"Ready?"

Hana memberanikan diri mengangguk. Sepantas kilat pergerakan mereka melonjak naik menuju ke menara air yang paling tinggi dikampus itu. Hana teruja. Hilang terus perasaan takut diganti dengan perasaan seronok yang tidak dapat difahami. Angin sejuk menampar lembut pipi mulus itu ketika dirinya terbang laju ke atas. Dilihat Arman, Hafiz dan Iqbal sedang menunggu ketibaan mereka.

Perlahan kaki Hana mencecah lantai bumbung. Tingginya tidak tergambar. Pemandangan dibawah meliputi seluruh kawasan kampus. Jelas dan menakjubkan. Malam itu dingin ditemani bulan terang bercahaya.

"Hana! Sini!"

Panggil Azra dek kerana Hana terlampau leka dengan panorama baru buatnya. Gadis itu menoleh dengan pandangan yang masih teruja lalu segera ke arah mereka.

"Hai Hana."

Ramah teguran Hafiz sebaik sahaja Hana mendekati mereka. Hana hanya tersenyum mengangkat tangannya, membalas sapaan Hafiz.

"So?"

Azra menepuk bahu Arman sebaik sahaja keadaan mula sunyi.

"Hana? Boleh tak kalau aku nak tanya sesuatu?"

"Pasal kejadian malam tu?"

Arman menganngguk. Azra dan Hafiz terus duduk bersila diatas lantai tangki air tersebut. Melihatkan Azra dan Hafiz sudah duduk ingin mendengar cerita, Hana terus menyertai mereka berdua, sekali gus memaksa Amran dan Iqbal untuk turut serta duduk ala-ala berpiknik.

"Well, I don't really know you guys. Tapi aku pernah fight dengan korang. And most of it aku ingat."

"Most of it?"

Tanya Iqbal memandang ke arah Hana. Hana menggangguk sebelum kembali bersuara.

"Yang lain tu masih samar. Aku tak berapa ingat. Untuk kejadian malam tu, lepas Azra dan Hafiz padam memori aku, badan aku letih teramat sangat. So aku decide untuk balik kolej and go to sleep. My roomate, Awina. Dia bagi aku makan panadol sebelum aku tidur. Then aku langsung tak ingat apa-apa. Aku terus tidur sampailah my dad, wake me up dekat tasik which I couldn't quite remember about it."

"Apa yang salah?"

Tanya Hafiz sendiri melihat tangannya. Terasa dia yang tersalah menggunakan kuasanya.

"Wait. Kau cakap kau makan panadol?"

Tanya Azra. Mukanya sedikit serius memandang Hana. Hana mengangguk laju.

"Kau tahu kan, drugs never work on us. Kita tak pernah jatuh sakit demam atau apa-apalah. We have magic inside us. Normal kes takkan terjadi pada kita."

Terang Azra.

"Wait, no! Awina is just a normal human being. Dia tak tahu apa-apa pasal aku. She's innocent."

Segera Hana membantah. Mempertahankan satu-satunya sahabat yang dia ada.

"No. Tak tuduh pun. Just a piece of information. Sorry, Hana."

Hana hanya menggeleng perlahan. Senyuman diberi tanda dia tidak marahkan Azra.

"Jadi sebenarnya, korang semua ni siapa ea?"

Tanya Hana. Memandang setiap seorang dari mereka. Arman menarik nafas dalam sebelum menjawab pertanyaan Hana.

"30 tahun yang lalu, arkeologis negara terjumpa satu permata merah yang jarang ada dalam dunia ni. Tapi mereka tak dapat nak keluarkan permata tu dari bumi. Jadi mereka gali dengan lebih dalam lagi. They found the black diamond named Serendibite bercantum dengan permata merah yang nama asalnya Red Beryl ni tadi. Disebabkan permata yang paling jarang ditemui tu dah ada didepan mata, masing-masing jadi tamak. Both ada value yang sangat tinggi."

"Hanya kerana berlian tu?"

Hana memotong cerita Arman. Jejaka itu menggeleng, lalu meneruskan ceritanya.

"It is not just a valuable diamond. That Serendibite and Red Beryl sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa. They couldn't touch the Serendibite as it'll burn them to ashes. Tapi kalau Serendibite tu left untouch, Red Beryl takkan berjaya dikeluarkan. But one day, someone named Arhan turned the table around. He was Prof Hasif's best friend. Your dad."

"Uncle Arhan?"

"Yes, Hana."

Celahan Prof. Asyraf mematikan segala penceritaan. Masing-masing menoleh. Kelihatan Prof. Asyraf berjalan ke arah Hana. Mengusap lembut rambut anak gadisnya, memandangnya penuh kasih dan sayang. Kemudian dia mengalihkan matanya kearah mereka semua. Tekad dalam hatinya.

"This is the one of true story which none of you knows about it."

***














//--- Nota Penulis --//

I am so sorry as I've been MIA for these two weeks, I've been busy with my work and stuffs and couldn't escape from it. Sorry sangat, still busy lagi but I could make some time writing this story. Hope you guys enjoys it. 🙏🏻💐✨

-lots of love, eiffelynne.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now