Special Chapter 2

6 0 0
                                    

"Eee papa! Kenapa pegang ibu?!"

Flora dan Faieq serentak menoleh ke arah belakang mereka apabila mendengar suara nyaring tiba-tiba berbunyi. Dilihat Bunga sedang berlari terkedek-kedek kearah mereka sebelum kaki Faieq tiba-tiba dipeluk.

"Why?" Pelik Flora bertanya. Berkerut keningnya saat ini memandang anak perempuannya.

"Papa is mine!" ujar Bunga bersunggguh-sungguh. Dia menayang muka garangnya pada Flora.

Flora terkedu. Dia memandang Faieq di sebelah yang juga turut memandangnya.

"No, your papa is my husband." Flora menggeleng. Menafikan. Dia yang dapat Faieq dulu jadi Faieq dia punya.

"No, no, no!" Kiri dan kanan tangan kecil itu digerakkan dengan sebelah lagi tangan terletak elok di pinggangnya.

Flora juga turut bercekak pinggang. Amboi! Namun tiba-tiba, bibir Flora tersenyum senget sebelum ia bergerak mendekati Faieq.

"Well, ibu can kiss papa." Pipi Faieq dicium. Cuba untuk menyakitkan hati si anak.

Mata Bunga membulat. Tangannya kemudian diangkat, menyuruh Faieq mendukungnya.

Faieq hanya akur sebelum dia terus membongkokkan badannya lalu mendukung si kecil itu.

"But papa can kish me! Kan papa kan?!" Bersungguh-sungguh kepalanya mengangguk. Juga menanti anggukan daripada papanya.

Faieq tergelak. Pipi Bunga dicium. "Iye, baby."

"Abang!" Bulat mata Flora saat Faieq mencium Bunga. Kalah lah dia nanti!

"Ya, Bunga abang?" Pipi Flora pula dituju sebelum dia melabuhkan ciumannya di pipi putih milik Flora.

Tergamam Flora sebentar. Namun selepas itu, dia menarik senyum senget. Ha! Kita pun ada!

"Ish!" Bunga membentak tatkala mata menangkap senyuman senget ibunya. Dia kemudiannya mengajak Faieq keluar daripada dapur ini.

"Jom, papa! Kita pergi main! Tinggal ibu shorang kat shini!" Ajaknya.

Faieq kelihatan teragak-agak mahu mengikut. Dia pandang Flora yang masih menatap wajah anaknya itu. Bibir tersenyum kecil.

"Abang main dengan Bunga dulu, tau? Nanti abang tolong sayang." Pipi Flora dicium lalu kaki terus melangkah keluar saat Bunga berkeras mahu meninggalkan Flora.

Mencerun mata Flora memandang anaknya yang sedang bergelak tawa dengan Faieq sewaktu keluar dari ruang dapur itu. Spoil lah Bunga! Baru nak masak-masak dengan suami!

"Nanti Bunga demam, ibu tak nak jaga!" Jerit Flora dari dapur. Dia mengugut kerana dia tahu jika Bunga demam, dia lah orang pertama yang Bunga cari.

"Isshokay! Papa boleh jaga abby!" Bunga juga tak kurang mengalah. Kuat juga hingga Flora dapat mendengar jeritannya dari dalam dapur.

Tidak semena-mena, kening Flora terjongket. Okay.. kita tengok nanti.




...





"Ibu.." Rengek Bunga perlahan dalam tidurnya. Tubuhnya bergerak juga perlahan di atas katil itu membuatkan Faieq disebelah laju menoleh ke arah anaknya.

"Yes, baby?" Faieq menyoal. Rasanya dia ada dengar Bunga memanggil tadi.

"Nak ibu.." Rengek Bunga lagi bersama kening yang berkerut. Demam.

"Ibu kat dapur, sayang. Tengah masak untuk baby." Faieq memujuk. Tak lama sebelum tangisan Bunga berbunyi. Sayup-sayup saja kedengaran.

Faieq sudah risau. Telefon yang dipegang tadi kini diletakkan di atas meja sebelah katilnya sebelum tangan bergerak mengangkat tubuh kecil itu. Dia menepuk perlahan belakang tubuh Bunga.

Bunga Sofiea (C)Where stories live. Discover now