Bab 30

30.7K 1K 6
                                    

Alya pandang Hariz dengan jelingan maut. Adam dipujuk kerana nangis.

"Ummi rasa dia nak susu tu kot. Ummi bagi susu lembu dia tak nak. Check dia berak pun tak."

Alya mengangguk faham. Dia segera mengangkat baju sekolahnya dan menghulurkan tututut-nya pada mulut Adam. Pantas dihisap Adam. Puan Mariam perhati anak teruna yang rasanya dah tak teruna kot
Hariz segera bangun dari tempat duduknya berhadapan dengan Alya. Lepastu buat-buatlah tanya nak makan pulak. (acah solehin betul!)

Jangan bernafsu, Hariz!

"Mari kita makan." Puan Mariam bangun dari sofa. Dia mengikut Hariz yang sudah pantas berjalan ke dapur. Puan Mariam toleh pada Alya.

"Alya jom!"

"kejap lagi Alya datang."

Puan Mariam ke dapur dahulu bersama Hariz. Hariz duduk di meja. "Riz nak makan apa? Ummi cedokkan ada lauk Kaklong beli tadi. Ayam masak lemak cili api dengan ayam sambal. mana nak?" soal Puan Mariam. Hariz duduk bermain handphone pandang Umminya. Dia sepertinya sedang berfikir.

"tak pelah Mi. Riz tunggu Alya habis susukan Adam." kata Hariz pandang skrin telefonnya semula. Puan Mariam sudah lebar senyumannya ambil tempat di sebelah anaknya.

"kenapa tunggu dekat sini? Tak dekat Alya je." Senyuman di mulut Puan Mariam masih belum pudar mahupun luntur. Hariz pandang Umminya pelik.

"malas lah." jawab Hariz pendek.

"Ummi tengok Hariz macam suka je. Alya dah habis pantang kan?"  Hariz mengangguk. Dia tatap kembali handphonenya untuk cover mukanya yang dah blushing.

"Hariz dah ke dengan dia?"

Dah sudah Ummi tanya soalan SPM fikir Hariz.

"Maksud Ummi?" Sengaja dia tanya walaupun dia tahu apakah yang dimaksudkan Ummi. Sengaja nak panjangkan borak pasal ni. Mana tahu Ummi slowtalk dengan Alya. Dapat juga sekali ke. Pergh!

"lepas Adam lahir maksud Ummi. Ada Hariz bagi nafkah batin dekat dia?"

Hariz menggeleng masih pandang handphone. Pipinya masih blushing.

"Minta lah. Takkanlah bini hang pula yang kena menggedik." nasihat Puan Mariam. "doa tu pun ummi dah whatsapp dekat Alya." tambah Puan Mariam. Hariz terkejut dia pandang Puan Mariam.

"Ummi dah siap send? Hebat betul mi." Hariz nak gelak lalu dia tahan. Tapi meletus juga dia nak gelak sikit. (Puan Mariam ni macam mendorong Adam dapat adik pula ni)

"Tengoklah nanti. Sekarang tak boleh Alya sekolah lagi." ringkas ayat Hariz menyelesaikan masalah itu.

"berdosa tau Riz tak jalankan tanggungjawab. Kahwin dah lama." nasihat Puan Mariam. Hariz mengangguk saja.

Alya datang ke dapur menemui mereka. Serentak Hariz dengan Puan Mariam terkejut. Alya nampak mereka terkejut, Alya pun sekali terkejut.

"Kenapa ni?" Alya berjalan ke arah mereka.

"Bincang pasal bila kau nak bagi aku nafkah batin." Jujur Hariz mata kembali pada handphonenya. Alya terkejut dia buat muka. Lekas lengan Hariz dicubit Puan Mariam.

"apa Riz ni jujur sangat." marah Puan Mariam. Hariz mengaduh sakit.

"Adam mana?"

"dekat depan. Lepas dapat susu dia terus terlelap."cerita Alya. Puan Mariam mengangguk. Dia berjalan ke ruang tamu sempat dia toleh pada Alya.

"lauk dekat bawah tudung saji tu. Alya dengan Riz makanlah. Ummi nak teman cucu Ummi." Ujar Puan Mariam hilang dari pandangan. Alya segera berjalan ke arah Hariz pantas.

"Awak ni kalau sekali otak tak kotor, tak sah kan." Dicubitnya perut Hariz. Aset Hariz yang paling Alya suka cubit. Hariz mengaduh sakit. Tadi lengan sekarang perut. Lebam lah macam ni seluruh badan.

