Bab 62

24.2K 872 61
                                    

Semenjak dua menjak tiga menjak ini, Hariz sering keluar malam lepak. Wan ni takde life ke asyik ajak Hariz keluar malam.

Alya mula tarik muka bila Hariz nak keluar kerana hampir setiap malam. Habistu bila masa pulak nak belajar? Hariz sekarang tidur pun dah tak cari Alya. Dia balik pukul 2-3 pagi.

"Awak tak payah lah keluar lepak lagi. Kan rumah dah ada astro. Buat apa nak tengok bola dekat mamak." ujar Alya esoknya ketika mereka sedang bersarapan.

"Alah! Awak cemburu ke? Dorang tu semua kawan lelaki lah. Takde perempuan pun." jawab Hariz. Lain Alya cakap lain dia jawab ni.

"Saya tak cakap yang tu. Saya cuma nak awak ingat. Bila masa kita nak belajar sama-sama kalau awak asyik keluar malam je. Lepastu balik dua tiga pagi. Stress lah." rajuk Alya. Dia tidak ada mood nak makan tiba-tiba.

"nah awak makan lah. Saya nak susukan Adam." Alya angkat Adam dari high chair lalu beredar masuk bilik. Hariz menjuihkan bibirnya.

"Tak buat salah buat apa nak pujuk." kata Hariz sendiri.

Alya menunggu untuk dipujuk tapi haram tak layan. Rasa nak nangis pun ada. Tapi Alya kuatkan semangat. Selesai susukan Adam, Alya buat-buatlah....

"Awak! Malam ni saya nak tidur rumah Ummi tau."

Alya terkejut bila nampak Hariz sedang main ps3. Takde keinsafan ke nak pujuk. Mamat ni aku tembak kang!

"Buat apa? Dah takde rumah ke?"

"Baik tidur rumah Ummi kalau awak pun tak nak balik sini." selamba Alya perli. Biar dia tahu rasa. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Biar kan!

"Apanya? Saya balik rumah kan!" bentak Hariz. Mula nak marah ni bila Alya cakap benda yang dia tak buat.

"Balik rumah tapi pukul 2 pagi tak ada guna. Adam perlukan perhatian ayah dia." bentak Alya pula. Dah masing-masing kepala batu ni nak buat macam mana ni.

Entah setan mana dah masuk dalam diri Hariz. "Semua benda nak salahkan aku! Aku je punya salah. Aku nak berkawan tak boleh. Kena duduk rumah tengok muka kau je. Fed up kau tahu tak!" bentak Hariz. Adam terkejut. Dia tiba-tiba memuncungkan bibir dan menangis. Alya turut terkejut dan menitiskan airmatanya. Alya terus masuk ke dalam bilik. dan kunci!

Hariz membaling ps3-nya. Dia mengetuk pintu bilik. "Ya! Sorry saya terkasar. Ya. Sayang buka pintu ni sayang." pujuk Hariz mengetuk pintu lagi. Alya menangis di dalam bilik.

"Kaklong. Ambil Alya kaklong." kata Alya di gagang telefon lalu ditutup handphone itu. Dia mengelap airmatanya. Adam dibiarkan di atas katil sementara dia kemas pakaiannya.

"Ya! Sayang. Bukalah pintu. Abang janji abang tak buat lagi." pujuk Hariz terus-terusan mengetuk. Tombol pintu yang berkunci terus-terusan dipulas. Alya dan Adam tak endahkan ketukannya. (dah pakai sayang-abang pulak dah)

"Alya. Why? Kaklong ada depan rumah korang ni." kata Kaklong di gagang telefon.

"Ok Kaklong. Alya dengan Adam turun." jawab Alya lalu menutup handphonenya. Dia menggalas beg-nya yang dikongsi dengan barangan Adam.

Alya membuka pintu bilik. Hariz pandang Alya bersama Adam dengan beg.

"Sayang! Awak nak pergi mana?" Hariz membantutkan langkah Alya. Alya pandang Hariz lalu mengeluh. "Jawapan ada pada awak." jawab Alya. Dia tolak tangan Hariz yang pegang tangannya. Dia terus mencapai flat-nya dan kasut baby Adam.

Dia terus keluar tinggalkan Hariz. Yang pelik Hariz tak kejar tu. Dia hanya pandang Alya pergi. Sebelum naik kereta, Alya ada pandang tangga rumah kedai tersebut kalau-kalau Hariz turun untuk memujuknya tapi hampas kelapa lah. Dia terus masuk ke dalam kereta.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now