Bab 12

0 0 0
                                    

"Macam mana?" soal jejaka yang duduk di meja kerjanya. Tangan lincah menulis laporan untuk meeting sebentar lagi. Mata masih lagi tidak berganjak dari kertas-kertas di hadapannya.

"What?" soal Imran pelik setelah kaki soenuhnya melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Orang masuk tak sampai dua kaki, dah kena serbu soalan pulak. Dah la tak specific!

"That girl." Faieq angkat kepalanya memandang Imran yang selamba berbaring di atas sofa dalam pejabatnya. Tangannya laju memutarkan pen.

"Dia cuma cakap dia ada syak seseorang je." Tenang Imran berkata sebelum meletakkan sebelah tangannya di atas dahi.

Faieq hanya mengangguk. Gelas yang berada di tepi mejanya diambil lalu dicicip sedikit. Dia kemudian menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

Imran yang tidak mendengar sebarang balasan daripada mulut sahabatnya itu berasa pelik. Dah keluar ke mamat ni?

"Kau kenapa nak tolong dia?" soal Imran tiba-tiba. Dia bangun daripada pembaringan lalu bersila di atas sofa itu. Kasut sudah ditanggalkan. Kalau tidak, mahu mengamuk bapak harimau itu.

Faieq yang sedang menulis itu lantas mengangkat kepala apabila Imran melontarkan soalan.

"Takde apa. Mummy aku yang suruh tolong. Katanya kesian sebab dia dah tolong mummy aku masa kena ragut semalam lepastu butik pula hancur." Tenang Faieq membalas.

Imran hanya mengangguk. Dia kemudian mengeluarkan telefon pintarnya untuk mencari bahan yang diperlukan semasa menjalankan penyiasatan nanti.

"Ieq..." panggil Imran tiba-tiba dengan nada yang sengaja dileretkan.

"Apa?" tanya Faieq pendek. Dia sudah tahu apa ayat yang hendak dilontarkan oleh Imran. Jadi dia malas untuk mengangkat kepalanya semata-mata untuk melihat muka hodoh sahabatnya itu.

"Can i?" Imran menayangkan muka hodohnya. Bibir dicebikkan bersama tangan yang dicantumkan dan diangkat paras muka.

"Pergilah kau." Halau Faieq kasar. Dijeling sekilas Imran yang berada bertentangan dengannya itu.

"Yeah! Thankyou so much Ieq! Sayang kau!" Teruja Imran dibuatnya. Dia kemudian berlari mendapatkan mesin yang hendak digunakannya diluar.

"Tak habis-habis nak guna printer pejabat aku. Mentang-mentang benda free." Bebel Faieq sendirian.

Ya, Imran mahu menggunakan printer milik pejabat Sayz Holdings dimana tempat Faieq bekerja sekarang. Katanya guna printer di sini free, kalau pergi kedai kena bayar.



...




Flora memandang pelik ke arah pintu butiknya yang terbuka luas. Kenapa mamat ni ada dekat sini?

"Jadi Cik Flora... say-" Inspektor Riz yang ingin bertanyakan soalan kepada Flora itu terhenti apabila melihat Flora tidak menumpukan perhatian kepadanya.

Kepala ditoleh ke belakang mencari dimana arah Flora memandang.

"Eh, Ieq!" Inspektor Riz menegur Faieq yang sedang berdiri di pintu masuk.

"Kenapa tak cakap dah sampai, gila? Tercongok kat sini macaam tunggul." Imran membebel seraya kaki berjalan mendekati Faieq.

"Bisinglah kau. Ni, barang." Faieq menjeling. 'Barang' yang dihulur, disambut oleh Imran.

"Hehe thankyou Ieq!" Imran tersengih. Nasib baik ada kawan yang sudi membantu dirinya disaat dia susah. Ceh, ayat!

Badan dipusing, ingin kembali ke arah Flora namun apabila terpandangkan Flora yang masih melihat Faieq bersama kening yang berkerut, terus dia memperkenalkan diri Faieq.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now