Bab 15

6 1 0
                                    

Pagi ini, pagi yang sungguh tenang. Burung berkicauan, angin pagi menerjah masuk ke dalam biliknya. Cis, ayat!

Flora kini manis berpakaian abaya berwarna putih. Dikenakan juga sehelai shawl berwarna putih yang dililit di kepala. Make-up hanya dipakai dengan simple sahaja.

Hari ini, hari di mana butiknya kembali dibuka setelah beberapa hari ditutup gara-gara kejadian lepas.

Beg tangan serta kunci kereta dicapai sebelum Flora terus melangkah keluar dari biliknya.

Semalam dia hanya tinggal berseorangan sahaja di rumah sewanya kerana Aisy balik ke kampung untuk sementara waktu ini. Jadi hari ini pun, dia seorang sahaja yang akan menguruskan butiknya.

Pintu rumah ditutup dan dikunci. Dengan basmalah, dia melangkah masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu perlahan-lahan meluncur keluar dari perkarangan rumah sewanya.

Setibanya dia di butik, dapat Flora lihat butiknya kian dibanjiri oleh orang ramai walaupun masih pagi.

Kring!

Loceng berbunyi tatkala Flora menapak masuk ke dalam butik.

"Hai Flora!" sapa Kak Siti yang baru kembali bekerja setelah lama cuti berpantang. Tangan melambai-lambai ke arah Flora yang menghampirinya.

"Hai Kak Siti." Flora menyapa kembali sebelum tubuhnya dipeluk erat oleh Kak Siti.

"Rindunya, Flo!" Kak Siti menggoncang tubuh Flora membuatkan Flora tergelak kecil.

"Flo pun rindu Kak Siti. Baby macam mana? Sorry, Flo tak sempat datang jenguk baby." Flora meminta maaf.

Kak Siti mengangguk. "Baby okay. Sihat alhamdulillah."

"Takpe, Kak Siti pun tahu yang Flo busy. Flo janganlah sedih, Kak Siti datang harini sebab nak tengok Flo happy je tau!" Kak Siti cuba untuk meraih kegembiraan Flora kembali.

Ya, dia datang harini bukan kerana disuruh, malah kerana risau akan Flora yang mungkin keseorangan di butik ini kerana Aisy tiada. Kalau tidak, dia mungkin akan bercuti lagi buat 2 atau 3 hari.

"Takdelah, mana ada sedih." Flora cuba ketawa namun terasa janggal di telinga Kak Siti.

Kak Siti hanya mengukir senyuman pahit melihatnya. Kuatnya Flo. Kalau Kak Siti ada kat tempat Flo, taktau lah apa yang jadi.

"Okaylah.. Flo masuk bilik Flo dulu, Kak Siti." Flora mohon pamit lalu terus melangkah ke arah biliknya.




...




"Bye Cik Flo!" ucap sekumpulan pekerjanya setelah butik ditutup. Tangan melambai-lambai ke arah Flora.

Flora juga turut membalas  dengan melambai-lambaikan tangan ke arah mereka.

"Flo, akak balik dulu tau. Flo okay ke duduk seorang ni?" tanya Kak Siti yang entah datang dari mana. Dia mengambil handbagnya yang berada di rak di tepi kaunter pembayaran.

"Iya akak baliklah. Kejap je ni, lagipun lepasni Flo nak singgah mall kejap." Flora mengangguk.

"Nak akak teman?" soal Kak Siti prihatin.

"No need, akak. Kesian akak penat. Lagipun akak tu baru aje habis berpantang kan? Tak elok jalan lama-lama." Flora menghalang.

"Amboi, bercakap macam ada pengalaman aje.." usik Kak Siti bersama senyuman nakal di bibir.

"Mengarutlah, kak." Flora menjeling.

"Ye lah. Kalau macam tu, akak balik dulu. Flo take care tau." Nasihat Kak Siti lagi kepada Flora.

Flora hanya mengangguk lalu tangan melambai laju Kak Siti membuatkan Kak Siti menggeleng. Kemudian, dia mula mengorak langkah keluar dari butik itu.




...



"Finally.. siap pun!" Flora bersorak gembira apabila kerjanya sudah siap. Tangan mencapai tetikus lalu mencari butang 'shutdown' yang berada di dalam komputer itu dan menekannya. Serentak itu juga, komputer yang digunakannya tadi tertutup.

