Bab 69

25.7K 842 18
                                    

Hani pulang kerja. Dia lihat Puan Mariam yang lengkap bertudung.

"Ummi nak pergi mana?"

Puan Mariam pandang Hani. Dia melemparkan senyuman pada anak daranya itu. "pergi mana?" Puan Mariam tanya balik.

"ni Ummi pakai tudung ni." Hani berkerut lagi. Puan Mariam selesai basuh pinggan di sinki. Dia panggil Hani suruh duduk di sebelahnya.

"Tak lama lagi, Ummi dapat anak menantu yang kedua pulak." bangga Puan Mariam. "siapa mi? Hafiz? Dia call Ummi ke?Dia nak kahwin dah ke?dengan siapa? Geisha ke?" Hani teruja bermacam-macam soalan muncul di mulutnya. Dia tak sedar tu.

"Apa Hafiz pulak. Kau lah." perkataan yang keluar dari mulut membuatkan Hani terkejut. "Hani?" Hani ingin kepastian.

"Yelah. Ni bakal besan baru lepas balik ni." jawab Puan Mariam tersenyum melihat satu-satunya bunga di dalam rumah itu akan jadi milik kumbang.

"buat apa?"

Please jangan cakap itu Malik. Please Ya Allah. Hani berbisik dalam hatinya kerana dia tahu Malik tu gila. Malik sanggup buat apa saja asalkan impian dia jadi kenyataan.

"Mak bakal suami kau datang merisik sorang tadi. Bila Ummi tengok gambar anak teruna dia tu, Ummi terus setuju. Handsome pun handsome." Puan Mariam mengelip mata pada Hani.

Omg! Jangan lah Malik. Pasrah hati Hani.

Malik memang handsome bahkan lebih handsome dari Faiz (setakat ni baru dua jelah bujang yang gilakan Hani) kerana Malik mix Arab jadi tahu tahu jelah ketajaman hidung dia itu. Kekecilan mulut dia. Ke-baran-an dia yang menyebabkan Hani mula benci pada dia. Fikir setia je stay as long as she wanted. But Faiz was there for her bantu dia untuk terus ungkap putus. So thanks to Faiz lah. Lol!

"Aduh siapa mi?" Hani sudah garu kepala siapalah yang buat tindakan gila pergi risik Hani tu.

Sama ada Malik atau Faiz....

****

Hariz sudah mula masuk kerja balik. Same goes to Alya dah boleh sekolah balik. Tapi kalini Hariz akan ambil Alya sekolah dah. Dia tak nak pisang berbuah dua kali.

"Love you." kata Alya menyalam tangan Hariz semasa Hariz menghantarnya ke sekolah. Ramai murid melalui mereka melihat Alya dan Hariz. Tapi kisah apa dengan mulut orang!

Status Alya dan Hariz hanya cikgu yang tahu. Puan Aisyah yang dulunya rapat dengan Alya sekarang pandang sinis pada gadis itu. Puan Naemah rapat juga dengan Alya. Dia sikit pun tak campur adukkan peribadi Alya dengan hal sekolah. Cikgu Faiz tu rapat jugalah tapi bersebab. Nak ngorat Kaklong je kerja dia. Naik fed up Alya kalau asyik kena panggil lepastu tanya apa khabar Kaklong, Kaklong buat apa? Kaklong pakai baju apa? Kaklong selalu lunch dekat mana semua tu. Stress tahu tak!

"Bye." jawab Hariz pendek. Dia ego tu. Tak pernah dia bagitahu Alya face to face dengan bunyi sekali I love you.

"cakaplah I love you balik." pinta Alya segera Hariz tolak kepala Alya. (gangster betul!)

"Ahh. Itu waktu tertentu macam malam semalam tu." Hariz bisik mengelip mata pada Alya. Alya geli menyesal dia ikut cakap Hariz suruh kerja over time waktu malam. Lagi gempak tu, Adam elok mereka tidurkan di bilik lain.

"Eyyy baliklah. Geli dengar." Alya menolak badan Hariz.  Hariz tergelak besar. "tepi sikit."  Alya membetulkan tudungnya di cermin motor Hariz. Hariz pun ikutkan je.

"Dah dah cantik dah. Nak tunjuk dekat siapa?" Hariz menolak badannya kembali supaya Alya tak dapat tengok cermin dah. Alya menjeling Hariz.

"comel tak?"

Kerana Adam IskandarDonde viven las historias. Descúbrelo ahora