Bab 53

3 0 0
                                    

"Okay, jom!" Faieq tiba-tiba bersuara dengan penuh semangat. Dia menggenggam tangan Flora dengan erat dan menariknya keluar dari hotel itu. Senyuman manis terukir di wajahnya.

"Eh, nak ke mana?" Flora yang tidak sedia ditarik, terus saja mengikut langkah itu. Dia pandang Faieq penuh kehairanan, suaranya penuh tanda tanya. Dia cuba menahan langkahnya, tetapi tarikan Faieq yang penuh bersemangat membuatkan dia terus mengikutinya.

Kaki Flora akhirnya dipaksa berhenti melangkah, membuatkan mereka berdua terhenti seketika di pinggir jalan. Dia memandang Faieq dengan mata yang penuh kebingungan, mencari jawapan dalam senyuman suaminya.

Faieq hanya tersenyum, enggan memberi sebarang petunjuk.

"Somewhere." Katanya berteka-teki, matanya bercahaya dengan penuh semangat. Dia kembali menarik tangan Flora, menyambung langkah mereka ke kereta Faieq yang diparkir tidak jauh dari hotel.

"Eh, tapi beg saya?!"

Belum sempat Faieq membuka pintu penumpang dan membantu Flora masuk, suara Flora terlebih dahulu menahannya.

Dia angkat kepala memandang Flora. "No need, sayang. Sekejap je!"

Melihat Flora hanya diam memandangnya dengan pandangan bingung, Fieq tersenyum kecil. Dia kemudian bergegas masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu perlahan-lahan keluar dari kotak parkir VVIP di situ.

Sambil memandu, Faieq memandang Flora sekejap-sekejap, senyuman di bibirnya tidak pudar.

Manakala Flora pula hanya memandang jalan di hadapan mereka, cuba meneka destinasi mereka tetapi semua kelihatan sama baginya.

"Awak nak bawa saya ke mana, Faieq?" soal Flora masih lagi hairan.

Faieq hanya ketawa kecil seraya menggelengkan kepalanya mendengar intonasi suara Flora yang hairan. "Sabar, sayang. Sekejap lagi kita sampai."

Selepas beberapa minit, mereka tiba di sebuah kawasan perumahan yang kelihatan baru. Rumah-rumah yang tersusun rapi dengan reka bentuk moden dan halaman yang dijaga rapi menyambut mereka.

Hairan Flora dibuatnya. Buat apa dekat sini? Nak melawat siapa? Kepala terjenguj-jenguk, memndang sekeliling. "Kita nak melawat siapa?"

Faieq tidak menjawab sebaliknya meneruskan pemanduannya. Dia teruskan pemanduannya hingga tiba di hujung jalan yang tidak mempunyai banyak rumah. Hanya sebuah rumah besar yang berada di situ, sedikit jauh dari rumah-rumah yang lain.

Akhirnya, Faieq memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah besar dengan dinding putih dan tingkap besar yang membiarkan cahaya matahari masuk dengan sempurna. Handbreak ditarik. Dia pandang rumah besar yang berada di hadapannya.

"Kita bukan melawat, sayang. Kita balik rumah."

Dengan perasaan terkejut, Flora pandang Faieq dengan kening yang terangkat sebelah.

Faieq menoleh ke arah Flora, menyambut pandangan isterinya. Tali pinggang keledar dibuka. "Jom?"

Faieq keluar dari kereta sebelum dia bergerak ke hadapan keretanya.

Flora juga turut keluar dengan pandangan bingung. Dia bergerak mendekati Faieq, berdiri di sebelahnya.

Saat merasakan Flora sudah berada di sebelahnya, dia berpaling. Senyum manis ditayang sebelum dia tarik tangan Flora, membawanya ke hadapan pintu utama rumah itu.

Faieq berdiri menghadap Flora, dia keluarkan kunci dari poketnya dan menunjukkannya kepada Flora. "Selamat datang ke rumah baru kita, sayang."

Flora yang berdiri di situ, tergamam buat beberapa saat. Kepala diangkat hingga mata bertentang dengan anak mata hitam milik Faieq. "Rumah kita?"

Bunga Sofiea (C)Where stories live. Discover now