Pintu kaca terbuka luas, menampakkan Hana dan Miss Amal berjalan masuk ke arah mereka. Hana memandang mereka semua dengan pandangan pelik.

"Okay, Hana. Here's the thing."

Professor Ammar memulakan kata sebaik sahaja Hana berdiri disebelah Hafiz. Pandangan serius dilontarkan pada Hana dan yang lain.

"Mulai hari ini, Hana akan jadi sebahagian dari kamu semua. Hana, saya harap awak mula belajar cara yang betul untuk gunakan kuasa awak. Dan menjadi tanggungjawab kamu berempat untuk melindungi Hana dari apa-apa bahaya."

Azra tersenyum gembira. Iqbal sedikit berkerut dahi menerima arahan tersebut. Arman cuma bersahaja. Hafiz pula menepuk perlahan bahu Hana lalu mengangkat ibu jarinya tanda isyarat bagus.

"Jika benar lelaki itu utusan Professor Arhan. Kita semua dalam bahaya sekarang. Lebih-lebih lagi batu Amordite."

Miss Amal menyerahkan tablet kacanya kepada Professor Ammar. Di belek beberapa ketika lalu memberi arahan untuk mereka semua supaya bersurai.

Masing-masing melangkah keluar dari ruang pejabat itu. Arman melangkah lebih hadapan daripada mereka lalu berpaling.

"Hana dengan Hafiz on watch malam ni. Aku dengan Azra ada test. Habis test aku join. Iqbal guard tempat biasa. Okay?"

Hafiz memgangguk lalu tersenyum nakal ke arah Hana.

"Hafiz! Jangan macam-macam ye?"

Pesan Azra menjeling tajam. Hafiz ketawa kecil.

"Mana ada. Akan ku jaga Hana sepenuh hati. Hahaha. Hana, nanti kita pergi makan dulu okay? Iqbal belanja."

Balas Hafiz ceria bersahaja. Hana cuma mengangguk. Iqbal berjalan membelah pandangan mereka berdua. Segera dia berlalu pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Hafiz dan Hana cuma tertawa kecil.

***

Pintu kaca hitam bilik Haziq terbuka luas. Memunculkan Awina itu disebaliknya.

"Arghhhh!!!"

Jeritan itu mematikan lamunan Awina. Pantas dia mengangkat wajahnya. Melihatkan Professor Arhan sedang menekan luka yang ada pada Haziq.

"What is this, Awina?"

Tanya lelaki itu tidak langsung memandang ke arahnya. Tangannya masih kekal memegang bahu Haziq. Haziq berpeluh menahan sakit. Lukanya juga pasti terbuka setelah ditekan sebegitu.

"Aku tanya ni. Apa dah jadi Awina?!"

Tinggi nada yang bertanya. Dia mula memandang tajam ke arah Awina.

"Bukan salah Awina! Saya yang salah. Tak berhati-hati masa memerhatikan mereka semua."

"Shut up!"

Terus terdiam Haziq dengan herdikan keras itu. Professor Arhan berjalan ke arah meja bulat berhampiran dan terus mencapai tisu yang tersedia lalu mengelap sisa darah merah yang ada di jarinya.

Awina juga membisu. Sangkanya dia sempat menyembunyikan luka Haziq, tapi Professor Arhan telah tahu terlebih dahulu. Pasti Dr Asma yang memberitahunya.

Professor Arhan datang mendekat. Dia menunduk sedikit memandang Awina yang pucat. Tangan kanannya diangkat lalu diletakkan di atas kepala Awina. Awina terkaku sendiri. Bulat mata Haziq melihatkan kelakuan Professor Arhan. Kelam kabut segera dia bangun lalu memaut kaki lelaki itu.

"Jangan! Tolong jangan buat macam tu lagi dekat Awina."

"Shhhhh..."

Jari telunjuknya diletakkan dibibir. Menyuruh Haziq supaya diam. Namun Haziq masih gigih merayu.

"Please. Please don't do that. Its my fault. My fault. Not her."

Professor Arhan memandang kosong ke arah Haziq yang bersungguh merayu demi kakak kembarnya. Dia menjeling sedikit menyampah. Jari-jemarinya dilurutkan ke rambut hitam milik Awina lalu diselak ke belakang telinga gadis itu.

"You better not let this thing happen again, my precious child."

Professor Arhan melangkah pergi setelah berkata sedemikian. Lutut Awina lemah ketakutan. Langsung dia terduduk lesu disitu. Haziq segera memeluk erat Awina yang sudah mengalirkan air mata.

"I'm sorry."

Bisiknya membenamkan muka dibahu kecil Awina.

***

"Nanti Awina."

Panggil Arman berlari ke arah gadis itu. Awina menoleh.

"Ada apa sebenarnya?"

Tanya Arman sejurus selepas dia sampai didepan Awina.

"Nothing. Aku ingat kau sorang aje ada dekat situ. So nak minta kau ajar cara untuk menembak dengan kadar angin yang ada."

"Kau nak buat outdoor ke?"

"Untuk kejohanan lagi dua minggu nanti Sir Zahar minta aku wakilkan outdoor sebab tak ada lagi orang yang boleh ganti tempat senior kita dulu tu."

"Oh. Kita tukar tempat. Kau ambil indoor, aku boleh buat outdoor. Nanti aku bagitahu Sir Zahar."

"Eh, tak pe. Aku dah cakap aku yang jadi wakil nanti. Kau teruskan aje untuk indoor. Esok aku datang balik. Aku ada hal sikit. Baru teringat. Hahaha."

"Hm. Okay."

"Pergi dulu."

Awina berpaling. Kakinya melangkah berlalu pergi.

Prakk

Bunyi dahan dipijak segera membuatkan Arhan menoleh. Awina juga menghentikan langkahnya.

"Siapa tu?"

Tanya Arman sedikit tinggi nadanya. Perlahan Awina menoleh. Debar terasa. Aura itu dikenalinya. Arman melangkah perlahan ke arah pokok besar yang berhampiran.

"Arman!!"

Jeritan Awina menyebabkan Arman menoleh ke arah gadis itu. Memberi peluang untuk orang yang bersembunyi itu melarikan diri.

"Ceh."

Arman membiarkan Awina. Segera dia mengejar lelaki berjaket hood coklat kehitaman. Aura yang sama waktu Iqbal menyelamatkan Hana dari berlawan dengannya.

Laju langkah kaki lelaki itu menuju ke arah pusat latihan menembak. Arman cuba mengejar rapat. Dia tidak boleh melepaskan lelaki itu. Semestinya Azra bakal menjadi mangsa nanti. Lelaki tadi berlari masuk menghempaskan pintu.

Bamm!!!!!

"Azra!!!!!"

Segera Arman menjerit memberi amaran kepada Azra yang sedang terleka. Azra pantas menoleh dengan sepucuk pistol ditangannya.

"Shoot!!"

Arah Arman apabila Azra seperti bersedia mengacukan senjata tepat ke lelaki itu.

Bangggg!!!!

Namun lelaki itu hilang seperti kabus sebaik sahaja peluru itu tepat terbenam dibahunya.

***

//--- Nota Penulis --//

Hai guys! I was thinking about nak buat 1 lagi book untuk story review. 🌹 Story yang korang buat I akan baca and letakkan dalam buku ni untuk recomendation orang lain. Apa pendapat you guys? Should I or shouldn't I? 🙏🏻😣 Btw sesiapa nak request simple book cover boleh dm okay. Upah dia simple aje. 👌🏻✨ thank you sudi baca Noxious. I terharu sangat-sangat 😭💞

-lots of love, eiffelynne.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now