Bab 25

30.6K 1K 7
                                    

"Hah!" terkejut Afiq dengan suaranya yang kuat. Semua orang di kantin melirik pada meja Alya. Ada yang berbisik tak suka.

"Shh." Alya menunjukkan jari telunjuk di bibirnya agar Afiq diam Tasha pula, ternganga sebab terkejut. Mee yang berbaki di mulutnya tak disedut sebaliknya dia biar je mee tu tergantung dekat mulutnya.

"Bila?" soal Afiq menahan perasaan yang agak malu bila semua orang memandang mereka bertiga. Termasuklah Azrul, Mirul dan Aiman.

"Kau rasa apa yang dorang borak tu? Nampak macam gempak je." Tanya Mirul menggigit burger yang dibeli tadi dekat gerai kantin. Azrul mengangkat bahu tak tahu. Aiman memandang Alya. Alya terpandang Aiman yang sedang perhatikannya.

"Ok?" Aiman buat lip-sync. Alya seperti terkejut. Alya menjawab dengan muka ok. Aiman menangguk dan tumpuannya kembali ke arah kawan-kawannya.

"Tapi betul ke lelaki random yang kita suruh pelayan tu letak pil Capeng dalam air tu Hariz? Sebab kan Ajib sendiri cakap dorang tak tahu bila Alya keluar hotel. Ada kemungkinan Alya tak kena rogol pun." kata Mirul perlahan tak nak orang lain di kantin itu dengar.

***

"last year." jawab Alya perlahan. Afiq dan Tasha berpandangan lagi. Mereka seperti tidak percaya bahawa kawannya itu dah kahwin.

"Dengan siapa?" Tasha tanya penuh keraguan. Please dont say its Hariz. Tolong Alya. bisik hati Tasha.

"Hariz." jawab Alya. Bagai nak gugur jantung Tasha mendengar itu. Luluh hatinya tapi mindanya pantas bertindak untuk tanya lagi.

"Hariz mana? Ada Harris Baba, Harriz ombak rindu, ada Harrez budak junior yang probet pengawas tu atau abang Haris yang Ketua Pengawas Pusat Sumber tu. Hariz....Hariz yang..Hariz.." Tasha hilang kata-kata. Hariz siapa lagi yang dia kenal Hariz Iskandar. Afiq pandang focus pada Alya.

Alya menghembus nafasnya perlahan sebelum menjawab "Hariz Iskandar." Alya pandang Tasha. Tasha termenung sebaik terdengar nama itu.

Please cakap ini tak betul. jerit hati Tasha. Tasha pandang Alya dia melontarkan senyum pada Alya.

"Hariz Iskandar budak nakal yang naik motor dengan kau tu?" tanya Afiq. Alya mengangguk. Alya pandang Tasha, Tasha yang berusaha untuk tenang.

Bunyi loceng habis rehat berbunyi.

"jom lah kita balik kelas. Jumpa kau waktu balik, Alya. Bye." Tasha melambai tangan pada Alya dan masuk ke kelas bersama Afiq.

Di kelas, maka pecahlah tangisan Tasha  yang dapat Afiq tengok tangisan dan beberapa budak di dalam kelas.

"Move on Tasha." Nasihat Afiq menepuk belakang badan Tasha. Tasha mengelap airmatanya dengan tudung.

"kenapa dia? Kenapa dia? Takde orang lain ke?" Tangis Tasha lagi. Afiq tak tahan lihat Tasha menangis dia diamkan aje.

***

Waktu pulang sekolah seperti biasa. Alya kemas begnya. Dia berjalan menuruni tangga. Dia berjalan laju kalau boleh biar dia keluar dari sekolah dulu sebab nanti kalau murid sekolah tahu dia naik motor dengan Hariz. Mati lah nak!

"Alya!" panggil Shah. Alya toleh pada Shah. Shah berhenti termengah di depan Alya.

"kenapa?" tanya Alya pandang Shah sesungguhnya dia inginkan jawapan itu pantas keluar dari mulut Shah jadi dia boleh balik awal.

"Saya nak balik dengan awak. Saya ada motor. Saya bawa awak balik sampai rumah jom." ajak Shah pantas ditolak Alya. Alya segera berlari keluar pagar.

Shah lekas mendapatkan motornya sesungguhnya dia takkan mengalah dengan Alya.

"Awak!" panggil Alya. Hariz yang sedang bermain handphone toleh pada Alya. Dia menghulurkan helmet dan Alya hulurkan begnya pada Hariz untuk diletakkan di box.

Kerana Adam IskandarМесто, где живут истории. Откройте их для себя