Bab 78

30.3K 949 83
                                    

Alya duduk di katil hospital termenung. Termenung dengan nasibnya yang semestinya sudah bermadu. Hariz harus berkongsi kasih. Adam sudah punyai ibu tiri.

Puan Mariam masuk ke dalam bilik ward Alya. Dia sedih lihat menantunya yang tersandar di besi katil. Airmata Alya tumpah tanpa Alya duga. Tapi dia dah tak kisah pasal airmatanya. Airmata itu sekarang murah untuk dia jatuhkan. Orang yang sepatutnya lapkan airmata Alya itu sudah khianati cinta mereka.

"Alya. Makan nak." sayu suara Puan Mariam menyuruh. Alya menggeleng kepala tapi kepalanya masih memandang ke luar tingkap. Sungguh sayu hidupnya.

"Kalau tak makan kesian anak dalam perut tu. Makan sikit." Kata Puan Mariam mencuit sedikit roti yang dia beli tadi. Alya ambil jugalah.

***

Hariz dan Anis keluar dari pejabat agama tersebut. Hariz terus startkan motor. Dia nak pergi tengok keadaan Alya di hospital. Anis tercegat di situ. Muncul pula rasa bersalah dalam diri Hariz.

"Nis kau balik naik apa?"

Anis menggeleng kepala tak tahu. Hariz pandang sekelilingnya takde pulak teksi mahupun bas lalu di situ.

"Naik cepat dengan aku. Aku hantar kau balik." kata Hariz. Anis terus berjalan lalu menaiki motor dengan Hariz. Hariz bawa normal lah mencilok kerja dia. Dan paling menyakitkan bila sepanjang perjalanan, Anis peluk pinggang Hariz erat.

Sesampainya di hadapan rumah apartment Anis, Anis turun dari motor. Aduh enjin motor tiba-tiba terhenti. Hariz pun startkan balik. Bila dah start Hariz press motor tu kuat-kuat. Baru nak pergi, Anis menghulurkan tangan untuk bersalam. Hariz terkejut tapi membalas lalu tangan Hariz dikucup Anis.

Hariz pandang Anis. "Anis. Aku tak nak jadi lelaki dayus. Tapi dalam hal ni, aku cakap dengan kau terang-terang. Hanya Alya dalam hati aku." kata Hariz dia pandang reaksi muka Anis yang berubah.

"Takkan takde ruang untuk aku?" soal Anis. (eh buat pasal lah kau. Kau yang rampas suami orang)

"Alya. Itu je. Kau faham kan maksud aku?" Hariz bercakap dalam intonasi yang sopan bahkan sangat sopan. Anis diam dia terus berjalan pergi. Hariz mengeluh panjang. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

Dia pun undurkan motor dan berlalu pergi ke hospital.

***

Alya mengusap belly-nya yang masih leper. Dia sedih dikala hari berbahagia untuk dia bagitahu Hariz bahawa dia mengandung, berita duka dia dapat bila dia harus dimadukan. Hati isteri mana yang tidak hancur bila harus menerima takdir itu.

"Walaupun takde baba. Tapi baby ada Ibu dengan Abang Adam. Ibu dengan Abang Adam takkan tinggalkan baby. Ibu akan pastikan baby hidup bahagia. Walaupun baba takde." sayu Alya berkata dengan tangisannya.  Puan Mariam baru keluar dari tandas. Dia dengar rintihan sayu Alya.

"Alya. Maafkan Ummi sebab Hariz jadi macam tu." Puan Mariam memeluk Alya. Alya membalas pelukan Puan Mariam

"Bukan salah Ummi." balas Alya nangis. Kaklong, Hadif, dan Adam tiba di situ.

"Alya." kata Kaklong. Kaklong terus menghulurkan Adam ke tangan Alya. Alya terus peluk Adam erat se-erat nya. Adam diam menerima.

Alya meleraikan pelukan dan berkata. "Ibu sayang Adam." Alya kembali peluk Adam erat.

Puan Mariam menarik Hadif dan Kaklong ke tepi dan menjelaskan keadaan Alya. Hadif dan Kaklong terkejut dikala terdengar bahawa Alya sedang mengandung lagi.

"Sial lah Hariz tu." carut Hadif bengang. (Relax lah Dif. Baru form 3 dah taiko.)

Puan Mariam tenangkan Kaklong dan Hadif. Alya memandang Adam sedang bermain dengan mainan superman yang dulu Adam pernah tunjuk dekat Hariz.

***

Selepas diberitahu Nurse di mana ward Alya, Hariz berlari ke ward Alya. Tertera nama Nur Fara Alya di bilik nombor 3. Hariz berlari di ke ward Alya belum sempat dia nak masuk, sudah ditahan Hadif.

