Bab 54

26.2K 982 25
                                    

Seminggu berlalu...

Azrul hanya mengurungkan dirinya di bilik. Dia keluar bilik untuk makan dan mandi lepastu menguncikan dirinya di dalam bilik. Mamanya kesian terhadap anak terunanya tapi apa dia boleh buat. Itu lah yang mama Azrul rasa bila ayah Azrul meninggal kira-kira 2 tahun dahulu

Majlis tahlil arwah sudah selesai 4 hari lalu di rumah Mak Athirah. Ramai orang meratapi pemergian Athirah. Azrul tak pergi ke tahlil arwah.

Aku tak sanggup tengok airmata Mak Athirah. Aku tak sanggup kenang rumah tu. Aku tak sanggup tengok bilik Athirah. itu yang diperkatakan dia bila Aiman, Mirul dan Hariz mengajak. Bila kenangkan balik, banyak memori dalam rumah tu.

Azrul selesai mandi. Dia memakai bajunya. Dia pandang dirinya di cermin. Dia membetulkan rambut yang seminggu tak letak pomade atau pun tak sikat. Eyeball nya hitam. Pipinya cengkung. Mukanya berubah 70 peratus dalam masa seminggu.

Azrul cuba. Dia mempersiapkan dirinya seperti sebelum ni semasa dia mahu keluar dating dengan Athirah. Dia pakai pomade, dia sikat rapi rambutnya.

Dia keluar dari bilik. Kelihatan mamanya sedang menonton tv sendirian.

"Mama! Arul nak ikut Uncle Daddy!" satu ungkapan daripada Azrul supaya dia dapat teruskan hidupnya. Dia tak boleh terus-terusan macam ni.

***

Alya datang ke sekolah seperti biasa walaupun sejak Athirah meninggal seminggu yang lalu, sekolah bercuti 3 hari bagi menghormati arwah Athirah yang dibunuh depan sekolahnya sendiri. Selepas itu, sekolah start seperti biasa semula.

Alya sedih bila Athirah meninggal kerana kalau Hariz lepak dengan kawan-kawannya Athirah lah jadi peneman Alya untuk berbual. Sekarang dah takde!

"Alya. Sini!" panggil Puan Aisyah pada Alya. Alya terkejut tapi dia pergi jelah ikut arahan Puan Aisyah. Bila dia masuk ke dalam pejabat kelihatan Puan Aisyah, Puan Naemah, Cikgu Faiz, Encik Faruk. Mereka memandang Alya. Alya masuk je lah dalam.

Puan Aisyah duduk di sebelah Alya di sofa. "Semasa kejadian haritu, kami cikgu-cikgu nampak awak berpeluk dengan Hariz. Bekas pelajar samseng sekolah ni."

Alya sudah gementar. Dia mula takut. Dia diam tak bersuara.

"Saya nampak awak dengan Hariz berdua-duaan dalam rumah yang awak tulis alamat dekat buku laporan." sampuk Cikgu Faiz. Alya masih diam tunduk.

"Dan Puan Naemah pula pernah nampak awak dan Hariz berpelukan di atas motor. Awak tahu kan batas pergaulan?" cerita Puan Aisyah. Alya mengangguk.

"Jadi kenapa awak berdua-duaan dalam rumah. Itu salah di sisi agama. Awak tahu kan?" Encik Faruk sampuk tegas. Ini kali pertama Alya dimarahinya.

"Awak tahu tak kes pembunuhan tu dah mencemarkan nama sekolah ni. Dan sekarang kes awak yang tak tahu jaga batas pergaulan antara lelaki perempuan boleh mencemarkan lagi nama sekolah ini!" tambah Encik Faruk sungguh tegas. Alya hanya tunduk. Airmatanya bertakung menunggu empangan dibuka sebelum menitis. Alya ni pantang kena marah pasti berjurai-jurai 

"sekarang awak nangis. Nangislah!" marah Encik Faruk. "Sabar cikgu." Cikgu Faiz menenangkan Encik Faruk.

"Tak! Saya tak buat apa salah pun." balas Alya melawan kata Encik Faruk. Dia tak sanggup dituduh sebegitu.

suka hati dia lah nak peluk Hariz pun. Laki dia. Suka hati dia lah nak duduk serumah dengan Hariz pun. Laki dia. Suka hati dia lah nak naik motor dengan Hariz pun. Laki dia.

"awak tak buat salah apa? Awak peluk tu bukan muhrim tau. Kalau takde angin masakan pokok bergoyang." tengking Encik Faruk. Alya menangis berjujuran.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now