Bab 33

29K 907 7
                                    

Puan Mariam berjalan menuruni anak tangga. Dia terlihat satu lembaga bertudung sekolah. sah itu Alya. Alya sedang mengendong Adam.

"Alya dah makan?"

"Dah dengan kawan Alya." jawab Alya lagi. Alya mencium Adam sepuas-puasnya. Betapa dia rindu anaknya itu.

Puan Mariam berjalan. Dia duduk di sofa bersama Alya.

"Macam mana hidup sekarang ok? Hariz marah-marah tak?"

Alya ermmm dulu. Baru "ok je. Dulu best sekarang pun best. Tapi sekarang cabaran lagi besarlah sebab sekarang sleepless kan. Dulu tidur lapan jam sekarang tidur 4 jam je. Kadang-kadang tukar-tukar lah. Malam ni Hariz tak tidur Alya tidur lepastu esok malam pulak, Alya tak tidur Hariz tidur. Gilir-gilir tugas." cerita Alya panjang lebar. Puan Mariam mengangguk.

"Hariz dah ok dengan Alya ke?"

"maksud Ummi?"

"maksud Ummi kalau nak suami sayang dekat kita, satu je cara. Kita para isteri kena pakai cara batin. Ni cara paling halus." nasihat Puan Mariam bercerita pada Alya. "Alya faham maksud Ummi kan?"

Alya mengangguk sambil dia muka dia dah start geli.

***

Alya  membawa Adam pulang ke rumah dengan bas. Semua orang pandang pelik bila budak pakai baju sukan sekolah pegang baby. Tapi Alya tak endahkan pandangan orang kerana Hariz pernah cakap DORANG ADA MATA, DORANG PANDANGLAH.

Alya membaringkan Adam di sofa. Dia mengeluh panjang. Dia meletakkan beg di sofa dan membawa Adam masuk ke bilik pula.

Usai bersihkan diri dengan Adam, Alya bagi Adam susu macam biasa sambil sambil menyusu, dia main handphone.

Hariz pulang petang itu. Macam biasa, Alya akan sambut Hariz. Selalu Hariz balik dengan muka moody sebab penat kerja tapi harini dia happy.

"Adam mana Adam?" tanya Hariz menyorokkan sesuatu dibelakangnya. Alya menunjukkan Adam di ruang tamu. Hariz berlari mencampak beg galasnya dan berlari mendapatkan Adam.

Hariz menunjukkan pyjamas bayi pada Adam. Adam hanya diam.

"Awak belikan Adam apa tu?" Alya mengintai. "baju tidur dia." jawab Hariz meletakkan kotak baju tidur di sebelah Adam. Hariz membuka tie-nya dan dicampakkan terus ke sofa.

"patutnya awak belikan diri awak tu baju tidur. Awak kan selalu tidur tak pakai baju." perli Alya masuk ke dapur.

kurang asam betul dia ni

"Aku tak pakai baju kau suka kan. Malam-malam cari hutan aku juga." balas Hariz. Disebabkan mood dia yang happy dia pun gaduh mulut lah dengan Alya.

"eeyy.Tolong lah. Siapa cari hutan awak." Alya dah start geli dari dapur. Dia berhenti mencedok lauk. "Sudahlah Nur Fara Alya. Aku suami kau. Aku tahu malam-malam kau mesti cari hutan aku. Bukan setakat cari. Cium pulak tu. dah sudah aku kena pakai deodorant malam-malam." Bangkang Hariz. Dia tergelak dari ruang tamu. Alya di dapur tahan geram. Patutlah kadang-kadang pagi-pagi kedudukan tidur dia pasti sebelah Hariz. Adam pula dicampak tepi. Lol!

***

Alya mengemas jadualnya pada malam hari. Hariz pula sedang melayani Adam. Hariz meletakkan Adam di ribanya sambil tangannya menaip lagu kanak-kanak.

Alya dari dalam bilik dengar lagu Bangau oh bangau. Lagi membuat dia geli hati bila ada suara garau nyanyi.

"..macam mana aku tak kurus, ikan tak timbul, ikan tak timbul. Ikan oh ikkkk..." nyanyian Hariz terhenti bila Alya yang baru muncul dari bilik gelakkan dia.

kurang ajar punya Alya. geram hati Hariz.

"Kau gelak apa?" tengking Hariz bengang bila nyanyiannya digelakkan Alya. Alya tutup mulutnya. Adam pandang ke arah ibunya.

