Bab 27

29.8K 1K 27
                                    

Alya tak senang duduk di dalam kelas. Apa yang diperkatakan Tasha tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Buntu pulak otak dari proses benda alah ni.

Kenapa dia tak pernah bagitahu aku benda ni..Alya bersalah.

Tasha kawan baiknya yang dia paling percaya dan penyimpan segala rahsia dia selama ini, Hariz pula suami dan lelaki yang dia sudah 'crazy in love' dan juga ayah kandung...(ulang ye) ayah kandung kepada anaknya, Adam. Apa nak buat ni. Alya mula tak focus. Dia menjerit membuatkan semua orang di dalam kelasnya menumpukan perhatian pada Alya.

"kalau nak jerit macam orang gila. Sila keluar." marah Puan Naemah tegas. Alya menunduk malu bila semua orang pandang dia.

"princess are you okay?"

(Dah Shabbar ni pulak problem. Orang tengah runsing kepala, boleh pulak dia princess kan Alya)

Alya tunjuk senyum kelat pada Shah. Dia cuba untuk focus tapi tak boleh.

Alya mencari Tasha waktu rehat. Dia terlihat Tasha sendirian sedang makan. Dia berjalan pantas ke meja Tasha. Lain yang dia nak jumpa, lain yang dia jumpa bila dia bersemuka dengan Athirah setelah hampir 4 hari sekolah bermula, baru harini Alya nampak dia.

"Hey Slut Hariz. Cepatnya nak jalan." tegur Athirah menolak bahu Alya. Alya terkejut. Dia pandang Athirah marah. "Asal kau pandang aku macam tu? Nak marah?" tambah Athirah. Alya menggenggam penumbuk tahan amarahnya. Dia terus berjalan meninggalkan. Buat hilang saja moodnya.

***

Kebetulan Alya turun ke bawah untuk meletakkan buku yang disuruh Cikgu Ali. Alya turun dari tangga. Usai meletakkan buku, dia dipanggil Puan Aisyah dari pejabat melambai ke arahnya. Alya menoleh dan berjalan ke arah Puan Aisyah yang hilang dari pandangan mungkin dah masuk balik terlebih dahulu.

Hampir nak gugur jantung Alya berdegup laju. Dia terlihat Hariz sedang duduk di kerusi pejabat. Hariz tak pandang Alya walaupun dia tahu Alya sedang pandang dia.

"Alya!" Puan Aisyah menegur Alya. Alya terkejut. Dia pun pandang Puan Aisyah dan tak menghiraukan Hariz. "Awak tolong bawa Hariz ni pergi jumpa Encik Bakar dekat Library." arah Puan Aisyah. Alya terkejut.

Apa perasaan Tasha kalau dia nampak?

Alya pandang Hariz. Hariz diam dan sudah berdiri. Alya mengangguk lambat. Dia menyambut huluran beberapa fail dari Puan Aisyah. Mereka berjalan ke library yang terletak di tingkat 3 sekolah itu.

Memang malang betul bila Alya dalam perjalanan ke Library boleh pulak terserempak dengan Tasha. The fuck! Tasha baru nak senyum dekat Alya tapi senyumannya pudar bila dia nampak Hariz dibelakang Alya dengan baju kemeja putih lengan lipat buat semua gadis jatuh hati. Dia terus beredar dari situ. Muncul perasaan bersalah Alya dekat Tasha.

Alya mengetuk pintu bilik Encik Bakar sebelum masuk. Hariz ditinggalkan di dalam bilik bersama Encik Bakar. Alya tak pandang Hariz langsung.

Ni mesti dah ada orang minat ni. Bukan main poyo lagi...bisik hati Hariz memandang Alya keluar bilik.

***

Alya sedang tidurkan Adam di sebelahnya di dalam bilik. Manakala Hariz pula sedang mandi. Sejak mereka tinggal hanya bertiga. Hariz selalu pakai pakaian yang mencolok mata. Tahulah badan tu ada potongan walaupun takde bentuk abs. Perut pula semakin buncit. Bak kata orang tengah bahagia. Lol!

Alya masih tak boleh berhenti fikir perihal suami dan kawan baiknya punya problem. Dia perlukan penjelasan di atas semua benda alah ini.

Hariz masuk ke dalam bilik yang hanya bertuala. Hariz pun macam Alya terus lompat naik katil. Dia meniarap di hadapan Adam. Mukanya dibenamkan di perut Adam.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now