Bab 31

0 0 0
                                    

Prang!

"Sofi! Kenapa tu?" Laung Dato' Faizal dari ruang tamu apabila mendengar bunyi seperti kaca pecah dari dapur. Dahinya berkerut pelik sebelum dia terus bangun lalu melangkah ke arah dapur.

Setibanya di bahagian dapur, mata Dato' Faizal membulat.

"Ya Allah! Kenapa ni, Sofi?" Terkejut Dato' Faizal dibuatnya apabila melihat serpihan kaca sudah bertaburan di atas lantai. Sepertinya kaca itu datang daripada gelas kerana dia melihat isterinya masih diam membatu di hadapan kabinet dapur bersama tangan yang seperti memegang gelas.

"A-abang.." Seakan baru kembali ke realiti, Datin Sofi memanggil suaminya perlahan.

"Ya, sayang. Awak kenapa ni?" tanya Dato' Faizal lembut. Dia mengalihkan sedikit kaca di lantai itu dengan kakinya sebelum dia terus memegang bahu isterinya itu.

"Saya rasa tak sedap hati lah.."

Dato' Faizal mengerut. "Maksud awak?"

"Fiea.." Belum sempat Datin Sofi ingin membalas, suara Feliz tiba-tiba datang mencelah.

"Ma, Pa! Bunyi apa tadi tu? Dari atas Fien deng-" Jeda. Feliz kaku melihat serpihan kaca di lantai itu. Kepala memandang ibu bapanya yang turut ada di situ.

"Kenapa ni?" tanya Feliz lagi. Kakinya perlahan-lahan mendekati mereka.

"Fien! Tolong call kakak kamu. Mama rasa tak sedap hati lah. Mama nak bercakap dengan dia." Laju Datin Sofi menyuruh saat melihat Feliz.

"Tak payah lah Sofi.. Fiea okay saja lah dekat sana. Kalau jadi apa-apa mesti dia akan call kita." Dato' Faizal memujuk.

Namun Datin Sofi tetap menggeleng. Menafikannya. Firasat ibunya mengatakan bahawa ada sesuatu terjadi pada Flora.

"Tak, abang. Fien, cepat call kakak." Gesa Datin Sofi lagi.

Feliz yang masih lagi tidak mengerti hanya mengeluarkan sahaja telefonnya daripada kocek seluarnya setelah melihat mata mamanya sudah berair. Dia bertemu mata dengan Dato' Faizal sebelum Dato' Faizal mengangguk tanda turutkan saja.

Tet tet.

Tidak dapat.

Feliz menggeleng. Sekali lagi.

"Nombor yang anda dail kini-" Panggilan ditutup. Feliz mengangkat kepala memandang ibu bapanya yang sedia menanti jawapan daripadanya.

"Macam mana?" Laju Datin Sofi bertanya.

Feliz menggeleng perlahan. "Tak dapat. Voice mail."

"Allah.." Hampir terjatuh tubuh Datin Sofi mendengarnya. Mujur saja tangan sasa Dato' Faizal sempat menangkap badan isterinya daripada jatuh mencium lantai dan kaca yang pecah tadi.

"Kita duduk dulu." Arah Dato' Faizal apabila keadaan sudah menkadi semakin tegang. Dia membawa Datin Sofi ke ruang tamu sebelum menyuruh isterinya melabuhkan duduk di atas sofa itu.

Feliz hanya mengikuti langkah ibu bapanya dari belakang. Dia juga melabuhkan duduk di kerusi bertentangan dengan kerusi yang ibu bapanya duduki.

"Cuba call Kak Aisy. Tanya dia kat kakak dekat mana." Arah Dato' Faizal lagi apabila teringatkan yang Flora bukan berseorangan di rumah sewanya itu.

Feliz akur. Skrin telefon digeser, mencari nombor Aisy sebelum nombor itu ditekan.

Perbualan antara Imran dan Khai terhenti apabila mereka terdengar bunyi telefon berdering. Khai menoleh memandang kocek seluar Imran di mana bunyi itu kedengaran sebelum matanya naik memandang Imran semula.

"Telefon siapa?" tanya Khai pelik kerana di tangan Imran sudah ada satu telefon yang dipegangnya sejak dari tadi. Mungkin itu telefon Imran sendiri.

Imran mengambil telefon yang berada di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa keluar. Terpapar nama seseorang pada skrin tersebut.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now