Bab 15

36K 1.2K 19
                                    


" ada kau nampak muka aku ok?" Puan Mariam melirik pada Maksu. Maksu terasa bersalah. " kenapa kau simpan budak tu tanpa bagitahu kakak kau sendiri."

" bukan macam tu,Long! Aku takut akan jejaskan kesihatan kau. Hariz dengan Alya tak buat salah pun." pujuk Maksu.

" tak buat salah kau kata? Kahwin diusia yang sangat muda. Lepastu tak bagitahu aku pulak tu."

" aku tahu tu. Tapi baguslah tu mengelak dari maksiat. Lebih baik mereka kahwin je." Maksu datang ke arah Puan Mariam. Tangannya segera ditepis Puan Mariam .
" aku bukan nak cakap apalah,Long. Biarlah Hariz yang jelas semuanya dekat kau. Yang aku nak cakap ni. Hariz lagi bahagia dengan adanya orang yang mampu buat dia terasa dia bahagia. Alya dan Adam ialah kebahagiaan Hariz. Kita tak endah pasal dia dulu kak. Apa yang kita boleh buat ialah bagi dia keizinan untuk dia bahagia sendiri. Cukup-cukuplah dengan ego kau kak." kata Maksu. Dia pun beredar dari dapur.

" Sayang jom balik." ajak Maksu. Asyraf yang sedang main handphone pun mengangguk dan berjalan keluar dari rumah bersama Maksu. Asyraf tahu ni pasti ada perang mulut di dapur.

***

Alya baru lepas mandikan Adam. Hariz tiba-tiba menerjah ruang bilik. Alya terkejut geram memandang Hariz.

Hariz duduk di katil. Alya pun baringkan kembali Adam di katil. Hariz terus memeluk Hariz sambil mencium pipi Adam lama.

" awak kerja apa?" tanya Alya.

" Gigolo." jawab Hariz melepaskan ciuman dari pipi Adam.

" Awak betul-betul lah." jawab Alya. Hariz diam tak menjawab.

" kalau awak kerja, saya pun nak kerja lah. Senang sikit takdelah menyusahkan Ibu." kata Alya. Hariz segera memandang Alya tajam.

" sedap kau. Habis kau kerja siapa nak jaga Adam?"

Alya terdiam. Betul juga siapa nak jaga Adam. Kata tak nak menyusahkan Maksu.

" takde! takde! kau duduk rumah. Biar aku je yang kerja."

Alya memuncungkan bibir.

Handphone Alya berbunyi tiba-tiba. Alya pun mengangkat call dari Maksu.

" Hello Maksu. Hah? Ada ni dia tengah main game." Alya menjeling Hariz. Hariz memandang Alya seperti inginkan jawapan.

" nah. Ibu." Alya menyerahkan handphonenya pada Hariz. Hariz menyambut handphone Alya segera dirapatkan di telinga.

" Hah? sekarang ke? Taknak lah. Road block nanti Riz yang kena tidur lokap. Tak nak lah.……"

" yela yela.." Hariz menutup call. Dia menyerahkan kembali handphone kepada Alya.

" siap cepat! Maksu suruh kita pergi beli barang untuk dapur." Hariz bercakap tidak pandang Alya sebaliknya dia fokus kembali pada phone.

" Beli barang dapur?"

" iyee." Suara Hariz dikeraskan sedikit.

***

Hariz parked Honda City hitam yang dipinjam dari maksu tadi basement satu. Dia pun keluar dari kereta. Pintu dibuka untuk Alya maka keluarlah Alya dari kereta. Hariz buka bonet dan keluarkan stroller Adam. Segera Adam diletakkan di dalam stroller.

Hariz mengunci kereta. Mereka berjalan masuk ke dalam mall. Atau lebih spesifik ialah Paradigm Mall.

" Aku nak cucuk duit." Kata Hariz. Alya berkerut.

gempak! muda-muda dah ada bank account bisik hati Alya.

" kau pandang apa?" Hariz tak puas hati. Alya diam. Mereka berjalan ke ATM bank. Alya menunggu di tepi sementara Hariz cucuk duit.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now