"apanya? betullah Ummi cakap dekat aku tanya bila kita nak bagi Adam adik. Kesian dia sorang-sorang. Dia juga nak teman sebilik. Nanti dia ada adik kita pindahkan dia dekat bilik baru." Sengaja Hariz tambah ayat. Takde pula Puan Mariam mention pasal Adam nak adik baru atau Adam perlukan teman.

Alya menjeling Hariz. Kalau dilayan, lagi kotor fikiran laki dia ni. Jadi jalan yang mudah, pergi dari situ.

"Alya sendukkan nasi aku dulu." jerit Hariz. Alya menjelir lidah pada Hariz dan masuk ke ruang tamu. Dia dengar bunyi tapak kaki Hariz. Dia segera berlari dan dikejar Hariz. Puan Mariam menggeleng kepala melihat gelagat mereka. Kalini dia nampak senyuman Hariz yang sudah lama dia tak nampak dan sekarang muncul balik. Tiba-tiba dia teringat peristiwa Hariz.

Hariz campakkan begnya di sofa. Dia berlari ke dapur. Dia segera capai pinggan untuk makan.

Sedang dia makan, Encik Abu dan Puan Mariam pulang bersama Hafiz dengan wajah teruja. Dia melambai dengan senyuman manisnya pada kedua ibubapanya  tanda dia sudah pulang. Segera Encik Abu dan Puan Mariam ke dapur.

"Abang dapat 10A."cerita Hafiz penuh kebanggaan. Dia menunjukkan slip SPM-nya.

9A+ 1A. Pergh!

"Tengok abang. Dia dapat macam tu sebab dia tak main ps3 pun. Hariz main ps3 je sebab tu science Hariz asyik B je. Cubalah dapatkan A+ macam Abang tu. Tiga pelajaran jenis science abang dapat. Kebanggaan Ummi dengan Abah." Berubah terus airmuka Hariz.

"Abang tak suka ps3 memanglah. Abang suka buku. Science je Riz tak dapat bagus. Lagipun Math kan Hariz dah dapatkan 99 peratus."

"Riz! Abah tak suka Riz cakap macam tu. Riz kena paksa diri Riz suka dengan buku. Abah nak Riz jadi Pensyarah Fizik." suruh Encik Abu. Puan Mariam menghidangkan nasi untuk suami dan anaknya, Hafiz. Hafiz tak banyak cakap kerana dia pendiam.

"Nanti Riz usahakan science Riz. Tapi tahun depan kan Riz PMR. Ada masa lagi." ujar Hariz terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Abah akan rampas ps3 Riz. Abah nak Riz mula dari sekarang belajar walaupun tahun depan Riz PMR." kata Encik Abu telah mengejutkan Hariz. Hariz pandang Abahnya.

"Mana boleh bah. Itu kan ps3 Riz. Abah tak boleh rampas. Riz tahu masa belajar dengan main Riz." Hariz berkeras. Dia berhenti makan. Satu tamparan hinggap di pipinya.

"Jadi macam abang. Abah bangga dengan pencapaian Abang. Riz pun kena macam tu juga." tengking Encik Abu telah mengejutkan Puan Mariam dan Hafiz. Hafiz diam tak membantah. Dia pun takut juga. Puan Mariam turut diam .

Hariz tak sangka diperlakukan sedemikian rupa. Dia terus keluar rumah tanpa banyak bunyi. Lagi menyedihkan bila tiada siapa kejar dia sehingga dia nampak Azrul sedang lepak dengan kawan-kawan motornya di bus stop tak jauh dengan rumah Hariz. Sejak itu mereka berkawan kerana Azrul turut berkongsi cerita sedihnya yang terbiar kerana ibunya tekanan jiwa selepas ayahnya meninggal.

Mereka berkawan baik sebelum Mirul dan Aiman datang dan telah membuatkan hari-hari Hariz lagi indah dari menghadap buku. Tak lama itu, Encik Abu sudah tidak peduli perihal anak terunanya sorang itu. Puan Mariam turut tak endah. 

Hariz menyalam tangan Puan Mariam. Alya pula sedang mengendong tubuh kecil Adam yang sedang lena tidur mulut terbuka.

***

Selesai mandi,mereka makan makanan yang dibungkuskan Puan Mariam tadi untuk mereka. Hariz sendawa. Dia duduk di sofa.

"Awak sini jom. Kita belajar." panggil Alya duduk di meja bulat. Hariz tak menunjukkan minat untuk belajar tapi bila dah dipaksa dia pun ikut saja.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now