Bab 42

28.9K 1K 15
                                    

Adam..Adam..Adam

***

Makan tengahari di rumah, Alya menghidangkan Hariz makanan. Hariz membalas senyuman Alya tanda terima kasih. Adam sudah dengan 'food' nya.

Baru nak suap nasi ke mulut, Tukk tukkk. Assalammualaikum menjelma. Disuruh Alya pergi membuka pintu sementara Hariz mengambil tempat Alya suapkan Adam makan.

"Eh Tasha! Afiq!" jerit Alya dipagar. Alya terkejut terlihat Shah muncul. Shah pandang Alya lalu melontarkan senyuman.

"Sorry weh. Aku lupa. Aku ter-ajak dia. Hariz ada rumah ke?" Bisik Tasha. Alya mengangguk. Tapi takpelah biar dia tahu status Alya nanti tak payahlah dia mengorat Alya lagi dah.

"masuklah. Adam ada dekat dalam tengah makan." kata Alya. Mereka bertiga pun masuk ke dalam rumah. Tasha dan Afiq macam orang batak lah. Teruja nampak rumah bersih.

Langkah mereka terbantut bila Tasha terkejut sebaik terlihat Hariz dan Adam. Adam memandang kawan-kawan Alya pelik. Hariz melontarkan senyuman perkenalan kepada mereka berdua. Tapi senyuman tu hilang bila dia nampak Shah. Shah terkejut sebaik terlihat Hariz di situ. Muncul perasaan syak wasangka dalam dirinya.

"Korang tinggal serumah ke?" soal Shah tak puas hati. Alya pandang Hariz. Hariz sudah tarik muka nampak Shah. Alya mengangguk. Shah terkejut

ouh ni lah mamat tu. Tak sedar diri sibuk masuk rumah aku bisik Hariz.

"Korang duduklah dekat sofa tu dulu. Aku buat air jap." kata Alya. Afiq dan Tasha berjalan lalu duduk di sofa. Beg sekolah diletakkan di lantai.

"Shah! Sini lah." panggil Afiq. Shah terus berjalan ke sebelah Afiq.

"mana korang dapat alamat aku?" teriak Alya dari dapur. "Dari cikgu Faiz. Puas Shah pujuk lepastu baru dia bagi." Tasha perjelas.

Suasana menjadi hening dan terdengar pula Adam yang menunjuk pada Tasha, Afiq dan Shah.

"Ye! tu kawan ibu." Kata Hariz menyuapkan bubur ke dalam mulut Adam. Shah pandang Hariz.

"Hi Adam!" tegur Tasha melambai. Adam mengangkat tangan girang.

Lama otak Shah memproses sebelum dia mendapat tahu bahawa kalau orang tinggal serumah lepastu ada baby lepastu Alya pula dipanggil ibu, berarti Alya lah ibu kepada budak itu dan Alya juga isteri Hariz. Shah tersentak dan seolah-olah tidak menerima takdir. Peluang untuknya kini tertutup rapat. 

"Kitorang sebenarnya saja je nak datang sini yelah kau dah dua hari tak sekolah. Nak call aku pulak takde nombor kau." Tasha memecahkan hening bila Alya ke ruang tamu.

"Ouh. Takdelah ini ha. Adam demam." ujar Alya. "Shah minum tau. Afiq sekali." Ajak Alya. Segera gelak dicapai Afiq yang haus. Diteguk air itu sampai habis.

"Kerja sekolah ada tak harini Shah?" tanya Alya. Shah yang termenung tersentak. Dia memandang Alya.
"ouh kerja sekolah. Jap. Ahhh...Ada. ada." Shah membuka begnya dan menghulurkan buku ke arah Alya 

"Nah! Khas untuk angel cantik depan saya." kata Shah. Berpinar telinga Hariz dengar.

aku hempuk dia ni kang. bengang Hariz.

"Sayang!" panggil Hariz. Alya menoleh pada Hariz begitu juga mereka bertiga memandang Hariz. Alya bangun dan pergi ke arah Hariz. Hariz menghulurkan Adam. (cemburu betul. Tiba-tiba sayang je ni)

"Susu.." Hariz membuat lip sync pada Alya tanda Adam nak susu. Alya blurr.

"Korang boleh tunggu kejap tak?" soal Hariz pada mereka bertiga. Afiq dan Tasha mengangguk. Hariz nampak Shah seperti lost and die. Selalu lost and found sekarang, lost and die. Wajah Hariz gembira. (Hariz yang cakap lost and die. saya tak cakap)

Hariz membawa Alya ke bilik. Boleh pulak dia peluk bahu Alya bawa ke bilik. Alamak! Dia nak buat sweet-sweet pulak. Tasha sudah berkaca matanya.

"Kau ok?" Afiq nampak muka sedih Tasha tu. Tasha mengangguk.

