Bab 29

3 1 0
                                    

Flora letak airnya di atas meja. Dia cuba menghidu bau yang Aisy katakan itu.

"Ada jugak. Bau apa eh?" Flora ingin bangun untuk mencari di mana punca bau itu. Namun, belum sempat dia bangun, Aisy sudahpun menghalang.

"Eh tak payah lah, Flo. Maybe ada orang bakar sampah kot. Kan sebelah bangunan sana ada tong sampah. Kau teman aku duduk sini sajalah."

Flora berpaling kembali ke arah Aisy sebelum melabuhkan duduknya.

"Yakin?" tanya Flora lagi. Dia sudah tidak berasa enak.

Laju kepala Aisy mengangguk.

Flora diam. Hatinya sudah berasa tidak enak. Acapkali mata menoleh ke arah pintu itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Beberapa minit kemudian, Flora sudah tidak senang duduk. Dia memandang Aisy yang berada di hadapannya.

"Aisy, aku rasa tak sedap hati lah. Aku pergi tengok kejap eh?" Pinta Flora.

"Sekarang ke? Aku nak tunjuk design ni. Dah siap dah." Aisy memusingkan komputernya, menghadap Flora untuk menunjuk.

Perhatian Flora kini teralih pada komputer Aisy. Dia tersenyum melihat lakaran yang dibuat Aisy itu. Hilang sedikit kegusaran dia di dalam hatinya tadi. Namun, hanya sebentar sebelum sifat itu kembali bertandang.

"Tapi, aku nak pergi tengok apa yang jadi kat luar dulu. Aku rasa tak sedap hati lah. Bau pun macam makin kuat ni." Beritahu Flora lagi. Cemas.

"Biar aku pergi tengok. Kau check dulu." Aisy mewakilkan diri untuk melihat. Dia juga berasa tidak enak sejak dari tadi lagi namun dihapuskan sahaja rasa itu. Tidak mahu mengganggu kerjanya.

Flora mengangguk. Tempat duduk Flora kini bertukar daripada kerusi yang dia duduki tadi kepada kerusi yang Aisy duduk. Dia melihat susuk tubuh Aisy berjalan keluar daripada pintu itu sebelum matanya terus memandang skrin komputer.

Sedang Aisy berjalan, tiba-tiba langkahnya terhenti. Mata membulat. Tangan naik, menutup mulutnya. Di hadapannya kini terdapat sekelompok api yang besar sedang menjilat semua tudung yang berada di sekeliling pintu masuk utama.



...




"Ieq, apa benda tu? Nampak macam asap." Mata Imran mengecil saat terpandangkan asap hitam yang berada di udara. Dia mencuit Faieq yang sedang memandu di sebelahnya itu.

Faieq juga mengecilkan matanya memandang ke arah yang ditunjukkan Imran. Hatinya sudah berasa tidak enak apabila melihat segompol asap itu mungkin datang berdekatan dengan butik Flora. Tanpa berkata banyak, Faieq terus menekal pedal minyaknya. Laju.

Imran terkejut. Nasib baik dia memakai tali pinggang keledar. Kalau tidak, mahu terhantuk kepalanya! Dia menoleh memandang Faieq dengan dahi yang berkerut. Belum sempat Imran ingin membuka mulut menanyakan soalan, Faieq terlebih dahulu bersuara.

"Butik Flora." Hanya itu yang keluar daripada mulutnya bersama wajah yang sudah bertukar serius.

Automatik mata Imran membulat saat mendengar ayat yang terpancul keluar dari mulut Faieq. Mulutnya sudah terlopong kecil. Kepalanya digeleng perlahan. Tak mungkin...

"T-tak.. Jangan cakap yang.."

"Ya." Hatinya kuat mengatakan itu butik Flora dan Flora kini dalam bahaya.

Tiba-tiba, kereta yang dinaiki mereka berhenti di tengah jalan. Faieq kelihatan tergesa-gesa.

"Ieq!" Laung Imran apabila melihat Faieq keluar dari perut keretanya dan berlari ke arah satu kedai yang tidak jauh dari tempat yang Faieq berhenti.

Bunga Sofiea (C)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon