36

0 0 0
                                    

"Im! Kau dari mana?" Aisy bertanya saat Imran melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Flora itu. Dia tegakkan badannya, memandang Imran yang masih lengkap berpakaian baju polis.

"Dari butik Flo, settlekan kes." Mendatar suara Imran menjawab. Namun Aisy dapat mendengar keletihan di sebalik suara itu. Mana tidaknya jika sudah hampir 2 minggu mereka selesaikan kes butik Flora. Mencari punca disebalik kebakaran yang berlaku.

"Jadi, macam mana dengan kes ni? Dah dapat tangkap ke siapa yang tumpahkan minyak petrol dalam butik?"

"Dah." Sepatah Imran membalas. Punggung dilabuhkan di sofa.

"Habistu, macam mana? Siapa yang buat?!"

"Kau tak payah tahu lah. Kita orang dah tangkap dia. Sekarang Faieq dekat balai uruskan report."

"Hah?! Betul ke? Kenapa tak ajak aku sekali! Aku pun boleh bagi keterangan sebab aku saksi!"

"Tak apa. Faieq dah tolong backup. Apa-apa pun yang jadi, dia tetap dapat hukuman atas cubaan membunuh."

Aisy menghembuskan nafas lega. Kalau dah macam tu, tak apalah kerana dia yakin, hukuman atas cubaan membunuh lebih berat.

"Flo.. tak bangun lagi?" Walaupun sudah dapat melihat dengan anak matanya sendiri, Imran tetap mahu bertanya.

Aish yang tadi menunduk kini mengangkat kepala. Kepala ditoleh ke arah Flora yang sedang terbaring.

Dengan perlahan, Aisy menggeleng sebelum kepala kembali menunduk.

"Jangan risau. She will be fine. Aku tahu Flora kuat."

"Faieq.. tak marahkan aku kan?" tanya Aisy takut-takut.

"Kan aku dah cakap, dia tak marah. Cuma kalau apa-apa jadi kat Flora, maybe he will?" Imran cuba mengusik. Tergelak suka dia apabila melihat air mata Aisy yang sudah bergenang.

"Janganlah cakap macam tu! Aku taknak apa-apa jadi kat Flo!"

"Kenapa ni?" tanya seseorang sebaik sahaja dia membuka pintu wad itu. Dari luar dapat kedengaran suara Aisy yang seperti menangis.

"Imran ni ha! Dia cakap kalau apa-apa jadi kat Flo.." Terhenti percakapan Aisy saat dia melihat Faiq berada di hadapan pintu bersama kening yang diangkat sebelah.

Aisy bangun dari sofa itu lalu berjalan ke arah kerusi yang berada di tepi katil Flora.

"Aku tak marah kau."

Bunga Sofiea (OG)Onde histórias criam vida. Descubra agora