"Bangau oh bangau kenapa engkau kurus." Alya pula menyanyi. Adam girang semakin lama, semakin muncul smiley eyes Adam. Comel!

Alya duduk sebelah Hariz bila Hariz menunjukkan muka marahnya. Dia pandang Alya kecil besar kecil besar je.

"Sorrylah awak." Alya memeluk lengan Hariz. Dia sandar-sandar pada Hariz tak tumpah seperti perempuan gedik. Adam dari tadi girang pandang lagu telefon babanya. Hariz menolak kepala Alya dengan sebelah tangannya.

"Ok fine! Tak nak cari hutan awak lagi dah. Malam ni tidur luar." Alya bangun dari sofa. Dia menghentak kaki tanda protes. Dia memeluk tubuh.

Tangan Hariz mencapai lengan Alya disuruh duduk kembali. Sebelah tangan Hariz memeluk bahu Alya. Alya tak menolak pun! Nak manja sikit dengan Baba. Takkanlah Adam je nak manja.

Hariz peluk dan diam je. Tangannya keras di bahu Alya. Tangan kanan Hariz pula tap lagu lain di skrin telefon. Kali ini lagu Lompat si katak lompat by Didi&Friends. Alya mendekatkan wajahnya dekat dengan Adam.

'Lompat si katak lompat. Lompat! Lompatlah tinggi tinggi. Tinggi!'

"Cepatlah Adam cepat cepatlah bangun pagi-pagi." Alya tukar lirik. Tiba-tiba nama Adam pulak.

"Lompat!" Alya mengangkat tangan Adam. Adam girang. Smiley eyes keluar.

"yayy! Lagu dah habis. Sekarang Adam kena tidur." Alya mengangkat Adam dari pangkuan Hariz. Dia berjalan masuk ke bilik tinggalkan Hariz di ruang tamu.

usai tidurkan si kecil atau Alya panggil  Prince Superman of Smiley Eyes. Alya keluar kembali dia berjalan dan duduk di sebelah Hariz. Kata-kata ibu mertuanya terngiang-ngiang di konco telinganya.

Alya terus merebahkan dirinya di paha Hariz. Hariz terkejut pandang Alya. "kau buat apa ni?"

"Nak manja dengan suami. Tak boleh ke?" Alya sengaja keluarkan suara gatalnya.

Alya memang pandai uji nafsu aku. Aku terkam kang. bisik Hariz.

Hariz bermain telefonnya. Dia tak endahkan Alya. Alya geram terus dia rampas iPhone 6 Hariz.

"woi! Handphone aku." Hariz cuba ambil tapi Alya sembunyikan handphone Hariz bawah pahanya. "focus dekat saya dulu. Lepastu baru saya bagi."

Hariz akur. Adam pun tengah tidur. Elok nak manja-manja sekarang ni. Hariz tutup mata pula. Dia bersandar pada sofa sambil tangannya aktif mengusap pipi mulus Alya.

"awak sayang saya tak?" soal Alya pandang Hariz mendongak.

"aku dah dapat kerja part-time." cepat-cepat Hariz tukar topik. Alya terkejut. Dia bangun dari paha Hariz terus pandang menghadap  Hariz.

"Kerja apa? Dekat mana?"

"Tak payah tahu." Hariz bangun dari sofa. Dia berjalan pergi masuk ke dalam bilik. Alya geram bila ditinggalkan.

***

Azrul dan Aiman menunggu ketibaan Athirah dan boyfriendnya. Mirul tak ikut turut serta meeting harini atas alasan: Aku buasir! (mungkin effect makan Nasi Lemak Dara kot🤔)

"Minah karat dah sampai." Aiman pandang kedatangan Athirah bersama seorang lelaki dalam lingkungan umur awal 20 an. Azrul menoleh ke belakang. Azrul tersenyum senget.

"Wasap." Azrul dan Aiman bangun lalu berjabat tangan dengan lelaki tersebut.

"Azrul! Ni kawan aku Aiman."  Azrul memperkenalkan dirinya.

"Gua Radhi." jawab Radhi atau balak Athirah itu. Mereka duduk. Aiman mengubah tempatnya. Dia duduk sebelah Azrul.

Selesai mengambil order. Mereka kembali focus.

"Kau kenal ke mamat pelayan yang awek kau upah tu." Azrul memulakan bicara. "maksud kau Shah ke?"

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now