Bab 23

0 0 0
                                    

Ting!

Flora yang sedang melukis beberapa lakaran tudung terus menoleh ke arah telefonnya apabila terdengar bunyi notifikasi masuk. Telefon itu diambil sebelum dia membaca pesanan yang terpapar di skrin telefon.

Faieq
Busy?

Kening Flora berkerut sebaik sahaja membacanya. Kenapa? Namun, tangan tetap jua membalas.

Faieq

Busy?

A bit. Kenapa?

Wanna lunch together?

Flora mencebik. Lah? Nak ajak lunch saja ke? Jarinya kemudian bergerak, membalas pesanan itu.

You
Where?

Telefon kembali diletakkan di sebelah. Belum sempat tangan Flora mengambil semula pensilnya untuk sambung melukis, tiba-tiba bunyi notifikasi telefon kedengaran. Menandakan ada mesej yang baru masuk.

Ting!

Tangannya mencapai semula gajet itu sebelum dia membacanya.

Faieq
Tunggu aku di butik. I'll pick you up.

Sebaik sahaja membaca pesanan itu, Flora terus meletakkan telefonnya kembali ke atas meja. Bahu diangkat bersama bibir yang dicebikkan ke depan.

Seketika, Flora termenung. Dia terfikir akan keputusannya. Is this the right decision, Ya Allah?

Mata dipejam sesaat.

"Flo, ini contoh design yang..." Berkerut kening Aisy sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam office Flora. Matanya melihat Flora yang sedang memejam mata sambil kepala mendongak ke atas.

"Flo? Kau kenapa?" Cepat-cepat Aisy melangkah ke arah Flora yang duduk di kerusi pejabatnya itu. Kertas yang dibawa tadi diletakkan di tepi.

Flora membuka mata. Badan ditegakkan. Flora berdehem perlahan sebelum dia membuka mulut, membalas persoalan Aisy.

"Tak ada apalah." Itu sahaja yang dibalas.

Makin berkerut kening Aisy mendengarnya. Kerusi yang berada di hadapannya itu ditarik lalu dia terus melabuhkan duduk di situ.

"Kau fikir pasal pertunangan kau eh?" Tebak Aisy apabila melihat wajah sahabatnya yang seperti dilanda masalah.

Flora tidak menjawab malah hanya mendiamkan diri. Namun, Aisy tahu itu yang menganggu fikiran Flora saat ini.

"Kau jangan risau lah, Flo. Kau follow je apa yang mama papa kau suruh. Pilihan orang tua selalunya adalah pilihan yang terbaik, Flo. Tapi kalau kau rasa, Faieq tu macam lelaki yang kau pernah kenal selama ni, bagitahu aku. Aku akan ajar dia." Serius sekali bunyinya apabila Aisy menuturkan ayat terakhir.

"Ini semua ujian untuk kau Flo. Ujian paling hebat saat bertunang bukan tentang duit kahwin atau hal curang. Aku tahu, Faieq tak akan curang dengan kau sebab kalau tengok muka dia saja pun, orang takut. Ya, memang dia hensem tapi aku tahu, dia takkan layan perempuan sesuka hati melainkan atas hal kerja. Back to the ujian, yang susahnya adalah kawal perasaan bila datangnya rasa was-was. Macam kau sekarang ni. Mungkin kau terfikir, 'betul ke dia jodoh aku' kan?" Sambung Aisy lagi, dia kemudiannya menyoal Flora.

Flora mengangguk perlahan. Memang tak dinafikan, dia memang terfikir akan hal itu.

"Cuma nasihat aku, kau banyakkanlah beristighfar. Minta tolong dekat Allah. Kalau kau tak yakin, buat solat istikharah. Minta pertolongan Dia. Tapi aku tahu, Faieq pun dah fikir masak-masak sebelum terima keputusan mak ayah dia."

Flora hanya diam. Namun, hatinya juga berasa sedikit tenang apabila mendengar nasihat daripada Aisy. Jarang nak nampak sisi Aisy yang satu ini. Apabila dia ada masalah, barulah sisi Aisy yang satu ini muncul. Kalau sisi lain yang muncul, memang bukan kawannya lah.

