Bab 21

33.3K 1.8K 9
                                    

"rumah ni tak boleh murah lagi bang?" soal Hariz pada tuan rumah jenis rumah kedai itu. Pantas tuan rumah itu menggeleng.

"Ini standard punya harga dan kira murah lah juga ni dengan keadaan kawasan dalam bandar ni." Alasan saja apa yang dilontarkan tuan rumah itu demi untuk mengaut keuntungan. Hariz memandang Alya yang meninjau keadaan di dalam rumah itu. Alya memegang Adam.

cantik rumah ni. Mesti orang dah pernah tinggal. Ok lah. Asalkan ada tempat aku, Hariz dengan Adam berlindung. bisik hati nurani Alya. Alya terlihat muka Hariz inginkan jawapan Alya. Alya lekas mengangguk sekali gus melontarkan senyuman manis ke arah Hariz. Hariz pun segera bersetuju dengan rumah itu.

Selesai menyusun kotak-kotak di tempatnya. Hariz pun rebahkan dirinya di sofa rumah itu.

"penatnya!" Hariz mengeluh. Dia berusaha menutup matanya untuk catnap sebentar bagi memulihkan kembali tenaganya.

***

"Lailah Ya Allah Riz kenapa tak bagitahu Ummi Riz dah pindah. Ummi dekat depan rumah Maksu ni." marah Puan Mariam dalam nada sedikit lembut di gagang telefon.

"Yela!yela! Ummi datang sana. Riz whatsapp location. Ok Bye Assalammualaikum." Puan Mariam masuk ke dalam kereta kembali terus meluncur bawa kereta jenis Honda Jazz Gray miliknya.

"Ummi nak datang." Suara Hariz muncul di dapur tatkala Alya sedang memproses apa yang ada di dapur rumah sewa tersebut. Terkejut Alya melompat dan satu langkah kebelakang sebab terkejut punya pasal ni lah.

"Ummi nak datang?" Hariz pantas mengangguk. Dia juga cuma mentafsir apa yang ada di dapur rumah baru itu.

"Takpelah. Aku pergi beli apa yang ada dekat kedai bawah." Hariz mencapai kunci motor dan walletnya dan keluar dari rumah.

Hariz selesai membeli biskut dan uncang teh serta gula. Dia pun berjalan ke arah tangga untuk naik rumahnya.

"Riz!" panggil satu suara yang Hariz cukup kenal. Itu lah Puan Mariam. Hariz menoleh pada Umminya.

"Cepat Ummi sampai." tegur Hariz setelah menyalam tangan Ibunya. Puan Maria membetulkan tudungnya yang dibelit sebelum menjawab soalan Hariz.

"Ummi ni Racer dulu. Ingat tak?" sempat Puan Mariam melawak. Hariz gelak saja walaupun lawak Puan Mariam sedikit hambar. Lol!

"mana rumah baru Riz?" Tanya Puan Mariam melihat kawasan disekitarnya. Tak melambangkan ada kawasan perumahan pun disitu. Hariz menunjuk di atas. Puan Mariam tak percaya.

"Riz tinggal dekat mana ni?" Puan Mariam masih tak percaya. Dia memandang sekelilingnya. Hariz terus menarik tangan Umminya dan mereka mendaki tangga sehingga ke tingkat 2 rumah kedai tersebut.

"Jap eh." Hariz mengetuk pintu rumah. Tak lama kemudian, Alya membuka sambil di tangannya Adam yang sedang menghisap puting clip.

"Eh Ummi." Alya segera membuka gril rumah. Maka masuklah Puan Mariam dan Hariz ke dalam rumah. Alya segera menyalam Puan Mariam.

Jelas terpancar di wajah Puan Mariam betapa dia tidak selesa lihat anak dia tinggal di kawasan persekitaran yang macam ni.

Alya menghulurkan Adam pada Hariz. Hariz mencapai dan membawa Adam ke ruang tamu bersama Puan Mariam yang tengok sekeliling rumah itu.

"Riz confirm ke nak duduk sini? Ummi tengok macam tak ok je." Puan Mariam duduk di sofa. Hariz dudukkan Adam di pahanya sebelum menjawab pertanyaan Puan Mariam tadi.

"setakat ni ok je,Mi. Alya ok. Riz pun ok lah. Ni je yang murah." cerita Hariz lagi. Puan Mariam menjuihkan bibir akur jua dengan keputusan anaknya yang mahu tinggal di tempat yang macam ni.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now