Bab 16

35.9K 1.1K 53
                                    

Selesai meletakkan barang di dalam kereta, Hariz masuk ke dalam kereta. Kelihatan Alya sedang menyusukan Adam.

" pergi rumah keluarga angkat kau nak?" Ajak Hariz. Alya terkejut. Dia memandang Hariz.

" nak. Saya rindu papa." Mata Alya berkaca. Sudah sekian lama dia tidak jumpa bapa angkatnya yang menjaga dia. Dia langsung tak tahu kewujudan ibu dan bapa kandungnya.

" Jangan nak leleh sangat. Kita nak pergi ni." Hariz mulakan pemanduannya. Dia pandu kereta dengan berhemah.

***

Puan Mariam masuk ke dalam bilik.

" bang! Kita maafkan jelah Hariz tu. Dia anak kita bang. Baik buruk dia, dia tetap anak kita." pujuk Puan Mariam. Encik Abu tidak mengendahkan pujukan Puan Mariam.

" anak kita ke tu? dah malukan mak bapak dia. Anak kita ke tu? Kita didik dia ke tu?" marah Encik Abu lagi.

" tapi dia anak kita bang. Waris abang dah lahir bang. Cucu sulung kita." Tangis Puan Mariam. Encik Abu menepis tangan Puan Mariam yang mahu pegang bahunya.

" Yam! Yam nak, Yam pergi tapi abang tak nak. Mana abang nak letak muka kawan-kawan abang tahu cucu abang tu anak luar nikah." Encik Abu setia hujung nyawa dengan egonya.

Ternyata Hariz tidak lah seperti dia. Hariz buang egonya untuk anak dia tapi bukan bapanya yang pentingkan kutukan orang berbanding anak sendiri.

***

Hariz mengendong Adam manakala Alya membawa beg Adam. Beg kelengkapan barang Adam emergency.

Alya pun mengetuk pintu rumah bapa angkatnya.

Tukk.tukk.tukk.

Hampir ketukan yang ke-5 masih tiada balasan dari orang. Maka keluarlah salah seorang jiran Alya.

" Alya!" jerit jiran Alya itu. Alya berlari ke arah jirannya itu.

" Cik Ngah!" Alya memeluk Cik Ngah itu.

" mana Alya pergi? Cik Ngah rindu Alya." Cik Ngah mencium dahi Alya.

" Cik Ngah. Papa Alya ada tak? ke dia dah pindah?" Soal Alya. Air muka Cik Ngah serta-merta berubah. " kenapa Cik Ngah mana papa." Alya terus-terusan inginkan jawapan.

" Papa Alya dah meninggal dunia lebih 5 bulan yang lalu." Alya terkejut dan terduduk. Hariz segera berlari ke arah Alya. Adam masih posisinya digendong babanya.

" Alya!" panggil Hariz. Airmata Alya berderai jatuh.

" Papa Alya meninggal sendirian di dalam rumah. Penyakit papa Alya misteri." Cerita Cik Ngah mengurut bahu Alya sambil memandang Hariz dan Adam.

" Papa! Awak papa saya, wak!" Alya memandang Hariz menangis. Sebelah tangan Hariz menarik Alya ke dalam dakapannya. Dia mengurut rambut Alya.

" shh! saya ada. Adam ada." pujuk Hariz lagi. Alya menangis seteruk-teruknya di dalam dakapan Hariz. Semakin pening kepala Hariz nak pujuk bila Adam turut ikut sense ibunya. Dia pun nangis ni.

" Kamu siapa?" tanya Cik Ngah pada Hariz. Hariz memandang Cik Ngah.

" saya suami Alya." ujar Hariz. Terkejut Cik Ngah dengar.

***

" esok teman Ummi pergi rumah Maksu." kata Puan Mariam pada one and only anak perempuan sulungnya. Kaklong yang sedang makan burger di ruang tamu memandang Puan Mariam.

" buat apa, Mi?"

" nak tengok Hariz dengan menantu dan cucu Ummi." jawab Puan Mariam. Kaklong terkejut ternganga.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now