Bab 4

1 0 0
                                    

Sebaik sahaja otak dapat memproses suara yang didengar, Kak Nurin terus sahaja menjerit. "Flo? Flora? Is it you?!"

Flora yang tidak dapat menahan gelaknya terus menghamburkan tawanya di situ.

"You know me well, Kak Nurin." Flora menggeleng kecil.

"Of course i am! Ish budak ni!"

"Papa ada, kak? Flo nak jumpa dia tapi lupa pula office papa di tingkat berapa jadi sebab itu singgah receptionist tanya office di mana tapi.. banyak pula tanya." Flora menggaru kepalanya. Dia sebenarnya tidak berapa suka akan hal itu.

"Ha, tu lah! Lama sangat tak datang sini kan. Flo naik je tingkat atas sekali, 25. Nanti Akak tunggu depan lif. Naik lif VVIP je." Dalam bebelannya, turut terselit jawapan yang Flora inginkan.

Flora tersenyum suka. Akhirnya! "Alright kak, thankyou."

Usai panggilan ditamatkan, Flora memberikan kembali telefok itu kepada pekerja di situ. "Here is it. Thankyou very much."

"Alright no problem. It's my pleasure anyway." Receptionist itu tersenyum manis.

Flora kemudian terus melangkah ke arah lif yang bersusun di satu sudut di situ. Dilihat kesemua lampu merah yang berada di atas lif menyala menunjukkan lif itu sedang bergerak. Manakala lif VVIP pula menunjukkan lampu bewarna hijau menandakan ia tidak bergerak.

Lalu dengan laju kaki melangkah masuk dalam lif itu. Tangan masih elok memang paperbag yang berisi makanan. Dia kemudian menekan button nombor 25 seperti yang dinyatakan oleh Kak Nurin.

Setibanya Flora di tingkat 25 itu, pintu lif terus terbuka.

Dan muncullah..

"Flora!" sergahnya lalu badan Flora terus ditarik masuk ke dalam pelukannya.

Ya, Kak Nurin.

"Flo sihat?" tanya Kak Nurin seraya melepaskan pelukan.

"Sihat alhamdulillah kak." Flora tersenyum.

"Akak sihat?" Soalan ditujukan kembali. Mereka kini sedang berjalan menuju ke arah meja Kak Nurin.

"Sihat alhamdulillah." Giliran Kak Nurin pula membalas.

"Papa tengah buat apa?" Flora berdiri di hadapan meja kerja Kak Nurin seraya cuba mengintai bilik papanya yang berada tidak jauh daripada meja itu.

"Dato' ada jumpa Tan Sri dalam bilik dia. Kalau Flo nak masuk, masuk je." Beritahu Kak Nurin. Dia kemudian mengambil tempatnya di atas kerusi.

"Oh.. takpelah, Flo tunggu sampai habis je lah. Takut mengganggu pula." Flora lebih rela menunggu daripada menganggu papanya.

"Eh tak. Dato' kata bukan meeting penting pun. So kalau ada apa-apa hal, masuk je katanya." Jelas Kak Nurin lagi.

"Ye ke?" Flora masih curiga namun apabila mendapat anggukan yang sungguh bersungguh itu daripada Kak Nurin, maka dia hanya menurut.

"Okay lah kalau macam tu.." Belum sempat Flora ingin berpusing ke belakang, tiba-tiba badannya bertembung dengan sesorang.

"Auch!" Flora mendesis kesakitan. Sakit mat kena tempuh dengan batu. Eh, batu ke? Sebab badan dia ni keras semacam je.

Disebabkan itu juga, badan Flora yang kecil itu tidak stabil. Hampir sahaja jatuh namun mujur ada tangan yang memegang lengannya yang berlapikkan baju itu. Paperbag yang dipegang tadi pula sudah jatuh mencium lantai. Nasib baik bekas tertutup. Kalau tak, memang habis.

Apabila melihat Flora sudah stabil, maka tangan yang memegang lengan Flora tadi dilepaskan. Dia mengambil paperbag yang jatuh itu lalu menyerahkan  ia semula kepada Flora.

Bunga Sofiea (OG)Onde histórias criam vida. Descubra agora