"Aku tahu itu susah tapi try." nasihat Afiq sengaja suaranya dikuatkan agar Shah turut dengar sebab dia memang tahu Shah simpan perasaan dekat Alya.

"Sweetlah awak ni." kata Alya pada Hariz yang tengah menghadap telefon sementara dia sedang menyusukan Adam.

"Jadi sweet pun kau nak persoalkan?" bengang Hariz. Dia dah geram dengan Shah satu hal. Nak jadi sweet pun Alya nak cakap banyak. (alah Alya! Kau mention banyak kali kenapa? Malu lah laki kau.) Alya menjuihkan bibir malas nak layan. Hariz memandang handphonenya. Apa lagi main game-lah. (macam takde kerja lain)

"Handphone tu jelah yang awak pandang. Pergi lah layan kawan saya. Tak sedap lah kalau kita berdua dalam bilik, tetamu dekat luar." ujar Alya menolak handphone Hariz.

Alya selesai menyusukan Adam. Alya keluar dari bilik sementara Hariz tidurkan Adam.

"Wutss." tegur Alya duduk di lantai. Tasha dan Afiq terkejut. Mereka melontarkan senyuman pada Alya.

"Hariz mana?" tanya Afiq meninjau-ninjau ke arah bilik. "tidurkan Adam. Adam demam so dia kena tidur. Sorry lah korang tak boleh nak main dengan dia." kata Alya. Dia pandang Shah yang termenung.

"Shah!"

"ouh yeah. Nah kerja sekolah nota eko." Shah terkejut dari lamunannya terus menghulurkan buku nota Ekonomi miliknya. "ada kerja sekolah apa lagi?"

"Maths dengan Ekonomi jelah." jawab Shah tegas sikit. Suaranya agak berubah dari kebiasaan.

"Eh korang maths dah sampai chapter berapa?" soal Tasha mendekat. Alya pandang Shah suruh jawab. "Quadratic Equations." jawab Shah. Afiq memetik jari.

"sama-sama." Afiq teruja. Dia dah mula perangai patah  tulang dia. Lantas kakinya disepak Shah. Shah membuat reaksi suruh dia jantan balik. Terus dia berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku. Dia berdehem membetulkan tie di lehernya. Dia duduk kembali di sebelah Tasha. Tasha berkerut pandang Afiq semacam je.

Sesungguh Shah juga tahu bahawa Afiq nak berubah jadi keras untuk tarik hati Tasha jadi Shah tolong dia. Itu yang bila Afiq terencat sikit tu, Shah betulkan terencat dia tu.

"Tapi weh. Aduhh! Aku paling benci quadratic. Dia mencabar otak aku. Puan Zainab ajar tadi, sekarang aku dah lupa." cerita Tasha gempak. Kemain kuat dia cerita.

"Haah. Memang susah sikit lah. Even aku forget already." sampuk Shah pula. Tasha mengangguk mengiyakan kata-kata Shah. Afiq pula diam. (Jantan sebenar tak banyak cakap- Shah)

"Aku pun mereng. Jap.." Alya dapat idea. Jadi dia pun...

"Awak!" jerit Alya. Shah berkerut.

panggil mamat tu pulak kenapa bisik Shah. Tasha saling berpandangan dengan Afiq.

Tak lama kemudian, Hariz keluar dari bilik. Dia memandang Alya bagi tanda 'nak apa?' Alya melambai Hariz suruh datang dekat padanya. Hariz ikutkan aje!

"Ni ha! Awak gaduh dengan saya haritu kan pasal bab ni. Sekarang awak ajar kitorang bab ni. Sebab otak saya dah melayang. Otak awak je fresh sekarang ni." kata Alya tangannya memeluk bahu Hariz duduk di sebelahnya. Hariz membelek buku tersebut. "Tolong kitorang eh?" Alya buat suara manja. Kalau tak kerana Tasha pernah suka suaminya, dah lebih dia buat tu. Haha!

Hariz buat senyuman kelat. Dia membelek buku teks mathematics form 4 tu 2 minit je. Lepastu "ok. Tapi upah?" Hariz pandang mereka satu persatu.

"Mintaklah bini kau." Kata Afiq. Tasha terbatuk, Shah berdehem. Hariz pandang Shah. Dah ada idea nakal.

"Tonight!" bisik Hariz senyum pada Alya. Sengaja bisikan itu dikuatkan. Alya pandang Hariz. Dia dah start geli. Sempat Hariz mengenyitkan mata.

"cepatlah adoi." seloroh Afiq bila nampak airmuka Shah berubah. Tasha buat muka biasa. Dia try tu!

Hariz pandang mereka. Dia pun start ajar macam mana terjadinya nombor itu dan itu. Mereka semua leka mendengar.

*anotherupdate

*pandai juga Hariz ni math kan.

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now