Prolog

1 0 0
                                    

"Selamat datang ke Flora's Boutique!" sapa pekerja baharu yang baru sahaja bekerja disitu selama seminggu.

Flora hanya membalas sapaan itu dengan mengangguk bersama senyumannya yang manis. Muka tak pernah nampak. Mungkin pekerja baharu yang dilantik oleh Aisy sejak ketiadaannya di sini kerana dari segi memek mukanya, Flora yakin bahawa dia tidak mengenali dirinya sebagai owner butik ini.

Pekerja lain yang sedang melayan pelanggan itu terus menunduk apabila melihat majikannya melangkah masuk ke dalam butik itu. Ada juga yang menyapa Flora dan Flora juga membalas sapaan mereka.

"Flo? Weh!" Terkejut Aisy dibuatnya apabila melihat sahabatnya yang baru habis kursus di luar negara itu berada di hadapan kaunter. Dia yang baru ingin melangkah keluar dari bilik kerjanya terus menerpa ke arah Flora lalu memeluk erat tubuh si kawan baik sehingga hampir terjatuh ke belakang dibuatnya.

"Bila balik do?! Asal tak bagitahu aku!?" Bulat matanya memarahi Flora. Tangan naik bercekak pinggang.

"Baru aje. Aku sampai-sampai terus datang sini."

"Kau kenapa ni? macam tak bersemangat je?" Aisy bertanya apabila menyedari muka sahabatnya itu tampak tidak bersemangat.

"Aku penatlah. Dari pagi lagi aku tak dapat nak tidur. Tadi pun nasib baik sempat naik flight. Kalau tak dah, hm." Malas Flora mahu menghabiskan ayatnya. Dia letih.  Dah lah hampir terlepas flight, ditambah pula dengan jet lag! Fuh penat beb.

"Asal? Kenapa boleh hampir terlepas flight pulak?"  Berkerut pelik kening Aisy saat bertanya.

"Malas lah aku nak cerita. Sekarang ni aku nak tidur. Mengantuk!" Tanpa banyak kata, Flora terus berlalu meninggalkan Aisy yang masuh terpinga-pinga di kaunter itu.

"Eh, tunggu lah!" jerit Aisy perlahan. Tidak mahu menganggu pelanggan mereka. Kemudian, dia terus mengikuti langkah Flora ke dalam bilik lalu mengambil tempat di atas sofa, bersebelahan Flora.

Mereka diam untuk beberapa saat. Aisy hanya memandang Flora yang sedang menutup matanya itu.

"So, macam mana butik ni time aku takde?" soal Flora memecahkan kesunyian antara mereka. Dia memejam matanya sekejap bagi menghilangkan rasa penat dan mengantuk.

"Okay! Cuma aku ada ambil sorang pekerja baru untuk bantu kita sebab Kak Siti kan tengah dalam pantang. Jadi kita kekurangan pekerja," balas Aisy panjang.

Flora membuka matanya.

"Oh ye? Yang jaga pintu tadikan?" Flora bertanya apabila mengingatkan pekerja yang menyambutnya masuk ke dalam butik tadi.

"Betullah tu. Mana kau tahu?"

"Muka dia tak pernah nampak. Lepastu time aku masuk tadi, dia macam tak kenal aku."

"Oh. Dia kenal je kau sebenarnya tapi tak pernah nampak muka kau. So maybe dia tak tahu itu kau," terang Aisy. Rasanya dia dah pernah tunjuk gambar Flora kepada pekerja baru itu. Dia lupa lah kot.

Flora hanya mengangguk sedikit lalu matanya dipejamkan kembali.

"Eh kau nak tidur kat sini ke? Tak payah lah weh. Pergi balik rumah sana!" arah Aisy apabila melihat Flora mahu tidur.

"Hm 5 minit je. Aku nak hilangkan ngantuk aku kejap," beritahu Flora perlahan. Matanya terasa terlalu berat untuk dibuka.

