Bab 63

24.7K 928 13
                                    

Kaklong dan Alya berjalan masuk ke pejabat. Puan Aisyah terlihat mereka berdua.

"I'm a lawyer to her family. I came here to clear it out all of her cases." kata Kaklong permulaan ayatnya begitu fasih english sampai ternganga Puan Aisyah.

"Can you have a seat while I call the the teacher." jawab Puan Aisyah sedikit gagap. Alya dan Kaklong duduk di sofa. Announcement Puan Aisyah buat panggil Puan Naemah, Cikgu Faiz dan Cikgu Faruk telah dibuat. Tak lama itu, Cikgu Faruk dan Puan Naemah datang bersama.

"Cikgu faiz mana?" soal Puan Aisyah

"Dia tengah ambil profile laporan pelajar." jawab Puan Naemah. Cikgu Faiz berjalan masuk ke pejabat sambil pandang failnya. "Assalammualaikum." ucap Kaklong. Cikgu Faiz memandangnya terkejut. Awek cun melecun!

"Waalaikumsalam." Cikgu Faiz membalas berjabat tangan dengan Kaklong sambil membalas senyuman pada Kaklong.

"Saya wakil peguam dari keluarga Alya." Kaklong begitu professional buat kerjanya. Sehingga Kaklong bergaduh mulut dengan Cikgu Faruk dan Puan Aisyah. Puan Naemah dan Cikgu Faiz diam. Mereka masuk campur sikit-sikit je.

"Kalau sekolah tetap nak gantung dia sekolah, saya tak teragak-agak untuk bawa kes ni di court. Hidup peribadi tak boleh dicampur adukkan dengan hal dia untuk ke sekolah dan belajar." kata Kaklong lagi.

Selepas long talk, keputusan akan dibuat pengetua pada esok hari. Jadi, kaklong dan Alya balik dulu. Semasa berjalan, Alya terpandang Shah yang sedang berehat.

"Alya!" Afiq melambai. Alya senyum melambai 

***

Alya dan Kaklong balik ke rumah. Alya terkejut bila terlihat Adam bersama Hariz. Hariz sedang bermain dengan Adam. Bila Hariz lihat Alya, Alya terus pergi mendaki anak tangga. Harapannya dia mahukan Hariz kejar dia naik atas dan pujuk. Tapi hampas kelapa!

"Kau gaduh dengan Alya kan?" kata Kaklong memandang Alya mendaki anak tangga. "Biar lah dia. Dia marah lagi tu. Aku malas nak layan." jawab Hariz sungguh biadab. Setan gondol mana dah rasuk dia sampai cakap isteri dia sampai macam tu sekali.

"Ehh kau ni. Pergi lah pujuk. Kau ni pahal tiba-tiba jadi ego sangat ni. Kau tak ingat ke sebab ego kita boleh orang yang kita sayang tau." nasihat Kaklong. Hariz pandang Kaklong. Dia teringat pada kes Azrul. Azrul cerita semuanya. Azrul hilang Athirah kerana ego Azrul sendiri.

aku tak nak hilang Alya macam Azrul hilang Athirah. bisik hati Hariz. Dia pantas memanjat anak tangga. Sebelum masuk ke dalam bilik, dia mengetuk pintu bilik lamanya itu.

Alya sedang berpeluk tubuh sambil teresak-esak menangis. Hariz lemah bila dengar tangisan Alya. Dia tak boleh dengar tangisan Alya. Itu seperti dia dah abaikan tanggungjawab dia pada Alya.

Dia datang dekat pada Alya. Dia duduk di birai katil. Dia angkat dagu Alya seperti yang dia pernah buat dulu bila dia jumpa Alya di dalam bilik air hotel.

"Abang minta maaf. Abang tak sepatutnya marah Alya." pujuk Hariz. Alya pandang Hariz sayu. Dia rindu Hariz. Tapi dia sedu-sedu menangis. Hariz terus menarik Alya ke dalam pelukannya.

 Hariz terus menarik Alya ke dalam pelukannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jangan tinggalkan abang lagi. Nanti abang rindu." bisik Hariz. Alya terus membalas pelukan Hariz. Dia mencium ubun ubun kepala Alya. Rindu bau rambut Alya. Haha!

***

Hariz balik kerja malam itu. Dia seperti biasa dah bawa balik Alya dan Adam. Bila dia balik, Alya sedang duduk di birai katil pakai spect sambil baca buku. Adam di sebelah dah dibuai mimpi.

"penat harini?"

"Penatlah juga. Tapi bila saya dah nampak awak. Hilang dah penat tu." Ujar Hariz ayat berbunga-bunga. Alya menutup mukanya yang blushing dengan buku.

"blushing lah tu." ejek Hariz. Alya malu. Hariz buka butang di bajunya satu persatu. Dia tengok cermin.

"Sayang. Perut saya kembunglah." kata Hariz toleh pandang Alya. Dia tunjukkan perutnya pada Alya. Alya turun dari katil mencabut spectnya. Dia pegang perut Hariz.

"Ini bukan kembung ini dah buncit." Alya cucuk perut Hariz. Hariz mengelak tapi memang kena. Askar tegak lah dia!

"mana tak buncit dah awak bagi makanan sedap." sebut Hariz mengelip mata pada Alya. Dia merangkul pinggang Alya. Alya punya feel dia macam nak menari ball party.

"Awak ada bau sesuatu tak?" bisik Alya.

"bau apa?" Hariz pandang Alya.

"Bau orang masam tak mandi lagi." ejek Alya. Hariz semakin erat rangkul pinggang Alya. "Mr. Hariz lepaslah. Sakit lah."

"Biar bau saya melekat dekat sayang." Alya menolak Hariz geli nak peluk dia. Dah lah berpeluh.

***

Dari tadi dia tak duduk senang bila terfikirkan lincahnya seorang perempuan itu berbahas untuk melawan kata-kata Cikgu Faruk tadi.

Perempuan itu sangat professional dengan kerjanya. Ya! sangat professional bila perempuan itu seperti tidak mengenali dia. Padahal mereka pernah bertemu dan dia jualah yang telah selamatkan perempuan itu dari satu kehancuran berkasihkan lelaki baran.

Dia mahu tahu perempuan itu lebih lanjut. Dia mahu memiliki perempuan itu. Perempuan seperti itu jualah yang dia cari selama 25 tahun dia hidup di muka bumi ini. 10 tahun yang lepas, dia berjanji akan cari perempuan seperti itu walaupun dia akan jumpa 100 tahun akan datang. Tapi ternyata sekarang dia jumpa.

"Ya Allah i found her!"

*anotherupdate

*Ok Halya dah berbaik.

*Dont forget to leave your comment and vote below!

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now