Bab 32

29.3K 955 12
                                    

Selesai hantar Adam ke rumah Puan Mariam, Alya ke sekolah, Hariz pula pergi ke tempat kerja.

"Selamat Pagi Handsome." tegur Illie dari meja kaunter pertanyaan sebaik terlihat Hariz masuk ke dalam office.  Hariz tersenyum pada Illie. "Hi Illie. Boss dah sampai?"

"Dah. Boss suruh awak pergi stor ambil barang yang dia dah letak dalam kotak dengan surat-surat atas kotak tu. Lucky you surat sikit harini." ujar Illie mata langsung tak berganjak dari pandang Hariz campur suara gedik Illie.  Naik rimas Hariz tapi dia tahan je. Dia mengangguk lantas beredar dari situ. 

" sikit gila." Hariz meneliti surat-surat di tangannya. 

"Hariz!" tegur suara tegas di telinga Hariz. Hariz menoleh. " eh Encik Bakar." Hariz tunduk hormat. Dia tersenyum pada boss-nya itu. Encik Abu membalas senyuman Hariz. 

"sihat?" 

"Alhamdulillah sihat, Boss." jawab Hariz. Encik Abu menangguk faham. Dia memicit bahu Hariz yang sama tinggi dengannya. "anak dengan isteri?" Hariz pantas mengangguk. 

"Hujung minggu datang rumah aku, ada makan makan sikit. Bawak anak isteri kau sekali eh." Encik Bakar menepuk bahu Hariz. Hariz mengangguk acuh tak acuh. "Insyallah." ujar Hariz pendek. Encik Bakar pun berlalu pergi meninggalkan Hariz berserta barang-barang yang hendak dihantar. 

***

Azrul perhatikan Alya, Shah, Afiq dan Tasha sedang bergelak ketawa di kantin sekolah. 

"Kau rasa Hariz ke mamat tu?" tegur Aiman. Azrul masih sedang berfikir. Azrul perasan Athirah jalan dia terus sentap lengan Athirah. Athirah terkejut terduduk di kerusi sebelah dengan Azrul. 

"kau nak apa?" tengking Athirah benci lihat muka Azrul. Azrul penyebab dia putus dengan Hariz lepastu malukan dia depan Alya perempuan paling dia benci bila dapat tahu Alya dengan Hariz, peratus kebencian daripada 99% terus 100%. 

"Kau dah jumpa budak pelayan kau suruh dia masukkan pil capeng dalam air lelaki random minum?" soal Azrul. Mirul datang selepas membeli makanan. Dia terlihat Athirah. 

"Hi Awek! Rambut dah ubah colour ke?" ejek Mirul dibawa dengan gelak yang cuba nak cover tapi meletus juga. Mirul dan Aiman tergelak menggelakkan Athirah. Athirah terasa takde mood nak duduk situ lagi. 

"aku nak bla lah. Aku bau longkang dekat sini." perli Athirah bangun tapi pantas lengannya direntap Azrul lagi. "Pantat! Tunggu kejap boleh tak." marah Azrul. "nak tunggu apa kalau ada tikus tinggal dekat longkang ni." perli Athirah matanya melirik geram pada Aiman dan Mirul. 

"Diam jap weh." suruh Azrul pada Aiman dan Mirul. Azrul cuba untuk cover kegeraman-nya. Aiman dan Mirul bungkam. 

Athirah duduk kembali bila Mirul dan Aiman mula diam. Athirah pandang Alya sedang gelak dengan kawan-kawannya dengan perasaan benci yang teramat sangat. 

"kau dah jumpa belum?"

Athirah cuba mengingati. Perlahan-perlahan dia throwback apa yang berlaku sehingga dia menghentak meja ingat. "Balak aku kenal dia." ujar Athirah akhirnya ingat dia. 

"Alamak melepas. Awek Maahad dah ada balak." kecundang Aiman. Dia cover gelaknya terus minum air. Berbuih-buih air tu dengan gelak Aiman. Azrul dan Athirah menjeling Mirul dan Aiman. Kesian Mirul pun effect sekali tapi sebenarnya dia sedang menikmati Nasi Lemak Dara dengan penuh feel. Dia yang panggil nasi lemak dara sebab kakak kantin tu tak kahwin lagi. Pernah Mirul nak tackle tapi kecewa bila kakak itu tunangan orang. Lol!

"balak? ouh okay. Petang kita jumpa. Kau bawa balak kau sekali. Nanti kita cari pelayan kau upah tu." kata Azrul sebaik terdengar bunyi loceng tanda habis rehat. Dia bangun dari kerusi. 

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now