"Ish, yelah! Butik lagi 30 minit nak tutup, nanti aku kejut kau. Kita balik sama-sama." Nadanya kedengaran kecewa. Yelah, baru nak bergossip sekejap tapi tuptup, member nak tidur. Huh!

Flora hanya menunjukkan jarinya berbentuk 'OK' dengan lemah sebelum matanya tertutup rapat.

"Eh tapi sebelum balik nanti, kita pergi makan dulu tau! Aku laparlah, tak makan lagi ni.." adu Aisy sambil mengusap perutnya yang kempis itu namun tiada balasan daripada Flora.

Aisy mencebik. Huh tidur mati punya orang! Dia kemudian kembali memyambung kerjanya semula.



...




"Oi bangun! Dah pukul 9.30 ni! Butik pun dah tutup." Kasar Aisy mengejut Flora yang masih lena dibuai mimpi itu.

Gadis itu dilihat menggeliat perlahan sebelum matanya terbuka sedikit demi sedikit dek kerana silau lampu yang menerjah kornea matanya.

"Cepat bangun. Aku dah nak balik ni. Lambat, tinggal!" ugut Aisy pula.

"Yang lain mana?" Tidak terus bangun, Flora terlebih dahulu menanyakan tentang anak buahnya. Aisy yang mendengar yang menggelengkan kepalanya. Haih, bos mithali betul!

"Dah balik. Aku suruh diorang balik dulu sebab aku nak siapkan design baru untuk tudung ni," kata Aisy sambil tangannya sibuk mengemas kertas yang bertaburan di atas meja kerja milik Flora. Dia membuat kerjanya di dalam pejabat Flora tadi sekejap kerana mahu menemani gadis itu tidur.

"Hm. Dah, jom cepatlah. Tadi kata nak balik." Flora yang sudah bangun dari baringannya itu terus mengambil bagasinya lalu berjalan ke arah pintu. Matanya sudah sedikit segar.

"Amboi, dia pulak yang mengarah kita." Aisy menjeling. Namun hanya sekejap sebelum dia membuat muka yang acah comelnya itu.

"Kita pergi makan dulu lah. Aku tak makan lagi ni. Tapi, kau belanja eh? Hehe.."

"Aku pula? Kau yang lapar, aku yang kena belanja?" soal Flora pelik. Dia yang nak makan, kita pulak yang kena belanja. Eh eh, banyak cantik.

"Yelah, aku sampai tak sempat nak makan tau sebab tengah buat design tudung baru kau tu." kata Aisy dengan nada sedihnya.

"Eleh kau. Alasan." Flora menjeling. Bukannya dia tak tahu sahabatnya itu sorang memang malas nak keluar cari makan. Kalau boleh nak order je. Huh, dasar pemalas.

"Kau belanja, eh? eh? Hihi!"

"Hm. Aku pun lapar jugak ni"  balas Flora malas. Memang dia lapar pun. Sejak dia sampai tadi dia tak sentuh langsung makanan. Mana taknya, bila sampai terus tidur.

Sudahnya, mereka berdua melangkah keluar dari butik itu dan menuju ke kereta Aisy yang diparking di hadapan butik. Sempat Aisy mematikan suis lampu di dalam dan mengunci pintu kaca itu dari luar.

"Kau datang sini tadi naik apa? Kenapa tak suruh aku datang ambil?" Aisy menyoal selepas siap mengunci pintu kaca itu.

"Come on Aisy, sekarang ni zaman moden. Macam-macam ada. Aku datang sini pun naik grab je. Malas la aku nak menyusahkan kau," balas Flora malas. Badannya masih penat dek kerana penerbangan yang agak lama tadi.

"Aww so sweet Bunga aku ni" Aisy tersenyum suka apabila mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Flora.

Flora hanya menjeling sebelum membuka pintu penumpang di sebelah pemandu.

Lalu, kereta itu bergerak perlahan dari kotak parking dan akhirnya laju memecut di atas jalan raya yang lenggang itu menuju ke restoran yang berdekatan disitu.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now