Bab 75

31.3K 966 12
                                    

Mereka selesai sarapan. Alya pandang Hariz tersenyum-senyum macam kerang busuk! Hariz jadi malu pulak. Menyesal dia ikut kata hati suruh peluk Alya. Dah jadi satu hal dia nak berdepan dengan Alya. Confirm Alya bahan nanti. Alya pun boleh tahan sekarang, maklumlah sejak tinggal dengan Hariz ni, sifat dan perangai dia berubah. Suara dari lembut jadi kuat.  Dari Tak suka membahan terus jadi suka membahan.

"Jangan pandang macam tu boleh tak?" Hariz fed up. Alya buat-buatlah layan Adam makan. "siapa pandang dia?" Alua persoalkan padahal obviously dia pandang.

"siap cepat. Kita pergi rumah Ummi." kata Hariz. Hariz terus beredar dari situ sambil tangannya sempat picit pipi Alya.
"aww. sakitlah." marah Alya pandang Hariz geram. Hariz kelip mata pada Alya.
****

"hah?" terkejut beruk Hariz dan Alya dengar penjelasan dari Puan Mariam. Adam yang sedang duduk di riba Hariz layan dia punya lagu baby shark tak habis-habis dongak pandang babanya pelik.

"Cepatnya." kata Hariz pendek.

"Iyelah. Kau nak suruh kakak kau ni andartu ke, Riz? Sudah tiba masanya dia kena kahwin." ulas Puan Mariam. Alya pandang Kaklong. "Cikgu Faiz ke kak?"

"Aah." Kaklong pula jawab. "Alya kenal? Cikgu Faiz tu ke?"

"Ummi yang ummi kata handsome dengan bersopan tu lah mi. Yang first-first Ummi kata Ummi nak jodohkan dengan Kaklong tu." kata Alya. Puan Mariam berkerut lama. Sebelum dia buka mulut besar ternganga dan keluarkan bunyi. "Aaaaaaaahhhhhhhhhh" panjang nau Ah Puan Mariam tu.

"Cikgu hot tu ke?" Puan Mariam tanya ingin kepastian. Alya pandang Hariz sebelum mengangguk. Ni confirm jealous ni kalau Alya kata orang selain dia handsome ni. (alamak asal cikgu hot pula dipanggil)

"Ummi kenal Faiz sebelum Kaklong?" Kaklong pandang Puan Mariam. Puan Mariam menggaru kepalanya yang tak gatal. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya.

"Kenal macam tu je. Dia cikgu Alya kan?" balas Puan Mariam. Kaklong mengangguk malas nak tanya details. Alya mengangguk tapi teragak-agak kerana terkenangkan Hariz yang dah tarik muka. (aduh perasaan jealous Hariz asyik muncul je)

"Ummi..." Baru Puan Mariam nak berkata sesuatu, Bunyi ketukan pintu menyampuk mereka. Serentak semua pandang ke pintu. Kaklong berlari ke pintu memandangkan dia paling dekat dengan pintu.

"Assalammualaikum." ucap suara yang Alya cukup kenal setiap pagi 'dah siap kerja sekolah add math saya?'

"Waalaikumsalam." jawab Kaklong dengan suara gediknya. Kaklong tersengih di depan pintu. Lalu Cikgu Faiz atau lebih komersial Faiz saja masuk ke dalam rumah dengan berbaju kemeja lipat paras bawah lengan je. (tak nak tunjuk tangan putih takde parut dia tu)

Hariz pandang Alya, Alya pandang Faiz tak berkelip kerana penampilan dirinya yang lain dari selalu seperti di sekolah. Dekat sekolah pakai songkok dekat sini rambut tajam. Hariz cucuk perut Alya membuatkan Alya terkejut. Alya pegang perutnya sakit.

"Siapa tu? Bukan main tak berkelip pandang." Bisik Hariz yang terdapat unsur cemburu disitu. Alya pandang Hariz dan tarik tangan Hariz. Hariz terkejut rupanya nak salam Faiz yang dari tadi hulur tangan. Hariz membalas.

"Anak ke?" tanya Faiz sebaik duduk di sofa selepas dipelawa. "eh takdelah. Ini anak dia. Baru lepas kutip tepi jalan." kutuk Hariz. Pantas Alya mencubit lengan Hariz. Hariz mengaduh sakit. Gelagat mereka ditertawakan Faiz yang memerhati.

"I naik atas change my dress. And turun ok?" kata Kaklong atau komersialnya Hani jelah. Faiz mengangguk dan memerhati lenggok badan Hani menaiki tangga. Hariz perasan lalu berdehem. Faiz pandang Hariz berkerut.

"Faiz jadi cikgu apa dekat sekolah Alya?" tak hilang-hilang lagi senyuman terukir di bibir Puan Mariam bila dapat tahu Cikgu Hot yang dia memang nak jadikan menantu akan jadi menantunya.

Kerana Adam IskandarWhere stories live. Discover now