Hafiz menepuk bahu Iqbal yang masih terkaku disitu. Seketika tadi, satu perasaan yang pernah dilalui menjelma kembali. Iqbal yakin, dia orang yang sama.

***

Banggg!! Banggg!! Banggg!!

Tepat peluru menghentam sasaran sejauh 50 meter. Ditekan satu butang pada skrin kaca yang menunjukkan gambar sasaran lalu dibawa mendekati Arman. Pistol yang dipegang diletak perlahan. Pelindung telinganya diturunkan, kemudian kaca mata jernih dibuka lalu tangannya mencapai kertas sasaran.

"Ceh."

Decit Arman melihatkan kertas itu.

"You missed."

Sahut Azra tiba-tiba muncul dari belakang. Arman segera menoleh. Diletakkan kertas itu tadi diatas meja. Sasarannya terlepas hanya beberapa milimeter dari tembakan tepat ditengah. Mungkin saja Arman tidak fokus tika itu.

"Hm. Tak ada latihan?"

Tanya Arman meleraikan pelindung telinga yang berada dilehernya lalu diletakkan diatas meja. Azra menggeleng.

"I was on my way to visit Hana. Tapi singgah sini kejap. Nak ikut?"

Pelawa Azra sambil tangannya mencapai pelindung telinga itu lalu terus dipakai.

"Arman. Aku nak try shoot. Mungkin tak sama dengan memanah tapi aku nak cuba. Boleh tak?"

Dari Arman sedikit berkerut mendengar permintaan Azra. Dia menoleh memerhatikan keadaan sekeliling. Bimbang kalau-kalau ada yang memerhatikan mereka. Mujur petang itu hanya dia sahaja yang membuang peluru. Arman mencapai cermin mata lutsinar yang dipakai tadi lalu terus dihulurkan pada Azra. Wajah Azra serta-merta berubah ceria.

"Just 3 shots!"

Ucap Arman menyerahkan senjata latihan itu kepada Azra. Dia kemudiannya menggantungkan kertas baru, lalu dihantar sejauh 50 meter ke belakang.

"Sama macam memanah aje kan?"

Sengih Azra mula mengacukan pistol yabg ada ditangannya.

"Nope. Memanah tak perlukan pelindung telinga."

Arman memperbetulkan pelindung telinga di kepala Azra bagi menahan kekuatan bunyi letupan nanti.

"And posisi berdiri tetap sama ketika anak panah dilepaskan. Tapi untuk menembak, posisi berdiri akan berganjak jika tak bersedia. Kekuatan tangan juga dikira. Jangan stresskan tangan."

Arman memperbetulkan kedudukan tangan Azra. Azra hanya diam menurut segala arahan tangan Arman.

"Target. And.."

Banggg!!

"Good."

Jatuh satu kelonsong peluru. Azra tersenyum bangga meskipun sasarannya tidak tepat mengena.

"Well done."

Muncul satu suara mematikan senyuman Azra segera mereka berdua menoleh.

"Yes, Awina?"

Tanya Arman sedikit terganggu dengan kehadiran Awina. Azra melangkah mendekati gadis itu.

"Kau roomate Hana kan?"

Arman memandang Azra lalu dialihkan ke arah Awina.

"Yup. Arman tak nak kenalkan aku ke?"

Ada nada sinis disebalik senyuman yang Awina berikan.

"Azra, ini Awina. Naib pengerusi kelab menembak. Penolong aku. Awina, ini Azra. Kawan sekelas."

"Kawan sekelas aje?"

Balas Awina sambil menghulur tangan lalu bersalaman dengan Azra. Azra hanya tersenyum. Arman tidak menyahut, dia hanya membiarkan pertanyaan Awina berlalu.

"Aku ingat kau sorang aje ade kat sini tadi. But its okay then. I better get going."

Awina berpaling melangkah pergi. Melambai dengan tangan kanannya.

"Nanti Awina."

Arman mengejar Awina yang sudah keluar dari pintu masuk. Meninggalkan Azra sendiri yang mencapai pistol latihan tadi.

Banggg!!

Satu lagi kelongsong peluru jatuh berdenting ke lantai. Azra masih fokus. Matanya dikecilkan untuk sasaran tepat ditengah.

Bamm!!!!!

"Azra!!!!!"

Pantas Azra menoleh kerana jeritan Arman yang berlari masuk mengejar seseorang yang memakai jaket hoodie hitam kecoklatan. Azra pantas mengacukan pistol ke arah susuk yang dilihat seperti seorang remaja lelaki.

"Shoot!!!"

"Oculus."

Bangggg!!!

Pantas peluru tadi mengenai sasarannya pada bahagian bahu kanan. Namun dia hilang lesap seperti kabus setelah mengatakan kata-kata magis itu. Kelonsong terakhir jatuh bergolek ke arah titis darah merah yang bersepah dilantai.

"Who the hell was that?!"

"Kau okay?"

Tanya Arman sebaik sahaja langkahnya sampai pada Azra. Azra mengangguk laju.

"Siapa tadi tu?"

Azra bertanya lagi. Namun Arman hanya menjawab dengan gelengan kepala. Tangannya pantas mengambil semua pistol latihan tadi bersama dengan peralatan lain lalu disimpan kemas. Kertas pemarkahan Azra digulung lalu diikat dengan getah.

"Kita kena laporkan pada HQ."

Arman dan Azra pantas menyusun tapak ke arah HQ. Begitu juga dengan Iqbal dan Hafiz.

***

NOXIOUSWhere stories live. Discover now