu apa maksud assignment lecturer yang dikatakan Hariz.  Hariz pandang Alya senyum biasa dan mengangguk.  Situasi mereka seriously masing-masing awkward gila!!

"ohh assignment...lectu... rer okayy je." gagap pulak si Alya bila mendapat akal yang sebenarnya haritu dia kata pada Hariz nak pergi buat assignment lecturer konon.

Hariz mengangguk sambil kakinya menolak pasir.  "tak nampak lecturer pun dalam gambar." soalan Hariz selepas lama mereka diam sungguh memerah peluh Alya. Alya pandang Hariz terkejut.

"gambar apa?"

"gambar dalam insta story Wantusom tah.  Dia kata short vacay tapi abang tak nampak macam ada lecturer pun." terang Hariz.  Alya dah tak tahu nak jawab apa.

Dia diam cuba refresh apa yang sedang jadi dan yeahh dia teringat sesuatu Wan ada cakap nak masuk insta gambar tu.  Dan Hariz sudah tentu ada account instagram Alya dalam phone dia dulu.

Dia yang beriya masukkan account-nya dalam phone Hariz.  Sekarang terima lah padahnya.

"ahh iii..itu gambar kitorang je.  Lecturer ddeee..kat depan drive." tipu Alya pada Hariz.  Hariz mengangguk faham.  Dia pandang Alya lalu melontarkan senyuman.

"Jom lah balik. Abang hantar Ya lepastu abang nak balik tanjung malim." kata Hariz terus beredar tinggalkan Alya dan masuk ke dalam kereta.

Hatinya hancur.  Alya terus-terusan tipu dia walaupun hakikatnya dia dah tahu semuanya.  Hariz melepaskan keluhan dan berusaha kawal emosi dan barannya.  Dia tak nak sebab benda ni boleh effect hubungan dia dan Alya jadi berusaha jadi tenang.

Alya turut masuk ke dalam kereta. Hariz startkan enjin konon nak start drive.  Segera Alya pegang tangan Hariz dibawa ke pipinya.  "tak rindu Ya ke?" soal Alya lembut cuba menghayati rentak usapan pipi.

Hariz tarik kembali tangannya. Dia pandang Alya jauh ke dalam mata Alya.  Perhati sudut hati Alya melalui mata. Muka Alya langsung tidak menunjukkan muka serba salah sebaliknya dia hanya tersenyum buat muka seperti takde apa yang berlaku. Hariz melepaskan keluhan panjang.. "kenapa tipu abang?"

"Bagitahu boleh? Ya tipu apa?"

"Jujur dengan abang.  Yaa pergi mana cuti haritu." Alya terdiam sekali lagi.  Dia tunduk dan mengaku kalah. "Tak perlu tipu abang kalau nak pergi sana." tambah Hariz lagi lepaskan juga yang terpendam. Alya diam kalah!

*InshaAllah dalam masa terdekat akan release Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita!

Kerana Adam IskandarNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