"Heh, kau takkan mampu tahan serangan kali ini. Rasakan!!!"

Kilat merah laju menerkam ke arah Hafiz yang segera membuka perisai kaca biru miliknya. Arus elektrik terlalu kuat mula meretakkan perisai yang melindungi Hafiz. Hafiz mula panik.

"Urgh. Aku tak boleh bertahan dah."

Bisik Hafiz berkerut dahi masih cuba memperkuatkan pertahanan perisainya.

"Hahahaha!!"

Makin menggila ketawa Imran. Serangannya masih galak menghentam perisai kristal Hafiz yang semakin retak seribu.

Tiba-tiba bahu Hafiz disentuh perlahan, Hafiz menoleh, melihatkan Hana yang serius memandang wajahnya.

"Hana? Kau buat apa dekat sini? Lari!!"

Arah Hafiz takut akan perisainya yang tidak dapat bertahan dan akan mencederakan mereka berdua. Hana hanya diam, dia memandang ke arah Imran yang masih tidak perasan akan kehadirannya untuk membantu Hafiz.

"Let go."

"Huh?!"

Pelik Hafiz, gilakah Hana menyuruhnya mematikan perisai yang sedang menahan serangan membunuh itu?

"Just let go. Trust me."

Hafiz menelan air liur. Mula tidak pasti dengan siapa yang perlu dia takuti sekarang. Imran yang sedang menggila atau Hana yang pandangan matanya terlalu dingin.

"Hafiz!"

Hafiz mengangguk tanda dia bersedia. Hana mengeluarkan pedang merah kepunyaannya lalu berdiri dihadapan Hafiz untuk menyambut serangan tadi. Pedangnya didepakan lalu dibawa serong ke depan. Hafiz menurunkan tangannya lalu pecah perisai biru yang melindungi mereka. Kilat merah pantas berlaga dengan pedang Hana. Hafiz terduduk penat. Kaki Hana tertolak sedikit kebelakang kerana kuatnya serangan Imran.

Imran yang galak ketawa serta merta senyap. Mukanya berubah sedikit. Bibirnya diketap. Tangannya segera bersedia dengan belati panjang yang boleh disarungkan pada jarinya bagi mempertahankan diri. Mungkin inilah yang diperkatakan oleh Professor Arhan.

Panahan Imran berjaya ditahan. Saki baki kilat masih melingkari pada pedang Hana. Gadis itu memandang tajam pada Imran yang mula berubah muka. Tawa yang menjengkelkan tadi hilang serta merta.

Hana sepantas kilat menyerang Imran. Bunyi besi berlaga kuat tatkala mata pedang Hana bertemu dengan belati milik Imran. Kedua mereka tercampak jauh. Imran sudah tentu tidak mahu kalah lebih-lebih lagi jika lawannya seorang perempuan. Diaktifkan arus elektrik merah menyelaputi belati yang berada ditangannya lalu kembali laju menyerang Hana.

Kchinggggg!!!!

Hana menahan serangan tersebut supaya arus elektrik merah itu tidak mengenainya. Wajah Hana masih serius. Kaki kanannya menendang perut Imran. Menolak lelaki itu jatuh bergolek jauh ke belakang.

Imran bangun. Meskipun perutnya terasa senak yang amat. Namun dia tidak boleh kalah.

"Hehehe. Hahahaha!!"

Kuat ketawa Imran memecahkan keadaan tegang itu. Tangan kanannya menepuk dahi beberapa kali. Gayanya seperti orang hilang akal.

"Kau memang kuat macam apa yang Prof Arhan cakap. Hebat!!"

Katanya menepuk tangan. Tawanya masih bersisa. Hafiz berdiri memerhati perlawanan sekejap yang ternyata lebih hebat itu.

"Dia ni memang gila."

Bisik Hafiz sendiri. Namun kemudian Imran berhenti ketawa. Dia tersenyum sinis.

"I'm going to be the one who kill you and your idiot friends."

Hana bersedia. Pedang merahnya digenggam erat. Kilat merah Imran muncul semula. Membaluti belati tajamnya. Kemudian dia laju menerpa ke arah Hana. Kuasa yang ada pada dirinya akan digunakan sepenuhnya. Arahan Professor Arhan akan diabaikan. Sesungguhnya dia tidak pernah merasai kekuatan seperti itu. Seolah-olah dunia ini bakal menjadi miliknya.

Kachingggggg!!! Kachinggggg!!!

Berlaga-laga bilah pedang milik Hana bertemu belati tajam Imran. Setiap serangan demi serangan berjaya dielak serta ditepis. Tepat dan pantas.

"Hana!"

Suara yang sama memanggil gadis itu lagi. Mengganggu fokus Hana untuk seketika dan berjaya membuka ruang keemasan buat Imran. Satu tumbukan padu bervoltan tinggi berjaya menghentam Hana menyebabkan gadis itu laju tercampak ke belakang. Pedang merahnya terlepas dari genggaman.

Booommmmm!!!!

Hana tertiarap kesakitan. Sisa elektrik merah masih membelit tubuh gadis itu. Lelaki itu benar-benar menggunakan sepenuh kuasanya. Imran pula mengutip pedang Hana yang berada dilantai. Dia meneliti struktur pedang Hana dengan wajah yang sangat teruja.

"Cantik. Tajam. Aku suka betul dengan pedang ni. Hmm. Kau pernah dengar istilah senjata makan tuan?"

Sinis senyuman Imran memandang ke arah Hana yang perlahan bangun melawan segala rasa sakit.

"Aku perlu bawa kau pulang. Hidup atau mati."

Pantas Imran menyerang Hana bersama pedang milik gadis itu. Wajah Imran tersenyum gila mendekat dalam masa yang singkat. Tubuh Hana yang masih kebas semestinya tidak dapat mengelakkan diri.

Darah pekat memercik mengenai wajah Hana. Dia terpempan. Pedangnya menembusi terus tubuh Hafiz yang menjadi perisainya. Kedua tangan lelaki itu juga berdarah menahan pedang Hana daripada pergi lebih jauh.

"Hiyarghhh!!!!!"

Berang Hafiz menjatuhkan kilat birunya dari langit. Seperti bilah-bilah besi tajam menembusi tubuh Imran yang tidak sempat berbuat apa-apa. Imran lantas rebah tidak bernyawa.

"Why?"

Kata Hana separuh berbisik. Hafiz tersenyum bangga meskipun badannya dicucuk rasa sakit yang amat. Dia jatuh melutut.

"Kau kan kawan aku."

Bulat mata Hana mendengar kata-kata yang tidak pernah didengari sebelum ini. Lelaki itu tersenyum sebelum dia batuk memuntahkan darah yang banyak. Dia langsung rebah menyembah bumi.

***












//--- Nota Penulis --//

Haii, thank you so much pada yang sudi letak story ni dalam reading list. Sedar tak sedar, Noxious dah cecah 9.15k read. OMG 👏🏻👏🏻👏🏻 thank you readers sekalian. Walaupun Noxious slow update, sebab I terlalu busy dengan work life, tp support korang tetap ada. Thank you so much. Btw I ada ambil kelas bahasa Jepun. And lagi 2 minggu kelas tu nak tamat. Macam sedih pula. Tapi I dah boleh faham bahasa Jepun. Hahahaha. So ada tak readers yang ambil kelas bahasa jugak?? Share with me!! I wanna know bahasa apa yang korang ambil. Okay gais, kena gerak nie. Tunggu sambungan nanti ye? Don't forget to vote and comment! 💃🏻🎉

-lots of love, eiffelynne ❤️

NOXIOUSWhere stories live. Discover now