"Kau jangan masuk Riz." suruh Hadif pegang bahu Hariz. "apahal?" Hariz pandang Hadif yang sedikit rendah darinya.

"Bini kau baru je sedar. Kau jangan bagi dia stress lagi boleh tak." marah Hadif dalam nada yang perlahan pada Hariz.

"Aku nak jumpa bini aku. Kau tak faham ke?" marah Hariz. Hampir saja tangannya naik ke muka Hadif.

"Riz..Riz dengar.. dengar. Alya baru je sedar. Kau kena bagi dia masa kejap. Aku takut nanti ada effect dekat baby dalam perut Alya." ujar Hadif. Hariz pandang Hadif terkejut.

"Alya mengandung? Dif Alya mengandung?" Hariz mencekak kolar baju Hadif. Hadif terangkat sekali.

"Relax lah. Doktor baru diagnose dia mengandung baru 2 minggu. Kau patut ada dalam waktu macam ni. Bukan pergi buat maksiat dengan perempuan lain, bodoh." Ujar Hadif bercampur marah dekat Hariz. Dia tak nak marah teruk sangat just boleh setakat sikit-sikit je. Tapi bila Kaklong keluar, kaklong nampak Hariz.

Panngggg.....

Satu tamparan melekat di pipi Hariz. Tamparan ni padu bila Hariz jatuh ke tanah. Hariz pegang pipinya sambil pandang Kaklong.

"Itu aku tampar baru sikit tau. Ini yang puas punya." Kaklong segera tampar dan tampar, pukul kepala Hariz. Punyalah teruk sampai dihentikan oleh beberapa orang nurse dan Hadif sendiri.

"Ini akibat buat kau. Kau dah hancurkan hati Alya. Isteri kau. Kau manusia apa Hariz?" marah Kaklong sambil badannya dipeluk Hadif dari belakang takut kakaknya ni bertindak lebih ganas. Nanti hancur hospital ni.

Hariz bangun. Dia diam. "Aku nak jumpa Alya kak. Bagi aku explain benda yang sebetulnya." rayu Hariz. Pipinya yang merah dua-dua belah package ada cap sekali dibiarkan. Yang penting dia nak jumpa Alya. Itu saja.

"Ahh selagi kau tak ceraikan isteri gedik kau tu. I'll never let you see her." Kata Kaklong lalu melepaskan pelukan Hadif terhadapnya. Dia menarik tangan Hadif dan dibawa masuk ke bilik Alya.

"Dont you dare to come in. Aku bunuh kau kalau Alya pengsan lagi." marah Kaklong. Hadif macam lembu dicucuk hidung bila dia ditarik kasar oleh Kaklong. Dia tak boleh nak buat apa biasalah perempuan tengah marah bila kaumnya sendiri dikhianati.

Hariz duduk di situ. Dia menunggu. Tidak kira lah lagi berapa lama dia harus tunggu pun. Dia akan tunggu juga.

"Hariz ada dekat luar Mi." bisik Kaklong. Puan Mariam yang sedang duduk di kerusi di sisi katil Alya pandang Kaklong terkejut. Alya pandang reaksi muka terkejut Puan Mariam.

"Kenapa Mi?" soal Alya pandang wajah Puan Mariam. "Takde apa sayang. Ummi keluar jap." Puan Mariam mencium ubun kepala Alya dan pipi Adam lalu berlalu keluar bersama Kaklong dan Hadif.

"Mi Alya mana Mi?" Hariz berlari mendapatkan Puan Mariam. Satu lagi tamparan hinggap di pipi Hariz. Nasib tamparan ni tak sepadu tamparan Kaklong

"Puas dah sakitkan hati Alya?" tanya Puan Mariam kasar. Hariz turun dan terus melutut di hadapan Puan Mariam. Hadif dan Kaklong terkejut dengan tindakan Hariz.

"Hariz merayu Mi. Jujur Riz nak cakap Riz sayang Alya je. Riz tak sayang perempuan lain. Tapi kami terjerat Mi." rayu Hariz. Luluh hati Puan Mariam lihat anaknya yang dah macam orang lain. Ni bukan Hariz yang Puan Mariam kenal. Hariz yang Puan Mariam kenal tu tak pernah minta maaf, tak pernah melutut depan orang even Puan Mariam pun. Tapi kali ni dia melutut.

"Ummi tak tahu. Tapi Riz kena cari sendiri ruang untuk bincang dengan dia. Tapi bukan sekarang. Alya masih tak berapa sihat." kata Puan Mariam kalah jua dengan rayuan anaknya. Dia kalau boleh tak nak lah sampai cerai-berai nanti.

*anotherupdate

*Alya mengandung lagi?

*Suka Hariz lagi tak?

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now