Bab 9

37.6K 1.2K 18
                                    

Tengah hari itu, Alya terjaga. Dia terlihat Maksu sedang bermain handphone di hadapannya.

Peha dan lengannya terasa berat semacam. Dua manusia itu sedang nyenyak tidur.

" ibu." tegur Alya mengecilkan matanya yang masih kelat. Maksu memandang Alya.

" amboi! Bahagia betul. Sorang dekat peha sorang dekat lengan." gelak Maksu. Alya memandang kearah Hariz yang sedang tidur nyenyak begitu juga anaknya,Adam.

Alya tersenyum bahagia.

***

Hariz terjaga. Dia memandang Adam yang sedang baring di atas tilam manakala Alya di dapur. Bunyi kuali berlaga dengan sudip. Masak lah tu.

" Alya!" panggil Hariz memegang tengkuknya yang sakit sedikit.

tiada jawapan dari Alya. Hariz pun bangun pergi ke dapur sendiri. Tinggalkan Adam sekejap.

" Pekak ke? Aku panggil kau tadi?" tegur Hariz. Mood bangun tidur dia memang tak bagus.

Alya terkejut melompat. Dia terlihat Hariz dan melepaskan keluhan sambil mengurut dadanya.

" sorry saya tak dengar tadi. Awak nak makan?" tanya Alya lembut.

tadi kemain jadikan saya bantal awak. Sekarang marah pulak. Memang mood awak ni sukar ditafsir. Kadang-kadang baik kadang-kadang tak. haiihh bisik hati Alya.

" asal tinggalkan Adam sorang-sorang dekat depan?" Hariz duduk di meja makan. Dia membuka tudung saji.

" awak ayah Adam. Kenapa awak tak teman dia?" Alya menutup api dapur gas lalu beredar dari situ tinggalkan Hariz. Sempat dia menjeling Hariz.

Hariz terdiam membisu. Dia sedar ada betulnya kata-kata Alya tadi. Hariz ayah kepada Adam.

Hariz berjalan ke ruang tamu. Dia terlihat Alya sedang....

" Adam panggil Ibu tau. Sebab ibu, Ibu Adam." Alya berkata pada Adam.

" Adam panggil Baba tau. Sebab Baba, Baba Adam." sampuk Hariz duduk berhadapan dengan Alya.

Alya memandang Hariz with daring daring look. Hariz memandang Alya sebelum tersengih.

" Hariz!" panggil Maksu menuruni anak tangga. Hariz mendongak memandang Maksu sedang berjalan ke arahnya.

" Siap cepat! Nak daftar nama Adam ni." kata Maksu. Hariz berkerut.

" nak pergi pejabat agama ni. Cepat!" Hariz mengangguk. Dia menyerahkan Adam pada Alya.

" jap jap Riz nak siap." Hariz masuk ke bilik untuk tukar baju.

" Alya masak ke dekat dapur?" tanya Maksu terhidu aroma makanan. Alya mengangguk.

***

" bodoh betullah. Susah sangat ke nak letak." bengang Hariz keluar dari Pejabat Agama.

Maksu dan Hariz masuk ke dalam kereta.

" kau relax lah Riz. Memang procedure dia macam ni. Kau fikir senang ke?" Maksu cuba menenangkan Hariz. Hariz diam sambil memandang keluar tingkap. Dia sebenarnya masih bengang bila pihak Pejabat Agama tak bagi Adam dibinkan atas namanya.

Maksu memandu kereta ke arah bertentang dengan jalan pulang.

" Ibu nak pergi mana?" tanya Hariz pelik.

" cari baju nikah kau dengan Alya lah. takkan nak kahwin pakai baju kurung yang dah karat tu." jawab Maksu. Hariz diam malas nak layan

****

" ok lah tu Ibu. Nak macam mana lagi?" Hariz mulai fed up sebab dah setengah jam dalam butik dan masih tiada baju yang sesuai.

" dah ke belum."

" belum."

Handphone Hariz berbunyi tertera nama Ummi di kaca Iphone 6 grey. Hariz keluar dari butik terus mengangkat call dari Hariz.

" Hello Ummi. "

" Riz dekat...dekat..." Handphone Hariz dirampas Maksu lalu Maksu lah yang call.

" Riz dekat rumah Mimi. dia tolong kawan baru dia punya ayah buka restoran baru. Along jangan risau. Dia buat hal Mimi teehh kan dia." Maksu memandang Hariz.

" Assalamualaikum, Along bye. bye." Maksu menutup call. Handphone Hariz diserahkan semula.

" jom! Ibu dah jumpa baju untuk Alya." kata Maksu dan masuk ke dalam butik bersama Hariz. Hariz mengikut.

***

" aku terima nikahnya Nur Fara Alya binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak 50 ringgit tunai."

Tok kadi memandang Hariz lepastu kepada para saksi. Mereka semua....

*Shortchapter

Kerana Adam IskandarМесто, где живут истории. Откройте их для себя