Flora bangun dari kerusi lalu mencapai handbagnya yang berada di atas meja itu. Kaki berjalan keluar dari butiknya itu. Sempat juga dia menekan butang off di semua alatan elektrik yang berada di dalam butik itu.

Selepas selesai mengunci semua pintu, Flora berjalan ke arah keretanya. Kereta dihidupkan lalu dengan perlahan, kereta itu keluar dari kotak parking dan meluncur laju di atas jalan raya.

Setibanya di mall, dia mencari-cari kotak parking yang kosong.

"Ramai lah pulak orang petang ni," bebelnya sendirian sambil mata melilau-lilau mencari kotak parking.

"Alhamdulillah ya Allah, jumpa pun." Flora mengucapkan rasa syukur setelah beberapa minit mengelilingi mall itu untuk mencari parking.

Enjin kereta ditutup. Dia keluar dari keretanya lalu berjalan ke arah pintu masuk mall. Parking yang dia dapat tadi agak jauh daripada pintu masuk mall itu tetapi apakan daya, demi mencari barang yang ingin dia mahu, terpaksalah korbankan tenaga berjalannya.

Masuk sahaja ke dalam mall itu, terus Flora pergi ke tingkat yang menjual barangan yang dikehendakinya.

Sampainya dia di Popular, tempat membeli buku, dia berjalan ke arah genre yang disukainya lalu terus mengambil buku yang dia inginkan dan membawanya ke kaunter pembayaran. Tak perlu susah-susah ingin membelek kerana dia sudah lama menginginkan buku itu dan sudah tahu isi apa yang terdapat di dalam buku itu.

"Thankyou," ucap Flora setelah casher menghulur kad bank miliknya dan buku yang sudah berada di dalam plastik itu kepadanya.

Flora kemudian berjalan keluar dari kedai buku itu namun tiba-tiba, ada seseorang yang melanggar bahunya. Beg plastik yang dipegang terjatuh dari tangan.

"I'm sorry." Dia meminta maaf. Kemudian tunduk untuk mengambil beg plastik itu.

Flora hanya diam mendengar permintaan maaf lelaki tersebut. Dia seperti pernah dengar suara itu tapi dimana ya? Mukanya tidak kelihatan kerana dia memakai hoodie hingga menutup kepalanya.

Apabila lelaki tersebut menghulurkan beg plastik milik Flora yang terjatuh tadi, lelaki tersebut menurunkan hoodie yang menutupi kepalanya.

Flora mengambilnya dan pada saat itu juga.. tubuh Flora kaku.

"Flora, I'm sorry.." ucapnya seraya cuba untuk meraih tangan Flora.

"Tak payah pegang!" Marah Flora. Dadanya turun naik menahan amarah apabila melihat muka lelaki itu. Lelaki yang sama yang membuat sepah di butiknya.

"I miss you.." katanya lagi, tidak berputus asa.

"Kau dah gila ke huh?"

"Ya! aku memang gila! aku gilakan kau, Flora Sofiea!" Ujarnya kuat. Tidak peduli terhadap mata-mata yang sudah memandangnya.

"Kau memang gila!" Flora berkata sebelum kaki ingin melangkah meninggalkan lelaki tersebut. Namun, tiba-tiba tangannya diraih dari belakang.

"Ish, jangan peganglah!" Tepis Flora laju.

"Look, Flora. Aku minta maaf. Minta maaf sebab dah sepahkan butik kau. Aku belanja kau makan, eh? aku nak tebus balik kesalahan aku.." Rayu Joey, orang yang sama telah merosakkan butik Flora.

"Aku tahu kau suka aku juga kan? Tapi kau malu nak mengaku, kan kan?"

Flora tersenyum sinis. Heh, aku? Suka kau? Flora kemudiannya berpusing menghadap lelaki itu dengan pandangan tajam.

"In deep down.."

"Like really deep down,"

"I mean deep deep down.."

"I still don't like you."

Dia kembali berjalan meninggalkan lelaki itu yang sudah terpekik memanggil namanya selepas Flora meninggalkannya keseorangan di situ. Flora berasa sangat marah apabila terkenangkan perbuatannya di masa lalu dan ditambah pula berasa malu apabila ramai mata-mata yang melihat pergaduhan mereka itu.

Bunga Sofiea (C)Where stories live. Discover now