Bab 34 (The Real Lies)

29.7K 893 1
                                    

Radhi pandang Azrul dan pada Athirah di sebelahnya.

"Maksud kau Shah ke?" ujar Radhi. "Shah? Shah mana pulak ni?"

"Shah budak serani." balas Radhi. Aiman pandang Azrul seperti dia mengesyaki seseorang. "kau ada gambar dia?"

***

Alya turun dari motor. Dia mengambil begnya dan menyalam tangan Hariz. Perbuatan itu disaksikan beberapa orang pelajar.

"Bye handsome." Alya melambai pada Hariz. Hariz buat muka menyampah lihat kegedikan isteri dia tu.

"Belajar elok-elok. Bye Alya." teriak Hariz dalam involuntary action. Medulla oblongata Hariz telah membuatkan Hariz mengeluarkan statement itu.

Alya terkejut dia menoleh. Hariz nampak cemas. Dia tak pandang Alya sebaliknya dia terus memecut motor pergi dari situ.

Hariz cakap belajar elok-elok? Bye Alya? I'm lucky one jerit hati Alya.

Dia berjalan masuk ke dalam sekolah dalam perasaan yang gembira. Words cant describe how she feels.

"Happynya muka. Apa yang jadi saya terlepas?" tegur Shah sebaik terlihat Alya masuk ke dalam kelas dengan gembira. Alya pandang Shah lalu melontarkan senyuman manis.

"Takde apa." Alya meletakkan begnya di kerusi. Shah duduk di kerusi depan Alya. "why? ceritalah." Berusaha Shah nak korek rahsia. Tapi Alya menggeleng.

"Takde apa, Shah."

Shah buat muka hampa. Dia pandang Alya. Amatlah rugi kalau tertinggal setiap senyuman manis yang terpancar di wajah Alya pagi-pagi ni.

"Jangan pandang saya macam tu. Macam creepy je." seloroh Alya berhenti gelak. Kalau Hariz tenung macam tu. Ok lagi.

Shah tergelak besar. "Creepy? Awak pandang saya macam Psycho ke?" Soal Shah mula serious pandang Alya. Alya mula takut dengan Shah tapi dia cuba untuk tenang.

"Sikit. Tapi jangan tunjuklah." jujur Alya. Dia membuka begnya nak baca buku.

"saya nak cakap satu benda boleh tak?" Soal Shah pegang lengan Alya. Alya pandang tangan Shah terus tarik lengannya dari dipegang Shah. "apanya?" Alya pandang Shah. Muka Shah kelihatan seperti orang dalam masalah.

"awak dengan...."

"Alya!" panggil Cikgu Faiz dari luar kelas.

Alya pantas "ye cikgu!" Alya mengalihkan pandangannya ke arah Cikgu Faiz. Shah mengeluh panjang lepastu turut menoleh.

Terima kasih Ya Allah. Kau selamatkan aku Alya bersyukur bila Cikgu Faiz memanggilnya.

"saya ganggu awak berdua dating ke?" Cikgu Faiz kelihatan seperti bersalah bila lihat muka Shah yang seperti sedang bengang. Alya pandang Shah yang sedang bengang.

"Eh takdelah kan kan Shah."

Shah mengangguk tapi lambat. "Eh takdelah cikgu. Cikgu tak ganggu pun." Ayat Shah seperti terpaksa. Sial lah kau tak kacau. Marah Shah.

"Ouh ok. Alya ikut saya pergi bilik guru kejap."

Sekali lagi terima kasih Ya Allah.

Alya segera bangun dan pergi dari situ. Sebelum keluar dia pandang Shah. Shah pula sedang menahan geram.

Tiba di bilik guru, Cikgu Faiz membawa Alya ke tempat duduknya. Dia duduk sambil membelek borang lapor diri Alya.

"Awak tinggal dekat mana sekarang?" soalan yang pertama muncul di bibir Cikgu Faiz. Alya diam menggaru kepala. Kang jujur kena tengking dengan Hariz.

"Saya tinggal dengan keluarga angkat saya." Alya dapat akal untuk tipu Cikgu handsome depan dia tu. Tengok lengan dia yang terdedah kerana lengan baju cikgu lipat pun boleh tahu Cikgu Faiz anak mak sebab langsung tak ada luka mahupun parut. Kulit putih muka takde bekas jerawat. Berbeza dengan Hariz yang di lengannya ada parut jatuh motor sikit. Di betisnya ada parut jahit berukuran 5cm.

"awak pandang mana tu?" Cikgu Faiz perhati Alya seperti sedang scan bahagian lengannya. Alya terkejut dia pandang Cikgu Faiz. Alya blurr jap.

"ah? Apa tadi? Saya tinggal mana?" Teka Alya. Cikgu Faiz tergelak menggeleng kepala. Dia kembali pandang borang lapor diri Alya.

"Saya nak awak punya alamat terkini. Sebab alamat ni alamat lama." suruh Cikgu Faiz. Alya pantas mengangguk.

"dan saya nak wakil keluarga angkat awak tu datang untuk bukti awak tinggal dengan mereka. Ok?" tambah Cikgu Faiz. Alya mengangguk.

Selesai itu, Alya keluar dari bilik guru. Dia berjalan malas masuk ke dalam kelas. Cerebrum-nya sedang berfikir cara untuk selesaikan masalah dia sekarang ni.

***

" Macam pukimak je muka dia." Bengang Azrul memandang muka Shah yang sedang tergelak besar semasa rehat di kantin.

"Kau nak hadap dia ke? Aku on je. Kita dah lama tak bom budak-budak." pelawa Mirul dah get ready nak bangun. Azrul pandang Mirul.

"Kau nak Arifah benci kau ke? Bapak dia baru balik London. Kita rilek je. Sampai masa baru bom." Azrul tahan Mirul. Mirul mengangguk faham.

"Dorang pegang kain saya. Dorang tak pegang tangan atau kaki saya. Sah-sah lah saya lari." cerita Shah peristiwa dimana dia dan keluarganya masuk islam. Shah takut bersunat. Alya tergelak dengar cerita Shah sambil mereka berjalan ke kelas.

"Qalif Shabbar!" teriak satu suara. Shah dan Alya toleh. Mereka agak terkejut bila pandang Aiman. Aiman dengan muka bengisnya.

"aku nak cakap dengan Shah jap." pinta Aiman pada Alya. Suaranya cuba untuk perlahan. Alya terus berjalan pergi sikit pun dia tak toleh.

"kau nak apa?" tanya Shah nampak Alya sudah menghilang dari pandangan dan masuk ke dalam kelas. "aku nak jumpa kau sabtu ni." 

"buat apa?" keras suara Shah seperti nak gaduh. Dia sedang didihkan darah yang mengalir dalam diri Aiman. Peluh jantan Aiman mengalir.

"Datang jelah. Ada benda aku nak story." Aiman cuba perlahankan suara bengangnya. Dia cuba slowtalk dengan Shah. Kalau Azrul ajak Shah tu, mahu pergaduhan tercetus. Silap-silap Encik Faruk yang baru datang sekolah harini pun stress.

"tengok dulu lah." Tanpa fikir panjang, Aiman bersetuju.

***

Aiman masuk ke dalam kelas. Azrul pandang Aiman marah. Ikutkan hati dia, dia yang nak pergi tapi dihalang Mirul dan Aiman.

"Kau dapat apa dari mamat cibai tu?"

"Dapat cakap dengan dia elok-elok."

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now