Bab 11

37.5K 1.3K 19
                                    

Alya bangun dari tidurnya. Pandang kanan nampak Hariz yang sedang tidur sambil memeluk Adam. Alya tersenyum.

Dia terus snap gambar selfie sebab bukan selalu dapat tangkap. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dua hero itu. Alya bangun segera mandi.

Selesai mandi, dia pun keluar dari bilik untuk basuh baju.  Dia melayan lagu Datuk Siti Nurhaliza sambil memasukkan baju-baju kedalam mesin basuh.

" Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan yang tak mungkin kau maafkan lagi ku tak mungkin kau perlukan laggg...." Alya berhenti sebaik dia menoleh terlihat Hariz.

" bisinglah." marah Hariz. Hariz duduk di meja makan.

Alya berjalan pantas ke arah Hariz.
" awak kenapa ni?"

Alya melihat jelas muka bahagian kiri yang lebam. Hariz menepis tangan Alya.

" ahh. sakitlah." marah Hariz. Alya segera mencapai kotak first aid di ruang tamu.

" awak jangan degil eh. Sini." Alya menyapu perlahan bahagian sebelah mulut Hariz.

" awak bergaduh dengan siapa semalam?"

Hariz diam tidak menjawab. Alya semakin rapat dengan Hariz. Aroma sabun lavender dari leher Alya mencucuk hidung Hariz.

Jangan buat kerja bodoh Hariz. Pantang lagi ni. bisik hati Hariz.

" awak duduk diam." Alya menepis tangan Hariz yang merangkul pinggang Alya.

sial kau Riz. Kan dah kena reject  marah hati Hariz.

" Fuhh wayang cerita apa ni? Romance genre ke?" tegur Maksu datang ke arah dapur. Segera Hariz batalkan niat nak  rangkul pinggang Alya.

" eh Riz asal ni?" Maksu terkejut terlihat lebam di muka Hariz.

" entah dia ni. Orang tanya tak jawab." balas Alya. Alya pun tampal plaster teddy bear di tepi mulut Hariz.

***

Alya dan Hariz duduk di ruang tamu bersama Adam yang matanya sudah boleh dibuka sikit.

" Nah." Maksu menyerahkan Jamu pilis untuk Ibu pantang. Alya mencapai pilis jamu itu.

" ni pakai dekat dahi."

" Riz ikatkan rambut Alya." suruh Maksu. Hariz berkerut.

" eh takpe. Alya tahu." Maksu terus mencalit pilis itu ke tangan Alya. Jadi tangan Alya sudah kotor.

Hariz mendengus.

" Ikatkan rambut Alya." suruh Maksu.
" Jamu ni untuk badan Alya. Kalau badan Alya tak sihat, Adam turut ta sihat." temberang Maksu. Hariz 100% percaya. Jadi dia pun bangun dan tolong ikatkan .

Alya menggigit bawah bibirnya menahan sakit.

" ambil rambut dia lepastu gulungkan...ahh yess.. ahh ahh lepastu gulung tu Riz siputkan letak getah.. bukan macam tu pusing pusing kan. hahhh.... ok yes. Good." Maksu mengajar Hariz tapi mangsanya rambut Alya. alya menahan sakit itu.

Jadi juga lah bun tu walaupun ada layer rambut yang terkeluar.

Maksu pun menepek pilis ke atas dahi Alya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Maksu pun menepek pilis ke atas dahi Alya. Alya menadah saja.

Hariz mendekat untuk melihat lantas dia terus seperti nak muntah. Dia berlari ke bilik air di dapur.

" bini yang pantang dia pulak yang over sakit." kata Maksu. Hariz kembali dari dapur. Dia bersandar pada besi tangga perhati dari jauh Maksu menepek Alya.

***

Alya mencapai tuala untuk mandi. Dia duduk di birai katil untuk membuka stokin di kakinya.

Dia berjalan mahu masuk ke bilik air. Lantas ditegur Hariz yang sedang duduk bersandar di katil sambil main handphone.

" Jangan pakai sabun kau tu. Pakai sabun aku." suruh Hariz. Alya mengerut.

" kenapa? tak nak lah. Sabun awak sabun bau lelaki." tolak Alya.

" ouh kiranya kau dah bersedia lah ni?"

" bersedia apa?" Alya semakin tak faham. Hariz meletakkan handphonenya di meja di sebelah katilnya.

" jalankan tanggungjawab kau sebagai Isteri dekat suami yang dah lama tunggu ni." Hariz mengelip matanya. gatal. 

" ishh tak nak." jawab Alya dia segera masuk ke bilik air sebab malu dengan apa yang diperkatakan oleh Hariz tadi. Hariz tergelak besar

" Jangan pakai sabun tu kalau  tak nak aku merangkak atas kau malam ni. Aku peduli apa kau pantang atau tak."

" eeeyy. Gatal nya awak ni." Bunyi Alya geli dari dalam bilik air membuatkan Hariz tergelak besar.

Hariz memandang tubuh Adam yang sedang tidur di sebelahnya.

" Adam nak katil dengan bilik sendiri tak? Nanti Baba belikan Adam lepastu nanti takdelah Adam kacau Baba dengan Ibu." kata Hariz tapi dalam intonasi yang kuat. sengaja dia mahu Alya dengar.

" awak! Jangan ajar Adam bukan-bukan." marah Alya dari dalam bilik air.

Tak tahu lah pulak syaitan nirrojim mana yang dah rasuk Hariz jadi otak kuning malam ni.

Alya keluar dari bilik air. Tapi dia menghendap dulu. Takut Hariz buat macam macam tapi ternyata Hariz dah tidur.

Alya melepaskan nafas lega.  Dia mengeringkan rambut dia cepat-cepat. Dia baring di katil perlahan-lahan.

" tidur jelah. Aku tak buat apalah selagi kau tak goncang nafsu lelaki aku." kata Hariz. Alya terus buat-buat tidur. Terasa malu dengan Hariz.

*gatal nau Hariz ni.

*anotherupdate

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now