"Eh, jom pergi lunch!" Aisy tiba-tiba bersuara, mengajak Flora untuk makan tengahari. Namun sebenarnya, dia hanya ingin menutup topik perbualan tentang pertunangan Flora tadi. Tidak mahu Flora stress.

"Tak boleh lah harini Aisy. Dia ajak aku lunch." Flora menggeleng perlahan.

"Siapa? Faieq?" Aisy bertanya.

Flora mengangguk.

"Oh, tak apa lah. Pergi lah lunch dengan dia. Boleh ambil masa untuk berkenalan dengan dia."

Flora hanya mengangguk sebelum dia mula bangun dari tempat duduknya. Meja yang penuh dengan kertas lukisannya, dia kemas. Lalu, beg tangan yang berada di atas meja dicapai sebelum kaki terus berjalan ke arah Aisy yang turut sama bangun untuk menyambung kerjanya di biliknya sendiri.

"Aisy." Langkah dihentikan. Flora berpusing, memandang Aisy di belakangnya.

Angkat kepala, Aisy pandang Flora. Sebelah kening dinaikkan. "Hm?"

Flora hanya tersenyum sebelum berjalan ke arah Aisy. Setibanya di hadapan Aisy, dia terus memeluk Aisy. Erat juga.

"Thanks."

Aisy tersenyum mendengar ucapan Flora. Namun, ayat seterusnya yang ditutur oleh Flora mematikan senyumannya.

"Maafkan salah silap aku selama berkawan dengan kau."

Tubuh Flora ditolak. "Kau cakap apa ni sia? Kau nak pergi makan je kan? Tak payah nak over lah!"

Flora tersenyum nipis. "Takde lah. Aku saja je nak tengok reaction kau hahaha."

"Dah lah. Pergi lah kau sana makan dengan encik tunang kau sana!" Aisy menghalang. Dia sudah tidak mahu mendengar ayat pelik Flora lagi.

"Thanks again, Aisy. Sayang kau!" Ucap Flora setelah dia berada beberapa meter jauh daripada Aisy. Tangan dilambai-lambaikan.

Aisy juga turut melambai tangannya ke arah Flora. Sebaik sahaja melihat kelibat Flora hilang, Aisy mengeluh perlahan. Hatinya sudah berada tidak enak sejak Flora meminta maaf akan salah silapnya tadi. Moga-moga, Allah SWT lindungi Flora daripada segala keburukan.

"Kenapa mengeluh tu?" Kak Siti bertanya apabila mendengan keluhan kecil terbit di bibir Aisy. Dia yang sedang berjalan kehulu-kehilir akhirnya berhenti juga di salah satu rak tudung. Ingin menambahkan stok tudung.

"Eh Kak Siti... tak ada lah." Aisy senyum. Cuba untuk menutup rasa yang bertandang di hatinya. Tidak mahu membuat orang lain juga kerisauan.

"Aisy tak lunch ke? Flo mana?"

"Kejap lagi, Kak Siti. Aisy nak kemas barang dulu dalam office sana. Flo dah keluar dengan encik tunang dia." Aisy mencebik.

"Wah, berdating." Kak Siti tergelak kecil.

"Biasalah Kak Siti. Dia tengah seronok bercinta, kita disini seronok buat apa je hmm..." Sengaja dileretkan perkataan terakhirbua. Merenung kesedihan hidupnya.

"Alah Aisy, kawan si Faieq tu kan ada juga. Apa namanya? Kak Siti lupa lah.." Kak Siti kelihatan berfikir. Tangannya mengetuk dagu, cuba mengingat sebaris nama itu.

"Siapa? Imran ke?" soal Aisy meminta kepastian. Siapa lagi yang berkawan dengan Faieq? Dia tak nampak orang lain selain Imran setakat ni.

"Haa! Imran. Taknak kee?" Kak Siti tersenyum. Kening diangkat berkali-kali, cuba untuk mengusik Aisy.

"Ha ha ha ha ha Kak Siti ni. Mengarut." Aisy gelak sekerat. Badan segera berpusing ke arah officenya semula sebelum dia terus melangkah, meninggalkan Kak Siti keseorangan di situ.

"Eleh, padahal pipi dah merah tu!" Usik Kak Siti lagi. Dia tergelak kecil apabila melihat Aisy mengangkat satu jarinya, menyuruh Kak Siti agar diam.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now