Bab 6

43.3K 1.4K 77
                                    

Suatu ketika di kemudiannya,

" Allah Hariz! Datang hospital cepat! Bini Riz nak bersalin ni." Hariz terkejut beruk. Dia segera mencapai dompet dan kunci motor.

" Ibu! Riz cuti harini. Riz pergi rumah kawan bye." Hariz berlari keluar dari rumah. Dia memecut Nouvo S pergi ke Hospital UKM, satu-satunya Hospital yang dekat dengan rumah Maksu.

Hariz tiba 30 minit kemudian, dia berlari ke kaunter pertanyaan dengan baju sekolah dan helmet di tangan.

" Wad orang nak bersalin mana?" tanya dia penuh cemas. Nurse itu berkerut memandang Hariz.

" di aras satu paling hujung lepastu belok kiri."

" terima kasih." Hariz berlari ke arah lif. Nurse itu masih pelik dengan Hariz.

" asal kalut sangat?" pelik Nurse itu lagi. Hariz masuk ke dalam lif tingkat 1 segera ditekan. Dia berlari macam ada lawan lari marathon. Sampailah dia terlihat Maksu sedang mundar-mandir di depan pintu bilik bersalin.

" Ibu!" panggil Hariz. Maksu segera berjalan ke arah Hariz. Hariz termengah penat. " Alya mana Ibu?"

" dia dekat dalam. Doktor tengah proses lah tu." Maksu menenangkan Hariz.

Setengah jam Hariz menunggu dalam keadaan orang yang tak senang duduk. Kejap-kejap goyang kaki, lepastu berjalan dari selatan ke utara. Maksu hanya menggeleng melihat keadaan Hariz. Nurse keluar dari bilik bersalin akhirnya. Hariz berlari ke arah Nurse. Nurse itu terpaksa mendongak menatap pada dua-dua manusia galah di hadapannya.

" Puan Alya dan bayinya selamat. Tapi kami tak boleh bagi jumpa Puan Alya buat sementara waktu untuk bagi Puan Alya ruang untuk berehat." Cerita Nurse. " Alhamdulillah." Hariz syukur.

" jantina baby?" tanya Maksu. " Puan Alya melahirkan bayi lelaki." Jawab Nurse memandang Maksu.

" boleh kami jumpa sekarang?" Hariz teruja. " maaf! Boleh tengok dari luar saja atas arahan doktor." Nurse itu menunjukkan arah ke ruangan bayi. Hariz dan Maksu berjalan mengikut Nurse dari belakang.

Bayangkan perasaan seorang lelaki digelar ayah dapat tengok anaknya buat pertama kalinya. Maksu memicit bahu Hariz. Hariz tersenyum bahagia memandang Maksu.

" Hariz balik lah dulu. Biar Maksu tunggu Alya." Suruh Maksu. " takkanlah nak duduk sini dengan baju sekolah lepastu nanti mengaku ayah baby boy tu. Orang pandang lain nanti." Nasihat Maksu. Hariz mengangguk faham. Dia mengambil helmetnya sebelum pergi, dia menyalam tangan Maksu.

" Riz pergi dulu ibu. Esok balik sekolah Riz datang sini." Hariz pulang ke rumah.

------

Di dalam kelas, Hariz tersenyum-senyum sendirian. Makan tersenyum. Setiap masa tersenyum.

" Kau apahal?" tegur Azrul menolak kepala Hariz yang sedang termenung sambil tersenyum.

" Gampang kau." Hariz menolak kembali kepala Azrul. Azrul tergelak mengelak tapi dapat juga ditolak.

" Gay sial!" jerit Mirul dari tengah padang. Hariz dan Azrul memandang gelagat Mirul dan Aiman yang sedang meniru aksi mereka tadi. Hariz menunjukkan ' middle finger' pada Mirul dan Aiman.

" petang lepak jom." tegur Mirul datang pada mereka. " aku berhajat nak menang bola petang ni." kata Aiman pula.

" ok cun! aku on!" kata Azrul. Hariz diam masih lagi termenung.

" oii kau?" Azrul melanggar bahu Hariz dengan bahunya sendiri membuatkan Hariz terkejut.

" tak boleh lah! petang ni aku ada hal."

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now