Bab 59

26.8K 928 19
                                    

Subuh yang indah. Hariz bangun dari tidurnya. Alya masih tidur berpelukan dengan Adam. Dia menggosok matanya. Sebelum dia bangun dari katil. Dia hadiahkan kiss pada pipi Adam dan Alya.

Dia berjalan ke luar. Tokwan, Puan Mariam dan Hadif sedang bersiap sedia untuk solat.

"Tunggu Riz jap. Riz ikut." kata Hariz. Dia berlari capai tualanya dan pantas mandi.
Solat subuh pagi itu diimamkan Hariz. Menggeletar dia jugalah nak imamkan solat. Maklumlah dah lama dia tak solat. Kalau solat dia tak sah, yang lain juga tak sah. Jadi dia pun gagahkan baca surah Al-quran ikut tajwid yang betul. Ada juga bacaannya sangkut.

Alya bangun dari tidur setelah langit cerah. Dia raba tempat Hariz takde orang. Hariz mesti dah bangun. Dia mencapai getah rambutnya dan mengikat rambutnya. Adam masih tak bangun tidur.

Dia ke dapur. Kelihatan Tokwan dan Puan Mariam sedang menyiapkan sarapan. Dia berjalan ke arah Tokwan dan Puan Mariam

"Sorry Alya bangun lambat." Alya meminta maaf. "takpe. Nasib Alya ada suami yang bertanggungjawab. Hariz dah basuhkan semua pinggan terbiar dekat atas meja ni. Kalau tak, Tokwan dah simbah air dekat muka Alya dah." pedas pulak ayat Tokwan ni. Tokwan gelak tiba-tiba.

"Alya mandilah dulu." suruh Puan Mariam tak nak mulut Tokwan yang belum ditapis ni cakap lebih panjang. Alya mengangguk. Dia masuk ke bilik.

"Baju dah takde. How?"

Alya ke dapur. "Ummi. Hariz dekat mana?" tanya Alya. Puan Mariam pandang Alya. "Dekat luar rasanya." jawab Puan Mariam. Alya berlari keluar. Dia terlihat Hariz dan Hadif berdiri di atas pangkin. Tengah buat concert. Hadif jadi vocalist Hariz jadi guitarist.

"Toyol..Dia datang pada ku berlari-lari, Toyol kemana ku kan pergiiii.." Hariz dan Hadif menggoyangkan kepala mereka macam orang blackmetal tengah amai pil gian.

"Awak!" jerit Alya menangguhkan concert black metal mereka buat sementara waktu. Hariz meletakkan guitar di tepi. Dia berlari ke arah Alya.

"Kenapa?"

"Awak ada baju lagi tak?"

"Asal? Nak rembat lagi? Takde takde. Nampak ni baju ni dari semalam saya pakai."

Alya tergelak tengok muka Hariz.

"Habis? Nak pakai baju apa?"

"Pinjam baju Tokwan." jawab Hariz. Alya memuncungkan bibirnya. "Jadi orang kampung sikit." kata Hariz lagi. Alya menjeling Hariz. Dia segera masuk semula ke dalam rumah.

"Tokwan. Ada baju lebih tak? Alya tak bawa baju lah." tanya Alya. Tokwan yang sedang memotong bawang pandang Alya. "Ada tu memang ada tapi Alya nak ke? Baju tu bukan baju moden. Baju orang kampung. Faham-faham jelah." sebut Tokwan. "takpe. Alya tak kisah." jawab Alya teruja. Baju apa lah yang dimaksudkan Tokwan.

"Jom." Tokwan menarik tangan Alya dibawa ke biliknya. Puan Mariam tunjuk thumbs up sambil mengelip mata pada Alya.

***

Alya selesai mandi. Dia memakai baju yang diberi Tokwan tadi. Not bad juga baju ni. Kata Alya sendiri. Dia ikat sanggul rambutnya. Baru nak keluar bilik, dia dengar bunyi Adam menguap. Itu menandakan Adam dah bangun tidur.
Alya berjalan ke arah Adam. "Anak ibu dah bangun ke?" Alya di atas Adam. Adam menggosok matanya. Alya segera mengangkat Adam dan dibawa keluar dari bilik. Kaklong baru lepas bangun dengan rambut serabai dia baru nak turun. Bila nampak Adam, dia punya happy kemain.

"Adam!" Kaklong berlari ke arah Adam. Adam pandang Kaklong seperti tak nak ditukar angkat. Adam baring di bahu Ibunya. "alah dia tak nak." Kaklong sedih. Dia pandang Alya yang berpakaian seperti ini. "Lawa kau pakai. Ini kalau aku pakai, lawak gila. Macam joyah." kata Kaklong lagi. Dia mencium Adam lalu turun ke bawah ke dapur lah maknanya.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now