Bab 36

30.3K 1K 16
                                    

"Awak ni kalau tak buang ego awak tu tak sah kan?" marah Puan Mariam dalam nada average. Tak tinggi tak rendah. Biasa-biasa je.

Encik Abu melipat surat khabar. "Siapa suruh dia hantar anak dia selalu dekat sini? Dia bayar tip dekat awak ke yam?" Lain pula dijawab Encik Abu. Orang tanya lain dia jawab lain.

"itu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang ni, abang buat macam tu dekat cucu tau. Kalau DNA, itu 99 percent cucu abang tau. Takde rasa bersalah ke abang dah buat macam tu?"
Encik Abu membisu.

"Hariz hantar dia dekat sini sebab saya yang suruh. Sekurang-kurangnya dia hantar anak dia tu lepastu dia pergi kerja cari rezeki untuk keluarga dia tapi abang tak pernah bagi anak kita peluang untuk explain apa sebenarnya jadi tentang dia dengan isteri dia. Ada sebab mereka kahwin bang."

"Sebab dah ke cekup dengan jais macam tu?"

"Bukan! pergilah tanya Hariz kalau abang nak tahu. Yang penting saya dah penat dengan perangai abang. Abang dan Hariz sangat berbeza."  komen Puan Mariam mengeluh lalu dia pun mendaki anak tangga naik ke bilik tinggalkan kepala batu semua jenis batu lah.

Encik Abu sangat lain dengan Hariz!

***

"apahal?" bentak Azrul. Sekumpulan lelaki itu kemudiannya duduk di meja mereka.

"discuss baik-baik ok?" tegur Capeng bahu Azrul sudah dia picit-picit menahan amarahnya. Azrul kelihatan seperti orang yang keliru. Aiman dan Mirul sudah diawasi kawan-kawan Capeng yang lebih besar jumlahnya berbanding mereka bertiga.

"Aku nak duit aku. Cukai sekali dan bunga sekali." Capeng mulakan bicara. Dia mengeluarkan rokok dari kotak rokok Azrul. Dia menghulur rokok untuk dinyalakan api oleh Azrul. Azrul pun buat. Dia hisap rokok dan asap itu dihembus dengan sengaja ke muka Azrul. Menaikkan lagi angin dalam badannya.

"duit apa pulak ni?" Bentak Azrul dalam suara yang mendatar. Dia pun kecut perut nak tinggikan suara. Capeng terus mengeluar pisau lipat dan terus melurutkan pisau itu ke leher Azrul.

"Lelaki tatu! Benda alah tu tak payah mainlah." Mirul cuba bangun tapi ditolak bahunya agar duduk semula. Aiman menolak lengan Mirul suruh diam jangan buat pasal. (kenapa dalam banyak-banyak nama, kenapa lelaki tatu?)

Jangan buat pasal. Azrul tahu handle marah Aiman berbisik.

"Hang semua tak mo mulut capoi. Duduk makang kalau tak mau cepat mampuih." tengking salah seorang pembantu Capeng memarahi orang di dalam warung makan tersebut. Semua memandang takut.

"duit pil keindahan malam!"

"keindahan malam?"

"pil gian bodoh." bentak Capeng.

"apa kena mengena aku?" mata Azrul tertumpu pada pisau lipat yang dihalakan Capeng dan berhenti di lehernya. Ditekan sedikit pisau itu sedikit di lehernya. Azrul mengetap bibir menahan keperitan ketajaman pisau tersebut.

"Radhi punya chikaro kata kau nak bagi aku duit tu."

"oii! Dah lama kot. Baru sekarang ke nak mintak." giliran Aiman pula naik angin dan Mirul menenangkannya.

Sial Athirah!

"suka hati mak laki aku lah nak minta bila! Aku nak minggu depan. Kalau takde, kau, mamat selenge dua orang ni..." Capeng menunjukkan Mirul dan Aiman. Lepastu buat aksi WWE  undertaker keluar lidah. (kemain panjang lidah Capeng siap ada subang tindik lagi tu)

"Bulan depan tau." Capeng menepuk-nepuk pipi Azrul sebelum beredar dari situ 

"Jangan lupa doa supaya kau dapat ambil SPM. Takut tak sempat je nanti." ujar pembantu Capeng. Berdesing telinga Azrul, Aiman dan Mirul tapi mereka tak mampu untuk berbuat apa-apa kerana jumlah konco Capeng lagi ramai lagi pula masing-masing pasti ada senjata.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now